Followers

Showing posts with label Rania. Show all posts
Showing posts with label Rania. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Rajin

#Throwback - Nik Rania Zafirah 1year old FY2014

Bila si anak sudah rajin mengemas. Leka sampai terjuih juih mulut.
No worriesss i'm not mad at her.
Kan ini salah satu proses pembelajaran si ana. Sifat ingin tahu.
Cuma si ibu yang kena lebih belajar S-A-B-A-R
Biarkan sampai cik Rania kita habis mengemasss
Lepas tu baru ibu kemas balik.. tapi awas kalau ibu dah kemas, awak nk kemas lagi sekali..heheh






Sunday, February 15, 2015

All about Rania

Dah lama tak update. Dulu sebelum Rania lahir berkobar-kobar semangat kunun nak update each of her progress.. Adess... menjadi seorang ibu bekerjaya memang melelahkan. Mulakan hari di awal pagi - memandu ke tempat kerja lebih sejam - samapai kat office rindu kat anak ... waaahh.. *nanges*

Hari ini Nik Rania Zafirah dah setahun 4 bulan. She grow up so fast! yup.. so fast sebab dah chubby..heheheh.. hidden meaning - ibu & ayah dah makin tua. Pada usia 10 bulan Rania dah mula bertatih.. 11 bulan dah laju berjalan.. dan pada umur setahun ibu dan opah dah makin rajin bersenam nak kejar cik Rania kita ni..

Alhamdullilah.. setakat hari ini Rania tak banyak kerenah.. tak meragam,senang di bawa berjalan, tak menangis tak tentu pasal. Kalau menangis pun senang nak pujuk. Walaupun adakalanya kami hilang sabar, almaklumlah badan penat bagai,.. tapi when I take a second-- breath in & breath out.. Astagfirullah.. nikmat apa lagi yang harus aku dustakan. Semuanya cukup sempurna. Syukur alhamdullilah atas kurniaan permata hati ini. Yes, she is sooo sweet, Dari segi kesihatan, she is well healthy, cuma sekali sekala selsema (which is amat jarang),. Dan setakat hari ini belum pernah kami beri antibiotik to her. I will try natural remedy first.. Pengalaman sendiri, pernah Rania kena selsema teruk, makan ubat a few days pun tak berapa nak ok, Dan akhirnya aku ikhtiar guna stokin bawang outih & kunyit hidup. Alhamdullilah,.. Allah beri keizinan untuk sembuh.

Rania is not a picky eater. Alhamdullilah mudah di uruskan.. Tapi aku memang pantang kalau ada tangan-tangan yang hulur fast food to her. I will sound directly. Yes I am. Tapi kadang-kadang selera makan Rania make us scary.. ye la.. nnt makin tembam dipam pam, kesian pula kat dia.. But although she is chubby she is soo active.. Alhamdullilah

Oh ya.. minggu ni Rania dah pandai pegang pensil & pen, Cara yang betul untuk memegang alat tulis. She is a realll observer. Now ibu dah kena start belajar macam mana nk homeschool cik Rania ni,, Otak si anak sedang berkembang macam span. so now kena hati-hati untuk setiap tingkah laku, jangan nak memandai-mandai buat yang bukan-bukan depan dia.

We love u my dear









Thursday, January 16, 2014

My Little Angel


Can't stop thinking of her
Adorable Cute
I Love U
Bayi Comel






Sunday, January 5, 2014

My Rania

5 Januari 2014 Rania Zafirah dah berumur 2 bulan setengah.
And she being soo0o cranky & active lately
Kalau dulu ibu asik tertanya-tanya bila Rania nak bangun dari lena.. asyik tidur je
Now, pertanyaan tu dah bertukar.. bila la anak ibu nak tidur ibu dah penat (tapi feel blessed & happy) nak layan Rania borak2..main2..n ragam Rania yang asyik nk berpegang untuk duduk & berdiri je..cehhh macam la awak tu dah besar sangat..hehehe.. Dah banyak hari ibu tidur pukul 3 or 4 pagi melayan keletah kamu yang buat ibu tersenyum walaupun capek. 

So, as conclusion to all parents out there (including us) appreciate every moment with your child!

Rania Zafirah - we love u sooo much!







Monday, December 30, 2013

Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part 2 of 2)

Sambungan dari entry ini - Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part 1 of 2)

Transit dari labor room ke wad. Kali ini dah tak guna wheelchair tapi guna katil sampai ke wad..wooohooo..
Mak, abah & adik bongsu aku dah menunggu di bilik. Tapi masa ni Rania masih dalam tempoh pemantauan kat nursery. Kena tunggu a few minutes & malam tu Rania tidur dengan ibu & ayah. Cuma yang breastfeed sahaja dibenarkan untuk sebilik dengan si ibu. Kalau baby yang minum formula milk akan diletakkan di nursery.

Malam pertama bersama Rania ibu & ayah memang tak tidur malam. Rania kejap2 berjaga nak menyusu. Masa ni aku tak tahu sama ada susu aku dah ada belum. Yang pasti aku nak Rania breast feed. So, aku suakan sahaja Miss B kat Rania. Lepas susukan Rania, Rania merengek. Sampai kami blur nak buat macam mana. Nasib baik wad kami dekat dengan nursery. Jadi kami ambil inisiatif jumpa nurse kat nursery & request nurse ajarkan macam mana nak sendawakan Rania. Rupa-rupanya ada angin. Lepas burp (sendawa) Rania tidur lena. Niat di hati kami pun nak tidur juga. We have to be very sloowww sbb tak nak ada bunyi yang boleh buat Rania terjaga. Tapi tetiba streeetttt. -Bunyi badan Incik Suami bergesel dengan tilam- Teruss Rania huaaaaaaa... aduhaaiiii.. malam tu kami bergilir-gilir pangku & dodoikan Rania. Ibu & ayah memang tak tidur sebab masing2 kekok & risaukan Rania. It was a looonnggggg day.

Selepas Subuh baru la Rania betul-betul lena. Aku & Incik Suami pun tertidur sekali. But aku dapat tidur sekejap je.Incik Suami dah berdengkur tak sedar.  It was the busiest morning. Ramai betul staff yang masuk bilik - caterer hantar breakfast, cleaner kutip sampah & cuci2 toilet sikit, then another cleaner masuk & offer untuk tukar cadar, nurse check tekanan darah & suhu, doctor datang check jahitan episotomi & interview tanya dah kencing blom etc etc, nurse bagi ubat, nurse datang buat hearing test untuk Rania, homecare DEMC datang interview sebab dorang akan datang buat lawatan rumah after this, staff datang hantar bill & settlekan urusan pembayaran, pakar lactacyd datang bagi penerangan pasal penyusuan susu ibu - masa ni bila aku cakap tak sure ada susu or tak, dia picit Miss B & alhamdullilah baru nampak ada cecair perang. All this while aku yang tak reti picit kot,  doctor kanak2 datang buat check up untuk Rania. Masa tengok Doctor Koshi ni check Rania, kami macam whoaaaa.. lain betul cara pegang orang yang dah biasa dengan baby dengan orang yang baru first time pegang baby. Macam dilambung-lambung & dipusing-pusing kan je si Rania. Tapi Rania steady je.. Lastly pharmacist datang terangkan pasal ubat yang dibekalkan. Rrrrrraaaammmaiiii kan.

Sebelum balik tu Mak suruh aku mandi wiladah dulu. Senang sebab kat sini ada hot shower. Bila dah pack barang tetiba rasa .. whoaa banyaknya barang kami. Nasib baik la kat sini ada disediakan concierge & valet service. Kami di escort pulang hingga ke kereta oleh tiga orang staff sorang nurse tolong tolak katil baby, sorang tolak wheelchair aku (ngengada naik wheelchair, eh tapi dorang yang offer taw) & sorang lagi tolak troli yang macam kat hotel tu..  Kami tunggu Incik Suami bawa kereta ke lobby. Kat sini ada juga jockey service untuk park kn kereta korang dan juga buggy service kalau korang park kt car park & jauh.

Overall sangat berpuas hati dengan service dari DEMC ni. Aku rate 4.5/5 star.

As summary cost kelahiran Rania di DEMC ni cuma RM2500+ alhamdullilah..

Rania first foot prints. Seronok Rania ada kenangan macam ni. Zaman aku dulu ada kenangan tali pusat je..hahaha



 Goodies bag. Sangggaattt banyak barang dalam ni. Almost semua brand lampin pakai buang ada, toiletries, heh mcm2 la..

And this is our sweetheart Rania





Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday

Our first pictures together
at kampung after marhaban, bacaan yassin & kenduri kesyukuran
Syukur Alhamdullilah





Tuesday, November 19, 2013

Susun Atur Barang Baby

Actually agak lambat juga aku menyiapkan susun atur & beli barang-barang Rania. 
Setelah start cuti, one week before expected due date (edd) barulah mula bersungguh-sungguh menyiapkan barang-barang Rania. Bila dah siap mengemas, fuuhh rasa makin tak sabar nak beranak *kunun2nye*

Almost semua barang aku beli warna merah jambu a.k.a pink. Kadang-kadang aku dan Incik Suami berdebar-debar kalau-kalau jantina baby yang keluar not as expected.. Alasan beli warna pink sebab warna selamat lagi satu yang aku berkenan susah nak cari ie. purple / ungu. Selain dari dua warna ni, memang aku tak berkenan. 

Towel purple & pink yang comel

Bakul & barang2 baby semua pink termasuklah tong sampah. Oh ye, memang aim bakul simple cam gini je sebab aku tak minat bakul yang ada renda-renda. Rasa macam semak je...ngee

Susun atur pakaian bayi. Aku belajar susun style macam ni dari blog master susun atur ie. http://susunatursioca,blogspot.com  Tq soo much sis. Memang senang nak ambil baju kalau lipat macam ni. Aku asing & labelkan untuk pakain lengan panjang dan lengan pendek supaya mudah nak ambil.. so sesiapa yang berkenaan tolong jangan sepah-sepahkan ye. heheh

Out of topic, ni antara pemakanan yang aku amalkan semasa mengandungkan Rania. Alhamdullilah, mudah lahirkan Rania, rambut Ranua lebat & kepala Rania tiada daki. 



Wednesday, November 6, 2013

Everyday is a new day

Orang cakap muka bayi berubah-ubah. Memang betul pun! Aku rasa muka Rania berubah. Kalau dibandingkan muka sekarang hari ke-11 dengan hari pertama lahir memang ada beza
Paling berbeza bahagian rambut, sebab ayahnya dah botakkan..heheeh

Genap hari ke-7 Rania lahir, tali pusat pun gugur. Opahnya la yang paling happy sebab dah tak payah takut2 nak mandikan pakai bju Rania etc. Kalau ada tali pusat memang kena over berhati-hati. 
Esoknya hari Jumaat kami laki bini sepakat nak cukur & tahnik kan Rania. Sebenarnya aku macam kesian nak tengok rambut lebat Rania dibotakkan. 
Tapi Incik Suami ni memang pandai memujuk. Katanya ini sunnah & tak elok dibiarkan rambut yang dibawa dari perut tu. Tapi bila pagi tu dia pon macam tak sampai hati cuma orang lelaki ni hati cekal. So, memang kena cukur la my lovely little girl Nik Rania Zafirah. 

Sebelum bercukur, aku susukan Rania, Lena je Rania tidur.Alhamdullilah senang Incik Suami cukurkan kepala Rania sambil aku pangkukan Rania. Sekali sekala Incik Suami pangku Rania atas riba sambil cukurkan kepala Rania. Lenguh... Alhamdullilah tiada satu pon torehan luka di kepala Rania walaupun 4 bilah pisau cukur digunakan. Kulit kepala Rania pun bersih tanpa daki. Mungkin ini disebabkan amalam aku minum virgin coconut oil (VCO) masa mengandungkan Rania. 

Next, belah mulut atau bertahnik. Aku memang tak tahu pasal belah mulut ni. Nasib baik la Incik Suami ni arif sikit pasal adat2 ni. Kami sediakan air zam-zam, kurma, kismis, garam, gula & cincin emas. Incik Suami cicahkan benda-benda ni di jari nya kemudian di suakan di mulut Rania ambil berselawat & doa. Masa ni Rania dah macam lapar. Laju je Rania hisap. 

Semoga Rania membesar sebagai anak yang solehah, baik & manis kata.. Aminnnn

Notes: No filter pictures as below because i got problem to transfer edited instagram pict from my smartphone or intagram web... pity me (T_T)


 Rania #2nd day & 1st day

Father & daughter bonding session #3rd days

Rania #3rd days

Rania suka buat mulut begini.. wuuu uuu #4th days

She sleep like a boss #4th days

Rania candid smile masa tidur #7th days

Bye-bye rambut Rania #8th days

Rania tidur lena sampai ternganga-nganga... zzZzz #8th days

Yess.. we know u love us #9th days










Saturday, November 2, 2013

We welcoming our baby 39 weeks & 4th days pregnancy - 24 October 2013

Alhamdullilah
#throwback 24 October 2013, cahayamata kami yang pertama selamat dilahirkan
Syukur Ya Rabb atas anugerah dan peluang yang diberikan
InsyaAllah kami akan menjaga anugerah ini sebaiknya

Assalamualaikum Nik Rania Zafirah
Ketahuilah Nik itu adalah nama yang kamu warisi dari ayahmu
Rania (menyenangkan) nama yang sekian lama ayahmu ilhamkan. Seawal kamu berusia 6 bulan didalam kandungan ibu. Malah sebelum kami tahu jantinamu. Ketika kamu berada dalam perut, nama ini yang ayah dan ibu gelarkan mu. 
Zafirah (kejayaan/kemenangan). Nama ke-tiga ini adalah nama terakhir yang kami ilhamkan. Puas mencari nama yang sesuai sehingga kamu lahir pun nama ke-tiga ini belum kami pilih. Pelbagai nama lagi yang berlegar ie. Izzara, Sofea, Aisya tapi tak serasi di telinga ayah mahupun ibu. Cerewetttkan kami. .
Akhirnya, sehari sebelum pendaftaran nama, ketika kamu berusia 4hari ibu ilhamkan nama Zafirah dan dipersetujui ayah.

Semoga Nik Rania Zafirah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.


Ini adalah gambar-gambar terawal (no filter)  yang ayah capture di dalam bilik bedah selepas kamu di iqamatkan oleh ayahmu dan setelah beberapa minit ibu melahirkanmu.

Comelnya kamu di mata kami.

Alhamdullilah

Alhamdullilah

Alhamdullilah