Sambungan dari entry
ini - Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part 1 of 2)
Transit dari labor room ke wad. Kali ini dah tak guna wheelchair tapi guna katil sampai ke wad..wooohooo..
Mak, abah & adik bongsu aku dah menunggu di bilik. Tapi masa ni Rania masih dalam tempoh pemantauan kat nursery. Kena tunggu a few minutes & malam tu Rania tidur dengan ibu & ayah. Cuma yang breastfeed sahaja dibenarkan untuk sebilik dengan si ibu. Kalau baby yang minum formula milk akan diletakkan di nursery.
Malam pertama bersama Rania ibu & ayah memang tak tidur malam. Rania kejap2 berjaga nak menyusu. Masa ni aku tak tahu sama ada susu aku dah ada belum. Yang pasti aku nak Rania breast feed. So, aku suakan sahaja Miss B kat Rania. Lepas susukan Rania, Rania merengek. Sampai kami blur nak buat macam mana. Nasib baik wad kami dekat dengan nursery. Jadi kami ambil inisiatif jumpa nurse kat nursery & request nurse ajarkan macam mana nak sendawakan Rania. Rupa-rupanya ada angin. Lepas burp (sendawa) Rania tidur lena. Niat di hati kami pun nak tidur juga. We have to be very sloowww sbb tak nak ada bunyi yang boleh buat Rania terjaga. Tapi tetiba streeetttt. -Bunyi badan Incik Suami bergesel dengan tilam- Teruss Rania huaaaaaaa... aduhaaiiii.. malam tu kami bergilir-gilir pangku & dodoikan Rania. Ibu & ayah memang tak tidur sebab masing2 kekok & risaukan Rania. It was a looonnggggg day.
Selepas Subuh baru la Rania betul-betul lena. Aku & Incik Suami pun tertidur sekali. But aku dapat tidur sekejap je.Incik Suami dah berdengkur tak sedar. It was the busiest morning. Ramai betul staff yang masuk bilik - caterer hantar breakfast, cleaner kutip sampah & cuci2 toilet sikit, then another cleaner masuk & offer untuk tukar cadar, nurse check tekanan darah & suhu, doctor datang check jahitan episotomi & interview tanya dah kencing blom etc etc, nurse bagi ubat, nurse datang buat hearing test untuk Rania, homecare DEMC datang interview sebab dorang akan datang buat lawatan rumah after this, staff datang hantar bill & settlekan urusan pembayaran, pakar lactacyd datang bagi penerangan pasal penyusuan susu ibu - masa ni bila aku cakap tak sure ada susu or tak, dia picit Miss B & alhamdullilah baru nampak ada cecair perang. All this while aku yang tak reti picit kot, doctor kanak2 datang buat check up untuk Rania. Masa tengok Doctor Koshi ni check Rania, kami macam whoaaaa.. lain betul cara pegang orang yang dah biasa dengan baby dengan orang yang baru first time pegang baby. Macam dilambung-lambung & dipusing-pusing kan je si Rania. Tapi Rania steady je.. Lastly pharmacist datang terangkan pasal ubat yang dibekalkan. Rrrrrraaaammmaiiii kan.
Sebelum balik tu Mak suruh aku mandi wiladah dulu. Senang sebab kat sini ada hot shower. Bila dah pack barang tetiba rasa .. whoaa banyaknya barang kami. Nasib baik la kat sini ada disediakan concierge & valet service. Kami di escort pulang hingga ke kereta oleh tiga orang staff sorang nurse tolong tolak katil baby, sorang tolak wheelchair aku (ngengada naik wheelchair, eh tapi dorang yang offer taw) & sorang lagi tolak troli yang macam kat hotel tu.. Kami tunggu Incik Suami bawa kereta ke lobby. Kat sini ada juga jockey service untuk park kn kereta korang dan juga buggy service kalau korang park kt car park & jauh.
Overall sangat berpuas hati dengan service dari DEMC ni. Aku rate 4.5/5 star.
As summary cost kelahiran Rania di DEMC ni cuma RM2500+ alhamdullilah..
Rania first foot prints. Seronok Rania ada kenangan macam ni. Zaman aku dulu ada kenangan tali pusat je..hahaha
Goodies bag. Sangggaattt banyak barang dalam ni. Almost semua brand lampin pakai buang ada, toiletries, heh mcm2 la..
And this is our sweetheart Rania