Followers

Showing posts with label belasungkawa. Show all posts
Showing posts with label belasungkawa. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Takziah buat Che'Su

Al-Fatihah
Salam takziah buat auntie bongsu tunang ku, Che Su
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah & ditempatkan dikalangan orang2 beriman
seorang lagi saudara incik tunang yang sempat aku kenali cuma buat seketika
Arwah tinggal sebelah kawasan kejiranan ku.. tak sangka rumah arwah & rumah aku berdekatan, mudahlah incik tunang bertanggak jika datang ke Port Klang
Aku kenal arwah sejak zaman universiti lagi
Arwah pernah hantar aku sampai ke rumah & aku juga pernah menemani arwah ke hospital
Rinduuu.. Teringat senyum gembira arwah saat pertunangan aku & Incik Zeeman
Masa tu kesihatan arwah dah semakin menurun
lama juga arwah berlawan dengan sakit yang dihadapinya
Arwah pergi sehari selepas Anniversary perkahwinannya ke 16
Takdir dah tertulis sejak di loh mahfuz lagi
Hanya doa & sedekah yang mampu dititipkan buat arwah

Al-Fatihah


Monday, April 18, 2011

Salam takziah

Rasenya macam baru shaja aku layangkan salam takziah buat sahabat
Sekali lagi perkhabaran duka bertandang
kali ini dari sahabat lama
malam tu, kebetulan aku berada di rumah Nor Clarita (untuk sesi ilang TENSION)
tibe2 dapat bbm dari aiin
sempat juga la kami pergi menziarah

Salam Takziah Ridzuan
ko memang tabah!
Yup, you are the leader for your family
Galas tanggungjawab yang diwariskan & diamanahkan
InsyaAllah~~

al-fatihah buat arwah ayahanda kamu
Almarhum Zamzuri bin Omar




"Aku tidak risau akan khabar duka ini kerana aku mengenali engkau seorang yang tabah sejak dari kecil... Alfatihah buat ayahmu Almarhum Zamzuri Bin Omar...Almarhum selamat dikebumikan di USJ 22 pada 17 April 2011 jam 11 pagi.."- Nasaie Nawawi, (Al- FarabiBand)

sengaja aku quote petikan ayat seorang rakan.. and it's true! strongly agreed with that statement. To Wan, jaga family ko elok2, corakkan adik2 jadi manusia yang berjaya.. InsyaAllah.. Ameen





Sunday, April 3, 2011

Salam takziah

Salam takziah buat sahabat baik ku, di atas kehilangan bapa tersayang

Zainal Abidin b Khalid

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham & di tempatkan di kalangan orang2 beriman

al-Fatihah

Buat, cR.. semoga dikau tabah dalam mengharungi dugaan ini.. kamu kekuatan keluarga kamu & semoga urusan mu senantiasa dipermudahkan.. Kami sentiasa berada disisi mu!


Tuesday, September 14, 2010

Catatan duka Aidilfitri

Ketika kamu-kamu sedang asyik merayakan Aidilfitri 2010, aku menerima perkhabaran duka
..sekali lagi..
Jika 8 Syawal yang lalu berita duka d sampaikan -sini-
Kali ini.. sekali lagi perkhabaran itu menjengah lebih awal
1 Syawal - Autie ku Zarinah meninggalkan dunia ini buat selamanya al-fatihah
Patut pon nenek beriya májak kami pulang ke kampung lebih awal
tak sangka autie yang selama ini sihat walafiat pergi terlebih dahulu
Menjelang Ramadhan autie seringkali tak sihat.. Pihak hospital sendiri gagal mengesan penyakit arwah.. Di penghujung sisa usia arwah yang baru menginjak 44tahun, akhirnya doktor m'khabarkan arwah didiagnos 'bengkak hati'..ahhh..terlewat sudah..
persis kes arwah atok dulu.. -sini-
Kami sekeluarga sempat mziarah arwah di hari terakhir Ramadhan..
itu pertemuan kami yang terakhir ketika hayat arwah masih ada
Ya Allah..tabahkan kami sekeluarga dengan perkhabaran ini..terutamanya nenek ku..
Ini kali ke-3 dalam detik waktu yg pendek
3 tahun yg lepas anak sulung nenek pergi mhadap illahi - kemalangan
2 tahun lepas menantu nenek pergi mhadap illahi - sakit jantung..tanpa seorang pon yg tahu arwah mhidap sakit jantung pada usia yg muda
tahun ini - seorang lagi menantu nenek pergi mhadap illahi
Bturut-turut berita duka ini singgah..
Aidilfitri tidak lagi semeriah dulu..riuh itu sudah pergi.~..
Ya allah Ya tuhan ku - ajal ini sudah tertulis, biarlah insan2 tersayang ini mhadap Illahi dengan ilmu & amal yg secukupnya untuk bekalan di akhirat kelak...Kami hamba mu tidak mampu melawan takdir yg tertulis..Mengharap belas & kasih Mu Ya Rabbi..
Hargailah mereka yg masih ada di samping kita.~~
al -fatihah



Monday, September 28, 2009

..catatan-duka..

:: 8 syawal @ 27 September 2009 ;;

semalam aku bergembira..perjalanan raya terjah menerjah tanpa dirancang tapi terancang..aku girang bersama mereka... rupe-rupenye hari ini berita duka bertandang..
.
.
.
sungguh aku sedih walau aku tahu yang pergi tak mungkin kembali
.
.
Ya Allah, betapa tabahnya hati seorang lelaki yang aku kasihi
Aku kaget dengan deringan di hening subuh ini

5.50pg
"Sayang tak bangun subuh lagi ke?''

''belum''

''Mak abang dah tak de''

''dah tak de?''

''Mak abang dah meninggal pagi tadi''

--aku terkedu--

''nnt abg g taw''
.
.


1.20p.m
''abg kt mane?''

''syg,abg tgh mandikan mak''


tenang tutur kata si dia mengatur ayat walau ade sayu kedengaran

Ya Allah, sungguh aku belum bersedia dengan berita ini..belum puas aku berkongsi manja..belum puas aku mengadu merengek seperti dahulu..belum puas aku berkongsi kasih...terase kehilangan..kosong..keghairahan raye & konvo perlahan-lahan berlalu pergi dari diri ini

Aku mula rindu dengan suara riang arwah setiap kali aku menelefon..bagai ade seraut senyuman mengiringi dalam setiap tuturnya. tak pernah aku terluka dengan setiap tindak & tuturnya..mengenali arwah membuatkan aku lebih menghargai si dia.


.
.
.
.
tika ini
butir mutiara mengiringi setiap catatan ini
oh tuhan...aku tidak tabah utk meneruskan tinta ini
biarlah kenangan2 itu kusimpan sendiri






-al fatihah buat arwah & bayi -



aku sayang dia



Sunday, September 27, 2009

. . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
sedang berduka
al-fatihah
noraini senik
.
.
.
.
.



Wednesday, August 5, 2009

.rokok.

Lawak la iklan ni
.
.
.





Kalau la betul-betul di praktikkan pasti ramai yang mampu menghafal surah yasin dan getar untuk memegang puntung-puntung itu lagi. Tapi yang pasti memang kita semua melisankan yasin terhadap perokok-perokok tegar itu.

cuma
.
.
.
terlalu lambat.
kenapa mesti dilisankan pada penghujung nyawanya. Saat masa tak mampu diputar.Saat wang ringgit tak mampu membeli segala yang perlu untuk satu 'nyawa' bernafas kembali.


Arwah atuk kembali ke rahmatullah kerana rokok..aku mencik pada puntung itu. aku mencik juga pada General Hospital yang tak mampu mendiagnosis sakit arwah. Mencik pada doktor-doktor yang makan gaji buta. Apa kamu ingat nyawa seorang tua tak berharga?? Apa kamu ingat seorang tua yang tinggal di ceruk kampung tak mampu membayar segala???

Hairan.. Dalam masa sehari Hospital Pantai berjaya mendiagnosis sakit arwah - Kanser Paru-paru. Di layar x-ray, jelas kelihatan ketumbuhan jahanam sudah sebesar buah epal. Arwah ditahan selama beberapa hari di hospital. Namun pembedahan laser tidak dapat dijalankan - risiko tinggi. Ketumbuhan jahanam sudah di tahap bahaya.

6 bulan..Jangka hayat arwah yang doktor pakar ramalkan. Doktor bukan tuhan. Hayatnya lebih dari yang dijangka.

Namun 6 September 2001 arwah kembali ke rahmatullah. 8 September 2001, saat kami masih bersedih. Allah hadiahkan kami permata. Ibu selamat melahirkan adik aku yang bongsu. Maha suci Allah..

Yang patah tumbuh berganti..namun yang lama tetap di hati
~al-fatihah

Kredit to JakTV & cJ (for forwarding this video to me) .