Followers

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Adik Ku Kahwin

Most welcome my sister in law to our family!
Tak sampai setahun, nah mak abah dapat menantu lagi. Memang tak nyempat2 adik aku ni. Tapi dia pon kerja kat laut memang haruslah tak nyempat. Bila ada kesempatan bercuti dan pulang kedarat, poket pon dah tebal,  jodoh pon dah sampai. Maka berjabatlah tangan dengan Tok Kadi. Congratulation brother & sister in-law!


Atas permintaan dari pihak pengantin sendiri, just a simple ceremony untuk kedua-belah pihak. Semuanya dipermudahkan. Baru aku sedar rupa-rupanya jadi kakak pengantin lagi penat dari jadi pengantin. Masa jadi pengantin hari tu aku tak penat, cuma risau je. Memang raja seminggu la!

Muka cuak nak salam tok kadi


Si kakak yang tetiba nak melaram gaya 'Merahnya Mak Ngah!


Kami 2 keluarga


As usual, suami aku ni memang jalan pilihan untuk dijadikan pengapit bidan terjun. Ni ntah kali keberapa dia jadi pengapit. Terimaaa je la bang oii.. Sebabkan adik aku ni tinggi macam galah, terkepak-kepak la laki aku mengangkat payung ke paras yang lebih tinggi dari ketinggian diri sendiri..heheha
Ni romboongan hantar mempelai ke rumah pengantin perempuan


Ni pula kami sekeluarga yang camwhoring semasa majlis menyambut menantu
Tiada dalam gambar adik bongsu aku - Sarah. Sebab Sarah sedang sibuk mengedarkan doorgift. Bagus adik aku sorang ni.





Selepas ini, giliran budak ni pula naik pelamin. Simpanlah duit dari sekarang wahai little brother! 

Pengantin cuma mahu makan beradap sahaja. Tiada pelamin yang disewa

Tapi mak aku gigih juga siapkan ala-ala pelamin dalam rumah. Simple yet nice! Terharu tengok kesungguhan mak siapkan sudut ni. Gubah-gubah bunga..jahit-jahit langsir. Seorang ibu sentiasa mahukan yang terbaek untuk anaknya

Konvoi motosikal kuasa tinggi dari kawan-kawan adik aku. Tak sempat nak snap masa tengah konvoi vroom vroom

Antara tetamu yang hadir. Kali ni kami sekeluarga cuma sewa 6 buah khemah untuk meraikan para tetamu

variety of doorgifts

ehem... yang sebelah kiri ni masih single but i do not know available or not. Try la kalau nak. Tapi yang sebelah kanan ni dah ada cop hak milik. AWAS. Jangan gatal2 nak try!!

dan ini gambar abah bersama kakaknya, Terima kasih Cik Yah sebab sudi datang dari jauh. You are such a very helpfull aunty. We really appreciate it. Tq


Sekian




Sunday, December 9, 2012

Pre Wedding Back To School

Sorry, review spa terpaksa ditangguhkan sebab i only got +-48hours left to settle bulky of my office work before balik ke Terengganu 12122012. Nice date huh? Yups, my brother in law solemnization. 

So, just a short entry for a super gorgeous pictures from Colours Pictures. Suddenly bump into their FB page and bila tengok one of the album - 3rd Anniversary Amie & Yatie.
Aku pon tak sure ni pre wedding or anniversary kahwin. Story line album ni sangat-sangat perfect!
Memang semuanya menggambarkan situasi nakal2 alam sekolah dulu, malu-malu dating, ajak kawan ikot dating, dating tepi sekolah, kena rotan ngan cikgu disiplin, mengintai.. such a perfect photo album

okies.. jom terjah.. Klik link di bawah


P/s sorry tak sempat nak download all the pictures. kene minta restu owner dulu..ngeee





Friday, November 23, 2012

Review: Handbouquet



Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Puan Laila.
Laila kawan aku masa MRSM Jasin dulu. Ntah macam mana tertahu yang Laila berbakat gubah2 bunga tangan. Terus laju-laju aku contact and book servis dari Laila. Lagi senang berurusan dengan rakan sendiri. 
Memang sedari awal lagi aku dah plan nak guna real flower as my handbouquet (hb). 
Untuk bunga tangan semasa nikah aku serahkan pada Laila untuk design & pemilihan warna. 
Manakala untuk hb yang  digunakan semasa bersanding memang aku dah bayangkan handbouquet aku haruslah sama warna dengan kasut. Kesian Laila keluar masuk kedai cari warna bunga yang aku nak.
Roses memang dah tiada stok untuk warna yang aku nak. Jadi sebagai alternatif Laila belikan bunga jenis *aku lupa jenis ape* Dahlia maybe?

Anyway, thank you very much Laila for being part of my memorable day



Picture Credit to Mr Zameer


Picture Credit to Mr Zameer

P/S: This is schedule entry






Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday


Nampak tak apa yang Incik Husband sedang lakukan?


Incik Husband buat sign THUMB UP!
ibarat sukses menakluk cinta si puteri..cheeewaahh aku yang tambah lebih2..ngeee 
~LOVE~


P/S: This is schedule entry



Tuesday, November 20, 2012

Review: Make Up Sanding

Aku sangat berpuas hati dengan servis andaman dari Kak Sue ni. 
Aku panggil Kak Sue cantik..hehehe
Muka kak su ni georgeous dan yang best Kak Sue ni sangat-sangat teliti, caring & happening orangnya. Kak Sue bukan sekadar make up kan sahaja tetapi dia berikan yang terbaik supaya pengantin yang di andam nampak cantik berseri.. cewaah.. puji lebih-lebih pulak aku. Anyway, this is not paid advertisement. Review adalah berdasarkan apa yang hati aku rasa,. So, hati aku cakap PUAS HATI. Tangan pun laju la nak menaip. 
Kak Sue memang very transparent, kalau dia rasa tak cantik dia akan cakap tak cantik. Contoh veil yang vendor berikan pada aku agak tak sesuai di padan dengan baju aku dan corak kat veil yang tak center. Terus terang Kak Sue tu membebel walaupun vendor tu pon kawan dia. Nasib baiklah Kak Sue bawa spare veil yang memang match bagai pinang dibelah dua dengan baju aku.. Oooh i am so glad! Kalau ikut kan perangai redah aku, memang aku tak kisah pakai veil yang mula-mula aku dapat tu.. almaklum la dah last minit.
Aksesori yang Kak Sue bawa pon cun especially Crown. Sangat-sangat suka dengan design crown ni. terletak kemas & sweet! Oo.. tapi ada 1 lagi aku berhutang dengan Kak Sue ni, Keris!! Ntah macam mana boleh pula tertinggal keris masa nak pulangkan barang-barang Kak Sue. Asyik  tertangguh-tangguh je nak jumpa Kak Sue. Ya Ampuuunnnn...
Really hope to meet her again ~~
Untuk bride to be area Port Klang or Klang you may contact and hire her as your MUA.
 Highly recommended 





Thank you very much sis!
Sue MUA 012 9103744

xoxo

P/S : This is schedule entry



Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday



I fall in love with him again & again



All Pictures credit to Zameer Zomography



Sunday, November 4, 2012

Review: My Official Photographer

Antara perkara yang paling penting dalam majlis perkahwinan ialah photographer. Aku agak kepeningan dan rambang mata untuk memilih official photography untuk majlis kami. 
I really fall in love bila usha-usha blog2 dan website2 photographer2. Suka tengok gambar yang cantik dan romantis bertempat =) 
i like i like & i want i want
dan sekali lagi orang penting aka BFF aku Pn Norita merupakan perancang utama dan pendorong utuk aku booking service dari Shaznij Photography (Bro Shazni) with collaboration Zomography (Bro Zameer)
Alhamdullilah Zomography ie. Zameer merupakan rakan sekolah aku
it will be easier when u know your Photographer
and the price they quote was very2 reasonable
alhamdullilah rezeki kahwin

Aku pernah review pasal service dorang kat SINI
=) Masa sedang asyik dilamun chinta bersama si dia


Aku sangat suka gambar-gambar yang mereka capture sebab cuma memerlukan minimal editing or tidak perlu langsung! Means kalau bagi yang raw pun memang dah cantik & tak perlu crop2 photosop2.
Dan bertambah seronok sebab personality mereka. Shazni & Zameer tak kedekut nak tunjukkan gambar-gambar yang dah di capture dalam camera dorang. Aku pernah jumpa, fotographer yang langsung tak nak tunjuk gambar2 yang dah dicapture. Cisss... Actually bila korang dapat tengok gambar yang dah dicapture tu, korang lebih tahu pose bagaimana yang sesuai and bertambah excited nak bagi pose2 seterusnya. Haruuussssllaahh enjoyy posing sampai OP penaaatttt k. Tapi selalunya pengantin yang penat dulu sampai OP kene pujuk. But NOT me.. heheheh  

Some tips to bride to be untuk mencari fotographer untuk prewedding, majlis pertunangan & perkahwinan:
1. Survey dan request quotation dari beberapa vendor pilihan dan tentukan budget anda. 

2. Jangan lupa bertanya berapa orang photographer yang disediakan. Untuk majlis perkahwinan aku prefer minimal 2 orang OP. 

3. Review daripada ex customer or ex bride to be is quite important untuk mengelakkan tertipu. Ada kes, OP menipu dan tidak muncul di majlis sedangkan pembayaran telah dilakukan. 

4. Remind OP tentang majlis anda beberapa hari sebelum majlis. 

5. Pastikan photographer dan anda serasi. PENTING!! Bride tend to be bridezilla masa majlis kahwin. Almaklum la kaum hawa ni banyak berfikir and kalau boleh nak everything going perfect not only to her self but also to the guest. So, photographer dan rakan2 bridesmaid memainkan peranan yang penting supaya pengantin CERIA! And luckly i got this package tooo.. alhamdullilah
Pre wedding is one of the way to build keserasian between client & photographer

6. Do not forget to share with your OP style2 yang anda sukakan. Photographer & pengantin pun manusia yang mungkin mempunyai minat atau pandangan yang berbeza. Kang tak pasal2 gambar kawen korang jadi ala2 gothic kalau photographer to suka suki try2 new theme.A short conversation will do.

7. Jangan segan atau malu untuk memberikan pose terbaik anda. Remember korang dah labur lebur duit untuk hire OP pilihan anda. Mereka bukan setakat ambil gambar lauk pauk, doorgift & tetamu. Fokus utama adalah ANDA = PENGANTIN.

8. Ambil tahu bila OP akan bagi gambar2 yang di capture but do not stress OP sampai hari-hari nak call and follow up. 

9. Paling penting...jangan lupa langsaikan BAYARAN anda =)

Here some of the photos with credit to the OP =)

Unedited photos - Capture by Zameer 

 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Shazni
 Unedited photos - Capture by Shazni
Unedited photos - Capture by Shazni

Click here
to view more photos of our wedding =)
and also here
Moreeeee here compilation of all photos. Alhamdullilah


 Want to contact them? Here =)
1. Mr Zameer from Zomography (012-256 6018)
2. Mr Shazni from ShazniJ Photography (012-347 1719)

Sesiapa yang tengah cari OP tu sila2 la contact both of them laju-laju k





Tuesday, October 9, 2012

Wedding Review - My Outfit

Back to wedding review.. *drum rolllll*

Baju nikah aku tempah di Cik Ani, Kampung Raja Uda Port Klang
Actually aku tahu pasal Cik Ani ni daripada BFF aku Pn Norita & setelah baca wedding review dari bride to be popular yang kini dah jadi Puan Nora ( http://norapurplebridez.blogspot.com/)
Bila Puan Norita pun beriya nak tempah baju kat sini lagi berkobar-kobar la aku nak hantar kat tempat yang sama. Buat eksperimen harus lah bersama-sama, at least ada kawan nak melalak bila baju sama-sama tak jadi..hahhaha
But, alhamdullilah. Baju menjadi!!! yeehhaaa
Untuk nikah aku tak buat baju yang tight2.. gile ape kalau buat baju kebaya ketat2 untuk nikah. Elok2 je duduk nanti prak pruk prak bunyi benang tetas.. TIDAKKKK!!!

So, my design simple je. Aku buat kebaya longgar moden. Dalam buat dress panjang. Selesa & nice. I like it! Nak cari rumah Cik Ani ni senang je, kalau korang daripada arah KL dan ikut Federal Highway, korang follow je signboard ke Port Klang. Then, Kg Raja Uda is at your left side (kt traffic light simpang 4, no worries, ade signboard tulis Kg Raja Uda). Bila dah masuk simpang terus sampai lalu pintu gerbang. Selepas pintu gerbang turn left. Korang akan lalu kat belakang masjid. Rumah Cik Ani ni lepas masjid at your right side. Rumah nombor 68. Gate warna merah (kalau Cik Ani tak tukar cat lagi masa korang datang)


Harga tempahan kat Cik Ani ni very reasonable baju perempuan + lelaki dalam RM200++ . Tapi aku tempah baju perempuan je sebab Incik Husband dah beli yang ready made. Sempooii kan? =)
But seperti kebanyakan tailor, korang kena kerap remind kat Cik Ani untuk siapkan baju korang.
Follow up - follow up & follow up!

Dan sebabkan harga yang reasonable, dah segerombolan kawan-kawan aku, aku bawa pergi hantar baju kat Cik Ani ni. Kitorang tempah baju pengapit / dayang-dayang / bridesmaid untuk wedding my BFF Ain Zarhaina.. yeaayyy..
Beli kaen segulung dan buat together2 kat Cik Ani. 
Agaknya mesti Cik Ani pening tengok kekecohan kitorang hari tu

Haaa... ni la design baju2 kami. Syina is so0o pro in drafting the design. You are very talented dear



.
Dan hasilnyaaaaa
klon baju raya peplum scha al-yahya untuk kami gayakan ketika majlis resepsi Ain
Ni baju Awied, colour block Purple+yellow & peter pan neck
Masa aku tunjuk gambar ni kat adik aku, boleh pula adik aku tanya "Nak pergi menari kat mana?"
Mesti Awied rasa nak lempang kalau dengar adik aku cakap macam tu..heheh

this is mine. Purple+ 'songket' aku tak cukup berani nak buat colour block. Nanti 15 tahun lagi jenuh nak jawab soalan2 anak "kenapa mak pakai baju lain, kain lain? Mak tak cukup kain ke?"  haaaaa

Baju hijau kuning ni untuk majlis nikah Ain. Ain akan pakai baju putih with manik hijau dan kami akan bergaya dengan warna hijau+kuning. Memang masing2 tak nak kalah. Tapi masing-masing dengan design masing2.
Sebabkan teruja dengan hasilnya, semalam lagi aku dah sarung baju ni pergi kenduri kawan aku kat Shah Alam. Design kaftan with u shape at the edge of the kaftan & moderate patching di bahagian V neck.
Tudung aku beli online dari Qoma Boutique
 Psstt.. i think i should buy big ring to match with this kaftan macam Kak Mah Bik Mama.