Bismillah
Alhamdullilah aku dikurniakan kemudahan sepanjang mengandung & melahirkan Nik Rania Zafirah. Harap-harap Nik ... yang seterusnya begini juga.. Amboii, yang seorang ni pun umur baru sebulan dah berharap untuk the next Nik.. huahuahua
InsyaAllah suatu hari nanti Rania boleh baca sendiri pengalaman ibu melahirkan kamu
Semuanya terjadi pada 24 Oktober 2013. Sebelum tu kami suami isteri memang la dah berdebar-debar & tertunggu-tunggu bila la baby nak keluar. Aku & Incik Suami dah selalu seru & bercakap dengan perut bulat supaya Rania lahir hari Khamis malam Jumaat..whoaa.. menjadi betul!!
9.15pagi
Sedang enak baring-baring dalam bilik. Sambil berkhayal tanya bila la sakit bersalin ni nak start. It should be today! Tetiba terasa ada air hangat dari Miss V. Aku bangun laju-laju terus masuk bilik air. Memang tak boleh nak kawal. Aku pasti ini lah air ketuban tapi macam ragu-ragu pun ada. Nasib baik katil tak basah teruk sangat.
Terus panggil Incik Suami yang masih mamai-mamai.. "Abang.. air ketuban dah keluar!"
Incik Suami angkat kepala tengok aku .. tengok tilam.. then tidur...oh suamiku. Ni mesti dia ingat aku terkucil.
Again.. "Abang!! Sayang nak beranak dah!!".. Automatik Incik Suami bangun..
Masa ni memang tak rasa sakit cuma rasa air keluar tanpa henti. Bagi tahu mak. Mak pon macam tak berapa pasti nak buat apa sebab aku langsung tak rasa sakit. Mak telefon nenek di kampung sebab nak tanya kena pergi hospital sekarang ke..
Aku terus salin pakaian.. lepas tu pergi dapur, minum milo & makan kuih karipap. Dalam hati.. "Masa pantang nanti dah tak boleh makan kuih karipap ni"
10.10pagi
Kami bergerak ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC). Aku minta Incik Suami singgah kedai beli gula-gula & request supaya dia memandu dengan slow & steady jangan tergesa-gesa. Sebenarnya aku cuak nak pergi hospital awal-awal sebab tak rasa lagi sakit contraction.
10.30pagi
Sampai di DEMC, aku daftar di kaunter kecemasan. Kemudian staff DEMC datang bawa wheelchair dan suruh aku duduk atas tu untuk dibawa ke labour room. Dua tiga kali aku menolak pelawaan untuk menggunakan wheel chair dan tegas aku kata "Tak mengapa, saya nak berjalan". Alhamdullilah aku masih gagah untuk berjalan. Lagi pun kalau berjalan insyaAllah senang sikit laluan bawah nak buka.
Kali pertama masuk dalam labour room aku macam konfius, ini ke labour room, macam wad je. Ada katil, beberapa peralatan, sofa single & tandas. Arah kiblat pun ada, Jauh dari imaginasi aku. Aku bayangkan labour room tu macam dalam cerita-cerita tv yang penuh dengan peralatan itu ini.
Jururawat pasangkan CTG kat perut aku.. ooo cenggini rupanya CTG. Jakun skali lagi. Kemudian part senak bila kena seluk kat Miss V. Bukaan serviks baru 2cm & aku diberikan ubat antibiotik. Masa ni macam-macam aku tanya doktor, bahaya tak kalau air ketuban dah leakage bla bla bla Aku beritahu doktor yang aku tak nak induce &kalau boleh aku nak semuanya normal - no pain killer, no epidural. Pasal episitomi dah bincang dengan Doktor earlier, tapi doktor cakap ikut keadaan sebab anak sulung takut nanti koyak lagi teruk.
Kami diberi pilihan sama ada nak tunggu di labour room or check in dalam bilik dulu. Next check up pukul 3petang. Of course, aku & Incik Suami nak dating dalam bilik dulu..hehehe.. Masa ni midwife suruh aku guna wheelchair sebab air ketuban dah leakage & dia macam risau. Tapi aku berkeras untuk berjalan juga.
Sampai di wad. Jakun sekali lagi sebab tak pernah masuk wad..huhuhu..Alhamdullilah wad yang disediakan selesa untuk kami berdua. Ada toilet, tv, sofa panjang, bantal & selimut untuk keperluan Incik Suami yang menemani. Aku kunun-kunun nak buat squatting exercise, jalan-jalan & jauhkan diri dari katil untuk mempercepatkan bukaan. Nan adooo.. sebab aku rasa mengantuk. memang rasa nak tidur tapi macam serba salah untuk tidur. Tapi bila Incik Suami dah yakinkan aku untuk tidur, aku pon tidurrrr.. *M2B pls dont follow this*
11.45pagi
Makanan sampai beserta pilihan menu untuk pilih apa yang nak dimakan untuk malam ni & esok. Nyummy nyummy... Selepas makan aku jalan-jalan sambil berzikir, baca surah Mariam, squatting exercise sikit & kembali tidur-tidur ayam. Ntah kenapala hari ni aku asyik rasa ngantuk je. Encik Suami pula advice suruh nonton tv supaya aku lebih relax.
2.30ptg
Nurse datang periksa tekanan darah, suhu badan & pasang mesin CTG untuk monitor heartbeat baby & contraction. Masa ni sakit contraction rasa macam sakit senggugut datang bulan, masih terkawal.
Nilah mesin CTG. Yang sebelah kanan warna merah ialah heartbeat baby & yang sebelah kiri (warna hijau) untuk measure contraction lagi tinggi lagi sakit contractionnya.
6.15ptg
Makanan malam sampai. Lauk ikan merah. Masa ni sakit contraction dah makin kuat. Almost every 15minute boleh rasa sakitnya. Baru nak makan 2 3 suap tiba-tiba rasa sakit again & again. Selera pun lari. Incik Suami masa ni turun bawah nak beli makan malam dia. Bila aku call beritahu sakit bla bla bla, rushing la Incik Suami datang, sampai chicken chop yang dipesan pun tak sempat nak ambil bawa naik. Bila dah tengok keadaan aku, layan sakit dengan aku jap then barulah Incik Suami turun nak ambil makanan.
Tekan button untuk panggil nurse bagitahu dah ready nak pergi labour room. Again before pergi labour room nurse pasang mesin CTG.
7.15malam
Sebaik sahaja Incik Suami selesai solat Maghrib, nurse pun datang bawa wheelchair. Kali ni memang aku rela hati duduk atas wheelchair tu. Sampai labour room midwife datang check Miss V. Dah 6cm dilation. Mid wife suruh aku relax2 dulu. A few minutes after that, doktor check bukaan dah 8cm. Good progress & fast. Aku disuruh tukar baju & diajar cara-cara ambil nafas & meneran (at this time aku tak ada asas & tak tahu pasal hynobirth/gentlebirth). Aku harap aku bersalin pukul 8 lebih supaya doktor & medical assistant yang lain sempat nak tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.
Contraction makin kuat. Masa ni memang sakit yang amat kat abdomen tu. Incik Suami non stop bagi support. Midwife suruh aku sedut gas oksigen bila rasa sakit & fokus kat gas tu sebelum aku & Incik Suami dibiarkan berduaan dalam labour room. Midwife jangka yang aku akan bersalin sebelum pukul 9malam. First time sedut, tetiba aku rasa khayal..terus beritahu Incik Suami "alaaa bang, ni gas etanox yang khayal tu laaa..rasa khaaaayaaallll"..
Tapi aku sedut gak gas tu everytime contaction datang sampai rasa nak termuntah. Then baru la midwife inform some people kalau tak serasi dengan gas tu boleh rasa nak muntah.
Pukul 8 lebih doktor datang sekali lagi tengok bukaan (tak seluk) & get ready dengan peralatan pembedahan. Incik Suami dah get ready sapu minyak angin kat kepala dia & terkumat-kamit berzikir dan doa. Dalam hati aku, jangan la suami aku pengsan..hahaha.. Setiap kali contraction datang aku akan push. Doktor, Medical Assistant & Incik Suami sangat2 supportive. Aku rasa macam masuk pertandingan sukan pulak.
"Ämbil nafas...simpan-simpan!!!...tahan-tahannnnnn!"
"Ok Ok Good verryyy goodd!""
"Sikit lagi.sikit lagii!"
"Bagus! pandai-pandai"
8.45malam -
Beberapa push & 1 push yang terakhir tu menggelongsor zasss baby keluar. Wow, nasib baik doktor sempat sambut. Dalam masa yang sama rasa hangat & lega kat Miss V. NIKMAT!! Tiba-tiba hilang semua rasa sakit.
"Alhamdullilah & Assalammualaikum" kata doktor - ucapan pertama yang baby Rania dengar
Rania diletakkan atas dada ku. skin to skin.. sambil doktor tanya aku jantina baby. Lemah je aku jawab "Girl". Masa ni dah rasa penatttt...
Suara Rania nangis memang kuat sampai aku tanya Incik Husband "Tu suara Rania ke?hahaha"
Setelah dibersihkan & dibedung, Rania diletakkan bawah cahaya lampu dalam labour room, Incik Husband sempat snap gambar-gambar Rania sebelum Rania diiqamatkan. Ada getar dalam suara Incik Husband masa iqamatkan Rania.. Terharu & bercampur baur kot perasaan Incik Suami aku ni...hehehe
Alhamdullilah
continue here. sila klik --> http://shazleashayla.blogspot.com/2013/12/pengalaman-melahirkan-nik-rania-zafirah_30.html
2 comments:
macam sakit jer....
Mcm best jek bersalin kt situ. Huuu. Sngnye maria bersalin. Mcm kejap je sakit kan? Kite lame jgk. Plus x leh mkn minum smpai lembik. Tp mmg betol, lps ank kuor, trus hilang segala sakit. Heee.
Post a Comment