Followers

Sunday, June 23, 2013

Kickin'@ 22 weeks

Alhamdullilah dah masuk 2nd trimester 22 weeks @ 5 months+ pregnant.
My tummy dah nampak obvious. Sekarang ramai yang dah perasan dan tanya.. 
"Eh..apasal badan ko lain macam je skrg?"
"Eh.. ko pregnant ke?!"
"Eh..dah ada?"
amboii.. macam-macam eh yang ditanya. 
Ramai juga yang cakap perut aku nampak kecil comel.. Maklumla anak pertama.. tu sebab kecil kot, rahim baru start nak mengembang.  My body language pun masih macam biasa. Terkocoh-kocoh sana sini, naik turun tangga. Alhamdullilah. Setakat ini aku tiada alahan dan diberi nikmat kesihatan yang baik oleh-Nya. Rasa seronok mengandung kalau macam ni. Serius! Ini nikmat Allah =)
Harap-harap dipermudahkan juga my little precious keluar dari rahim ini dengan sempurna dan bila tiba masanya. Aminnn


Masa mengandung ni kalau tetiba rasa tak sedap badan (jarang2) seboleh-bolehnya aku elakkan makan ubat . I will try natural remedies first & doa. InsyaAllah & Alhamdullilah berkesan!
Kalau rasa ada hint nak demam, cepat-cepat minum air barli. Bila tekak rasa perit aku minum hooney lemon. 
Nyummmsss nyumsss

Sekarang my little precious dah mula pandai menendang. It is a miracle feeling! Masa mula2 rasa macam pergerakan-pergerakan halus yang buat aku tertanya-tanya pergerakan my little precious or angin2 dalam perut. Tapi bila ternampak perut bergerak dengan pelik tetiba, YESS!! its my little precious baby.. 
comel & aktif anak Ibu & Ayah. Membesar la dengan sihat ye sayang. Semoga jadi anak yang beriman & berjaya dunia & akhirat. 
Aminn 




Sunday, May 26, 2013

My little precious

Hi.. i'm ready to perform somersault action in my ibu womb
Doctor show my head, heart, hands and feet to my ayah & ibu. They are so excited. like yeayy yeayy yeayyy


#Throwback 11May2013
16weeks1day @ 32.5mm
Alhamdullilah




Wednesday, April 17, 2013

My first pregnancy check up at KKIA

Alhamdullilah hari ini my first pregnancy check up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Pahang, Bangsar. setelah tak berjaya nak buat minggu lepas. Minggu lepas aku ke KK Taman Botanik tapi aku disuruh buat check up di Klinik Desa Kg Pendamar berdasarkan alamat rumah. Bila dah pergi ke Klinik Desa Kg Pendamar, aku dinasihatkan ke KKIA yg berdekatan tempat bermastautin semasa weekdays. Adeehhh..

First time check up sorang-sorang sebab Incik Suami yang nun jauh mencari rezeki.  sedih & debar. Masa nak pergi tak tahu nak drive or jalan kaki je. Walaupun walking distance tapi aku macam nak drive sebab risau pening-pening lalat lepas ambil darah. Aku ada pengalaman hampir pitam lepas ambil darah. Tapi lepas tengok-tengok parking kat sana macam FULL terus relakan kaki melangkah. 

Alhamdullilah nasib baik layanan staff kat sana bagus. Pemeriksaan memang lengkap top to toe compare dengan private hospital yang aku pergi sebelum ni, Explanation yang jururawat bagi pun aku berpuas hati sebab dorang boleh jawab balik soalan-soalan aku. 


and this is my bed time story book. Memang best buku ni =)


Sunday, March 31, 2013

My little baby


#throwback 2nd scan, 16 March 2013 me & incik husband can hear our baby heartbeat. doctor said our baby very active. almost 8weeks and 1++cm Ya Allah, syukur alhamdullilah

Rasa macam miracle bila dapat dengar baby heartbeat. Now ada 2 jantung dalam badan aku. Ajaibnya ciptaan Allah.

On my little baby, membesarlah dengan sihat. Kami menanti kelahiran mu dengan penuh sabar. 



Today dah masuk 10 minggu kandungan. Alhamdullilah pembawakan baby belum teruk lagi. Masih ditahap biasa-biasa sahaja. No heavy morning sickness, muntah2 or loya2. Mak cakap mungkin ikot mak. Masa mengandungkan kami adik beradik pon Mak maintain macam biasa je.
Cuma selera makan aku makin berkurang. Teringin makan macam-macam tapi tekak tiada selera. Tapi aku pastikan aku makan juga supaya my little baby dapat cukup nutrien. InsyaAllah

Doakan yang terbaik untuk kami =)




Sunday, March 24, 2013

Triple Good News

Alhamdullilah
Banyak berita gembira & positif dalam bulan March 2013 ini
It were triple good news for me
1 - My first pregnancy! Syukur Alhamdullilah
2. Naik job grade. Automatically bertambah gaji & tanggungjawab.. phewww
3. BONUS!!!! Alhamdullilah 5 months bonus

Terima kasih Ya Rabb semoga aku tidak lupa diri dan menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas kurniaan mu
Cekalkanlah aku dalam menjalankan tanggungjawab ku
Permudahkan la segala-Nya
Kepada Mu aku berserah

Kepada Incik Suami & Family
Terima kasih for always being part of me

p/s: oh ye.. ade juga bad news yang terselit.. my android phone Samsung Note rosakkkkkkk.. dugaan~




Sunday, March 17, 2013

First Check Up

2 March 2013 is my first pregnancy check up. Bersemangat kami laki bini bangun awal nak bersiap. Dah tak menyempat nak sarapan. Kencing pon aku tahan dulu. Alasan aku, takut nanti UPT tak dapat detect HCG hormon sebab melalui pembacaan aku, hormon HCG tinggi masa awal pagi & before check jangan minum air. 

Nak menuju ke klinik mana pon masih blur. Maklum la first pregnancy. Akhirnya kami decide untuk ke Hospital Bersalin Razif di Andalas sebab my cousin pon buat check up di tempat yang sama. 

First, registration.. bagi la i.c and isi form as usual. Tapi orang kaunter ni tak de la ramah mana. Kurang senyuman dan tiada manis. Kalau kat kaunter memang aku menitik berat kan personaliti orang-orang yang duduk di kaunter. You are the first to give impression kepada orang yang datang. Aku dah start belek-belek pamplet. Pakej bersalin start dari harga RM1450. 

Lebih kurang 20 minit menunggu. Nurse pun panggil nama. Aku masuk ke bilik dan nurse mula mengambil berat, tekanan darah aku & interview last period bla bla bla,,,
Berat = 62kg (OMG.. first time tengok berat dah ceceh 60+kg)
Tekanan darah: Normal
Last period = 21 Januari 2013

After that aku kena tunggu lagi untuk jumpa doktor. Then, dalam 20+minit, nama aku dipanggil sekali lagi. Incik husband turut masuk ke bilik rawatan. Doktor Faridah interview lebih kurang sama macam nurse tanya. Then aku di bawa ke scanner room. Laaa... rupa-rupanya doktor scan terus di bahagian ari-ari, tak payah buat UPT test lagi. Aku dah la tengah tahan kencing lagi ni..hahahah
Anyway, doktor cakap lagi senang nak check kalau tak kencing lagi. Means kandungan air dalam pundi kencing masih banyak. Tapi kalau kena scan ikut bawah (saluran peranakan), kena la kencing dulu. 
Masa doktor scan mencari-cari UCG tu, aku berdebar. Nampak tak? Ada tak? Dah la aku tak faham bahasa monitor scanner tu. 
Tapi sekejap je doktor dah jumpa my kantung (sac) yang comel. Alhamdullilah
Masa doktor tengah ukur saiz sac, aku tak nyabar terus tanya mana satu?
Doktor tunjukkan pada aku & Incik Suami my sac yang bulat dan ada selaput jernih, dengan size 7.9mm. Kalau ikut size kantung it's about 5weeks & 4 days
Waahh, ajaibnya ciptaan Allah
SubhanAllah
Alhamdullilah

Aku rasa aku yang lebih banyak bertanya doktor. Maklum la, ini kandungan pertama aku. I really need to know what is the next step, what I shall do after this bla bla bla

Overall charge for my first check up RM55

Can't wait to see my baby progress






Saturday, March 16, 2013

Its a surprise

After 10 months of our wedding
Setelah asyik digasak persoalan dari wartawan tak bertauliah yang tak berputus asa bertanya
" ëh, dah ade isi ke?"
"Plan ke?"
"Bila nak ada?"

"Äku dah nak masuk dua, ko bila lagi?"

Setelah  asik disindir

Setelah penat untuk menjawab dari mereka yang tidak tahu sensitiviti naluri seorang insan.

My cousin & friends pernah menulis dalam status facebook mereka yang mewakili rasa aku sewaktu ketika dahulu. Cuma aku tak kuat untuk lantang seperti mereka. 

Status mereka lebih kurang begini
" Kadang-kala persoalan yang asik digasak mendatangkan tekanan. Walaupun mulut masih boleh bergurau menjawab tapi jauh disudut hati rasa terhiris itu ada. Ingatlan tiada pasangan yang sudah berkahwin tidak mahukan zuriat"
" Yes, I know I am fat but I am not pregnant yet. Pls stop that annoying question"

Aku kagum kelantangan mereka.

Namun begitu ada juga yang masih berlapik & beradap
"Sabarlah, InsyaAllah rezeki ko ada"

"Tak pe, enjoy dulu hidup berdua k"

"Kami doakan rezeki korang akan tiba juga k!"

Yes, TTCians need support not stress

Akhirnya, alhamdullilah. Rahmat ujian & perancangan Allah itu amat besar & cantik. Sekurang-kurangnya aku tahu rasa mereka yang bukan bunting pelamin. Ini menjadikan aku lebih berhati-hati bila berkata.

  Rahsia Allah "kun fa ya kun" maka jadilah. 

Alhamdullilah rezeki itu tiba juga. Syukur, syukur Ya Allah

23 Februari 2013
A very faint line pada UPT. Masa ni my period belum delay lagi. Tapi hati melonjak-lonjak ajak buat UPT

26 February 2013
After a day delay period. Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat dan amat berharap bahawa naluri ini benar. 
Jelas double line pada UPT
Positif ada hormon HCG dalam diri ini. Hormon yang wujud apabila plasenta mula terbentuk. 

Terus inform Incik Husband. Kami amat teruja tapi kami masih beringat. Selagi belum berjumpa doktor untuk pengesahan selagi itu belum sahih. 
Kami terus berdoa moga ini benar rezeki untuk kami. Ya Allah, peliharalah kandungan ini. 

Apa pun aku belum bersedia berkongsi berita gembira ini dengan rakan-rakan di facebook sebab aku tahu sensitiviti mereka yang masih menanti. Aku faham rasa itu. Dan gentar jika rezeki ini ditarik kembali. Ingatlah, janganlah sesekali merasa takbur & riak. 

Syukur Ya Allah

Buat rakan-rakan TTCians yang laen, aku mendoakan kalian juga akan dikurniakan rezeki ini. aminnn





Wednesday, March 13, 2013

Jalan2 Terengganu

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 mari lah kita berjalan-jalan ke Terengganu.
Tapi aku rasa aku belum tour habis Terengganu ni. Aku ni memang fail bab-bab melancong. No ideas!
Encik Husband pon sama. Jadi marilah kita mengikut langkah masing2.

Celup tepung memang popular kat Terengganu.. sotong, udang, bebola, semua kene celup tepung la. Ini kami singgah di Pantai Teluk Ketapang. Memang havoc petang-petang kat situ. Tengok ombak. Main layang-layang. Tenang je rasa. Lepastu makan celup2 tepung ni, ratah begitu sahaja. Tapi bila terlebih makan rasa memual pon ade. Banyak minyak!

Di Pasar Batu 6, seronok tengok kuih muih kat sini. Macammmm-macam jenis ada. So colourful! Aku suka cara orang sini display kuih-muih yang dijual. Mostly letak di dalam plastik, Nampak bersih je. Terfikir juga, habis ke dorang jual banyak-banyak ni?

 Kepelbagaian keropok goreng & lekor yang dijual di Pasar Batu 6. Tapi orang cakap keropok kat Kemaman yang sedap. Memang sedap! nyumsss nyummss
Pekena rojak ayam juga di Pasar Batu 6
 Tempat harus lawat. Here I am Taman Tamadun Islam Terengganu. Kat sini banyak replika masjid-masjid yang popular di dunia. 


 Masjid Kristal, Terengganu
 Satay Lanang Jabi. Must try! Kat Jabi ni memang banyak gerai satay. Tapi satay lanang ni la yang sedap. Lebih sedap dari sate kajang. Rasa satenye juicy!
 Before flight balik, kami singgah di Pantai Rhus Sepuloh. Indahnya pantai. Rasa tenang je. Masa ni ombak besar sebab tengah musim monsun. Kapal-kapal nelayan pon banyak yang berlabuh. Dan aku kembali seorang, merindu Incik Husband di Terengganu
PJJ husband & wife rutin.. haihh