Followers

Saturday, November 2, 2013

We welcoming our baby 39 weeks & 4th days pregnancy - 24 October 2013

Alhamdullilah
#throwback 24 October 2013, cahayamata kami yang pertama selamat dilahirkan
Syukur Ya Rabb atas anugerah dan peluang yang diberikan
InsyaAllah kami akan menjaga anugerah ini sebaiknya

Assalamualaikum Nik Rania Zafirah
Ketahuilah Nik itu adalah nama yang kamu warisi dari ayahmu
Rania (menyenangkan) nama yang sekian lama ayahmu ilhamkan. Seawal kamu berusia 6 bulan didalam kandungan ibu. Malah sebelum kami tahu jantinamu. Ketika kamu berada dalam perut, nama ini yang ayah dan ibu gelarkan mu. 
Zafirah (kejayaan/kemenangan). Nama ke-tiga ini adalah nama terakhir yang kami ilhamkan. Puas mencari nama yang sesuai sehingga kamu lahir pun nama ke-tiga ini belum kami pilih. Pelbagai nama lagi yang berlegar ie. Izzara, Sofea, Aisya tapi tak serasi di telinga ayah mahupun ibu. Cerewetttkan kami. .
Akhirnya, sehari sebelum pendaftaran nama, ketika kamu berusia 4hari ibu ilhamkan nama Zafirah dan dipersetujui ayah.

Semoga Nik Rania Zafirah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.


Ini adalah gambar-gambar terawal (no filter)  yang ayah capture di dalam bilik bedah selepas kamu di iqamatkan oleh ayahmu dan setelah beberapa minit ibu melahirkanmu.

Comelnya kamu di mata kami.

Alhamdullilah

Alhamdullilah

Alhamdullilah









Tuesday, October 22, 2013

Surprise at 39 weeks & 2 days

Semakin menghampiri 40weeks which is tempoh matang little precious in my womb.. dup dap dup dap
Aku dah start bercuti dari tugasan pejabat. Feeling sangat-sangat fresh & energetik. Ambil masa juga untuk recover. Hari Sabtu aku masih ke office untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh termasuk juga la menjawab online learning yang wajib untuk dapat point balance score card nanti.
Semuanya demi bonus. Harap ada rezeki untuk kami sekeluarga March nanti. 

Walaupun dah start cuti, my mom memang suruh buat kerja-kerja rumah. Lots lottssss of house chores. So jangan ingat aku start cuti dok rehat-rehat goyang kaki je. Kaen baju nak basuh pon guna kudrat tangan tenyeh-tenyeh okeee.. My parents dah stop berniaga. Dah get ready nak jaga cucu-cucu.. so its time for spring cleaning! Dan inilah waktu-waktu kritikal untuk aku get ready kemas-kemas barang my little precious. Cuci2 sterilizer susun atur & macam2 lagi la

Hari ni ada BIG SURPRISE for our family. Subuh2 mak dah jerit-jerit panggil aku dalam bilik. Rupa-rupanya mak nak minta sikit air zam-zam & kurma. Adik ipar aku dah masuk wad get ready nak beranak.. whoaaa... 2 weeks++ earlier dari expected due date. Memang dah potong que my little precious. Ini yang buat aku tambah debar.. hahaha.. Cousin2 my little precious semua dah kluar..Esok InsyaAllah kami akan pergi melawat cucu sulung keluarga kami. Agak jauh juga nak gerak dari Port Klang ke Semenyih..  So, little precious in my womb please be good to ibu & ayah ye. Jangan on the way dah excited nak keluar.. hehehe

Hari ni juga aku pergi ke DEMC untuk routine check up. Alhamdullilah kepala baby dah masuk laluan, Doktor dah bagi date if by 31stOct my little precious tak keluar lagi. So get ready with induce.. whoooaa.. so, bilik semua sudah dibooking. Estimated baby weight now is 2.8kg. Just nice.. Berat aku?? 71kg.. *jawdrop*. Whateva pun, aku harap boleh deliver my little precious dengan normal, mudah, selamat & sihat. amiinnnn....
Dah tak sabar pulak rasanya. 

=)









Sunday, September 29, 2013

9 months already

Alhamdullilah..
Dah 9 bulan aku mengusung diri dengan 2 jantung. 
Today 29 September 2013. Officially at 36weeks =)
Kaki dah mula nampak macam nak membengkak. 
My baby always active. tendang sana sini.. hehe,, dan dah pandai nak lari-lari ye. 
Last 2 weeeks masa check up kat KK again she kick the doppler. Lepas tu pusing sana sini sampai susah nurse nak cari heart beat. Huhuhu.. A few months later main kejar-kejar dengan ayah & ibu pula ye sayang. 
Dup Dap Dup Dap

Aku dah officially berpindah dari bilik sewa di Bangsar to my parents house. No more roomates & housemate life yang kunun macam zaman muda-mudi. heehhe
Esok dah kena bangun awal. Have to drive alone from Port Klang to KL. Gosshh!
Mesti ngantuk dan letih. Aku harap boleh balik awal walaupun esok bderet schedule meeting. Minggu lepas berderet balik pukul 9 or 12pm!! Peak period sungguh. And tonight i  might have to burn mid night oil. Esok ada meeting awal-awal pagi. Material tak siap lagi.. aduhaaiii.. 
Ya Allah berikan lah kami kekuatan & kemudahan
Permudahkan lah segalanya
Aminnn




Tuesday, September 24, 2013

#throwback check up @29weeks

Today i am at stage 35weeks & 2 days pregnancy

Throwback for 29weeks -13 August 2013check up. Lepas raya and bila dah masuk 7bulan memang plan to start check up dengan hospital yang ditarget untuk bersalin. So i choose DEMC. 
Sebabkan aku datang without appointment & betul-betul after raya, ramai doktor perempuan yang not available. Disebabkan nak tahu sangat jantina baby, aku proceed check up dengan Doctor Zamri. 
Overall, doc terangkan dengan detail gambar2 scan tu. Bila aku cakap sebelum ni pernah scan tapi tak nampak jantina, doc cakap jantina tak penting nanti hari-hari you boleh tengok jantina dia..hahahah. Masa scan, our little baby tak mahu tunjuk muka. Nampak sipi-sipi je. 

At last we know it's a girl!! Next appointment aku booking dengan doktor perempuan. Sebab sebolehnya-bolehnya aku lebih prefer doktor perempuan. Sebelum balik kami dibekalkan dengan gambar scan, gift pack & cd video baby. Excitednya! Alhamdullilah

Lepas habis check up terussss zass shopping barang baby. Pink colour mendominasi..

1 of the few videos dalam cd =)



Wednesday, July 24, 2013

Rindu

Rindu pada annoying things!
Rindu pada si dia
I hate Monday not only because of Monday blues
Tapi Isnin hari yang aku sangat2 rindu kat Incik Suami
Isnin malam adalah antara malam-malam yang susah nak lelap setelah malam sebelumnya tidur di celah ketiak suami, berbantalkan dada bidang si dia
Nyenyak sungguh tidur bersama kekasih hati
Kadang-kadang tertanya juga tak lenguh ke suami aku bila aku tidur manja-manja macam tu
reaksi dia, its oke & dia lagi rinduu
alhamdullilah
Aku harap rutin ini tetap berterusan bila kami dah tinggal bersama dan bgelar ayah & ibu

Tapi...
Bila Incik Suami tak boleh tidur.. sangatlah annoying
Tak henti-henti dia bcerita, omong2 kosong or blagu kat telinga isteri dia yang nak tidur ni
Then, kalau aku tak response juga mula la dia minta kudap2 nak makan
So, kena la sediakan stok kudap2 ie kacang, pop corn etc.
lepas dah boring makan dia sambung mbebel balik
Minggu lepas aku buat tak tahu boleh pula dia kacau aku kiss btubi-tubi (=T_T=)
Sangat annoying oke bila orang kacau lena kita sampai macam tu skali
But now.. bila dah kembali dengan rutin Long-Distance-Marriage (LDM)
aku sangat2 rindu dengan perangai Incik Suami yang annoying itu
Oh myyy.... i'm glad he is my husband
Syukur Alhamdullilah

Aku harap ada rezeki untuk kami hentikan LDM ini
Really need him by my side
especially during my pregnancy moment
i miss u my love




Thursday, July 18, 2013

Update - First Pregnancy #25weeks Best moment when you start to feel the kickin

16July2013
Monthly routine check up di KKIA, kali ni kena buat check up dengan dentist pula. Boleh pula tetiba gusi & gigi aku sakit kat area gigi bongsu one day before appointment.. adeehhh
Tapi yang tak bestnya dentist tu check ala kadar je. Tahu la bulan puasa tapi mata dia pun kuyu je macam nak tak nak je check. Sabar je laaaa..
Aku pula, tak kisah la dentist ni macam ngantuk or wat eva aku tetap bagi soalan bertubi-tubi.
Nasib la dia jawab ala kadar.

Next check heart beat baby pula. Alhamdullilah bacaan heartbeat as usual 150+
My little baby memang aktif. Mula-mula behave je tak menendang. Sebab masa aktif dia time malam-malam. Tapi bila nurse letak doppler (untuk check heartbeat) je terus my little baby bagi kick..hahaha

I think this is one of the best moment during pregnancy bila mula rasa my little baby menendang. Little baby was sooo clever. Bila aku berborak dengan Incik Suami dalam telefon mesti tetiba little baby menendang,
Wow. Membesar la dengan sihat wahai anak ibu & ayah. Kami bersabar menunggu kedatangan mu melihat dunia InsyaAllah end of Oktober or early of November

Alhamdullilah Ya Allah





Monday, July 15, 2013

Baby Fair Parenthood Expo

Excited shopping barang baby walaupun poket tak berapa nak tebal..heheh
Now dah 25weeks. So, dah mula membeli sedikit demi sedikit.
Kalau la dah boleh masuk rumah sendiri kompom aku terlebih borong
Anyway thank you to Baby Fair Parenthood Expo di Mid Valley 12-14July2013
 Balik je kerja terus menyinggah di mid valley. Kalau nak pergi weekend memang tak bernafas la gamaknya. 

Ni antara barang-bzrang yang dibeli total damage +-RM300

Some of the things yang dibeli aku letak & storage elok2 dalam car seat packaging
Senang nak tengok balik apa yang dah di beli
Antaranya Breastmilk storage bottle 10bottles RM22
Mittens cap Fiffy
4 helai baju new born brand Fiffy
3 helai seluar new born brand Fiffy
baby towels brand Fiffy
Tikar getah RM15 cap Fiffy juga
So, kat booth Fiffy ni total damage dalam RM70+ & dapat free gift baby wipe tissues
Bengkung tradisional from mumdreams.com RM50
Botol susu avent tu hadiah dari my cousin, ada 2 botol 4oz for new born
Aku tengok kat expo harga 1 botol tu dalam RM40+




Car Seat from Sweet-Heart-Paris RM209
Free MamaLove apron

Overall, i am not very sure samada barang2 yang dijual semasa expo ni betul-betul murah or sekadar murah beberapa ringgit sahaja sebab ini memang my first experience membeli barang-barang baby,
Tapi feedback dari kawan-kawan ramai yang cakap barang-barang baby ni lebih berbaloi beli semasa expo.

Sebelum bulan Oktober ni tak tahu la ada lagi expo barangan baby or not. Harap-harap ada, sebab rasanya banyak lagi yang belum beli. Incik suami dah ajak shopping barang baby di Rantau Panjang pula.. Tapi alaihaiiii jauhnya nak ke sana....

Update: My baby dah mula aktif kickin here & there and sometimes buat somersault in her mother womb.. wowweeee
Semoga baby membesar dengan sihat ye. Kite pose sama2 taw =)


Thursday, June 27, 2013

Review Hotel DeÁrt Shah Alam

Sebenarnya kebetulan je nak menggatal booking hotel kunun-kunun pre-babymoon with Incik Husband tercinta sebab ada event di lokasi berdekatan. Nak manja-manjakan diri. Tapi sebabkan nak jaga bajet di poket maka marilah memilih Hotel Bajet.
Kebetulan memang dah lama aim nak merasa stay kat Hotel DeArt ni sejak terbaca artikel pasal hotel ni di akhbar. Dekorasi hotel ni memang best. 
Ada macam-macam pilihan bilik yang disediakan dengan tema yang berlainan

Lokasi hotel ni di Seksyen 7 atas Hailam Kopitiam/Jendela Bali restaurant, berhampiran dengan Restoran Hakim Lama & i-City Shah Alam. 
GPS koordinat 
Latitude: 3.075948538431517
Longitude: 101.48934960365295

Lobi hotel ni kecil je tapi dekorasi cantik & kerusi ni memang empukkkk

Bilik kami -103, aku pun tak sure ni tema apa. Majestik kot. Kami pilih yang ada tingkap.
 Dalam bilik ni tiada almari. Tapi ada penyangkut baju, Ok la boleh sangkut-sangkut
 
Sejadah pun ada disediakan. Dorang letak dalam laci. Nak tahu arah kiblat boleh dongak & lihat di siling. =)
 Work desk or dressing table pun ada together with cermin. Tas meja ni ada disediakn heater, tissue, 2 mug & 2 paket nescafe. Water cooler/heater ada disediakan diluar bilik berhampiran lif. Dan aku baru tahu kalau di bajet hotel, iron & iron board disediakan diluar di bahagian koridor. Aku ingatkan ada servis hantar ke bilik. hehehe..
 LCD tv with ASTRO
wifi pun ada
 Dan ini dekorasi bilik air yang merah menyala. Toilet bersih walaupun kecil. Sabun & syampu disediakan dalam dispenser.

Untuk tempahan yang dibuat dalam masa 7 hari sebelum check-in boleh dapat diskaun =)
So, total RM yang keluar dari poket ialah RM138
Harga ni sekali dengan compliment welcome drinks from Jendela Bali Retaurant, Voucher makan di Hailam Kopitiam & set breakfast di Hailam Kopitiam. Hailam Koiptiam & Jendela Bali ni terletak di bahagian bawah hotel. 
Overall kami satisfied dengan servis hotel ni =)
Nak cuci mata dengan pilihan-pilihan bilik yang ada & booking boleh la ke official website hotel ni