Followers

Wednesday, July 24, 2013

Rindu

Rindu pada annoying things!
Rindu pada si dia
I hate Monday not only because of Monday blues
Tapi Isnin hari yang aku sangat2 rindu kat Incik Suami
Isnin malam adalah antara malam-malam yang susah nak lelap setelah malam sebelumnya tidur di celah ketiak suami, berbantalkan dada bidang si dia
Nyenyak sungguh tidur bersama kekasih hati
Kadang-kadang tertanya juga tak lenguh ke suami aku bila aku tidur manja-manja macam tu
reaksi dia, its oke & dia lagi rinduu
alhamdullilah
Aku harap rutin ini tetap berterusan bila kami dah tinggal bersama dan bgelar ayah & ibu

Tapi...
Bila Incik Suami tak boleh tidur.. sangatlah annoying
Tak henti-henti dia bcerita, omong2 kosong or blagu kat telinga isteri dia yang nak tidur ni
Then, kalau aku tak response juga mula la dia minta kudap2 nak makan
So, kena la sediakan stok kudap2 ie kacang, pop corn etc.
lepas dah boring makan dia sambung mbebel balik
Minggu lepas aku buat tak tahu boleh pula dia kacau aku kiss btubi-tubi (=T_T=)
Sangat annoying oke bila orang kacau lena kita sampai macam tu skali
But now.. bila dah kembali dengan rutin Long-Distance-Marriage (LDM)
aku sangat2 rindu dengan perangai Incik Suami yang annoying itu
Oh myyy.... i'm glad he is my husband
Syukur Alhamdullilah

Aku harap ada rezeki untuk kami hentikan LDM ini
Really need him by my side
especially during my pregnancy moment
i miss u my love




Thursday, July 18, 2013

Update - First Pregnancy #25weeks Best moment when you start to feel the kickin

16July2013
Monthly routine check up di KKIA, kali ni kena buat check up dengan dentist pula. Boleh pula tetiba gusi & gigi aku sakit kat area gigi bongsu one day before appointment.. adeehhh
Tapi yang tak bestnya dentist tu check ala kadar je. Tahu la bulan puasa tapi mata dia pun kuyu je macam nak tak nak je check. Sabar je laaaa..
Aku pula, tak kisah la dentist ni macam ngantuk or wat eva aku tetap bagi soalan bertubi-tubi.
Nasib la dia jawab ala kadar.

Next check heart beat baby pula. Alhamdullilah bacaan heartbeat as usual 150+
My little baby memang aktif. Mula-mula behave je tak menendang. Sebab masa aktif dia time malam-malam. Tapi bila nurse letak doppler (untuk check heartbeat) je terus my little baby bagi kick..hahaha

I think this is one of the best moment during pregnancy bila mula rasa my little baby menendang. Little baby was sooo clever. Bila aku berborak dengan Incik Suami dalam telefon mesti tetiba little baby menendang,
Wow. Membesar la dengan sihat wahai anak ibu & ayah. Kami bersabar menunggu kedatangan mu melihat dunia InsyaAllah end of Oktober or early of November

Alhamdullilah Ya Allah





Monday, July 15, 2013

Baby Fair Parenthood Expo

Excited shopping barang baby walaupun poket tak berapa nak tebal..heheh
Now dah 25weeks. So, dah mula membeli sedikit demi sedikit.
Kalau la dah boleh masuk rumah sendiri kompom aku terlebih borong
Anyway thank you to Baby Fair Parenthood Expo di Mid Valley 12-14July2013
 Balik je kerja terus menyinggah di mid valley. Kalau nak pergi weekend memang tak bernafas la gamaknya. 

Ni antara barang-bzrang yang dibeli total damage +-RM300

Some of the things yang dibeli aku letak & storage elok2 dalam car seat packaging
Senang nak tengok balik apa yang dah di beli
Antaranya Breastmilk storage bottle 10bottles RM22
Mittens cap Fiffy
4 helai baju new born brand Fiffy
3 helai seluar new born brand Fiffy
baby towels brand Fiffy
Tikar getah RM15 cap Fiffy juga
So, kat booth Fiffy ni total damage dalam RM70+ & dapat free gift baby wipe tissues
Bengkung tradisional from mumdreams.com RM50
Botol susu avent tu hadiah dari my cousin, ada 2 botol 4oz for new born
Aku tengok kat expo harga 1 botol tu dalam RM40+




Car Seat from Sweet-Heart-Paris RM209
Free MamaLove apron

Overall, i am not very sure samada barang2 yang dijual semasa expo ni betul-betul murah or sekadar murah beberapa ringgit sahaja sebab ini memang my first experience membeli barang-barang baby,
Tapi feedback dari kawan-kawan ramai yang cakap barang-barang baby ni lebih berbaloi beli semasa expo.

Sebelum bulan Oktober ni tak tahu la ada lagi expo barangan baby or not. Harap-harap ada, sebab rasanya banyak lagi yang belum beli. Incik suami dah ajak shopping barang baby di Rantau Panjang pula.. Tapi alaihaiiii jauhnya nak ke sana....

Update: My baby dah mula aktif kickin here & there and sometimes buat somersault in her mother womb.. wowweeee
Semoga baby membesar dengan sihat ye. Kite pose sama2 taw =)