Followers

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Rajin

#Throwback - Nik Rania Zafirah 1year old FY2014

Bila si anak sudah rajin mengemas. Leka sampai terjuih juih mulut.
No worriesss i'm not mad at her.
Kan ini salah satu proses pembelajaran si ana. Sifat ingin tahu.
Cuma si ibu yang kena lebih belajar S-A-B-A-R
Biarkan sampai cik Rania kita habis mengemasss
Lepas tu baru ibu kemas balik.. tapi awas kalau ibu dah kemas, awak nk kemas lagi sekali..heheh






Wednesday, January 8, 2014

Senarai Semak Barang Untuk Kemasukan ke Asrama Penuh

Alhamdullilah adik bongsu aku ni berjaya dapat 5A untuk UPSR & mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh. As a reward, kena la kakak die ni menunaikan janji belanja handphone sebab handphone dia dah rosak. Padahal aku dulu masa darjah 6 handphone pun tiada.. ishh2
Aku budget RM400 je tapi budak sekarang punya taste & demand so high... samsung galaxy trend RM599
adeeehh.. tapi sebabkan kesian belikan la juga


Disebabkan terkena tempias aura semangat si adik nak masuk sekolah asrama, maka as a kakak yang pernah masuk boarding school & sementara aku masih dalam maternity leave ni kitorang dah jadi pelanggan tetap AEON Bukit Tinggi
Every week mesti ke sana

Untuk panduan adik-adik yang bakal masuk asrama penuh Sekolah Sains atau pun MRSM here are the check list yang kadang2 tiada dalam check list yang sekolah bagi tapi bagi aku harus ada. Adik aku ni pilih warna biru untuk semua barang dia. Aku yang suruh pilih 1 warna as identity.. Aku suruh pilih warna pink dia tak mahu atas alasan tak nak dipanggil 'PINKY'

SENARAI SEMAK
  • Al Quran & Surah Yassin
  • Telekung & Sejadah
  • Bantal busuk wangi - selalunya sek akan bagi 1 je bantal
  • Sarung tilam & sarung bantal (spare) - selalunya kena beli dikoperasi sekolah
  • Jam loceng - aku hampir2 lupa bab ni sebab kat rumah selalunya kita set alarm guna hp
  • Pinggan
  • Cawan
  • Termos
  • Sudu - Garpu
  • Air Kotak - untuk minum sendiri kalau tak sempat sarapan. Advisable susu kotak or milo
  • Biskut
  • Baldi
  • Gayung
  • Berus Baju
  • Sabun untuk cuci baju, pinggan & badan sendiri
  • Baju kurung & baju melayu (MUST HAVE)
  • Selipar toilet
  • Kasut/Sandal nak pergi preparation class
  • Kasut sport
  • Kain buruk
  • Surat khabar lama
  • Tisu
  • Toiletries
  • Towel
  • Hanger
  • Penyepit Baju
  • Deodorant/Perfume


tu je la antara item-item yang perlu dibawa. One more DUIT!! tapi jangan bawa banyak2 ye
Good luck & jangan ngengada nak homesick je







Tuesday, November 19, 2013

Susun Atur Barang Baby

Actually agak lambat juga aku menyiapkan susun atur & beli barang-barang Rania. 
Setelah start cuti, one week before expected due date (edd) barulah mula bersungguh-sungguh menyiapkan barang-barang Rania. Bila dah siap mengemas, fuuhh rasa makin tak sabar nak beranak *kunun2nye*

Almost semua barang aku beli warna merah jambu a.k.a pink. Kadang-kadang aku dan Incik Suami berdebar-debar kalau-kalau jantina baby yang keluar not as expected.. Alasan beli warna pink sebab warna selamat lagi satu yang aku berkenan susah nak cari ie. purple / ungu. Selain dari dua warna ni, memang aku tak berkenan. 

Towel purple & pink yang comel

Bakul & barang2 baby semua pink termasuklah tong sampah. Oh ye, memang aim bakul simple cam gini je sebab aku tak minat bakul yang ada renda-renda. Rasa macam semak je...ngee

Susun atur pakaian bayi. Aku belajar susun style macam ni dari blog master susun atur ie. http://susunatursioca,blogspot.com  Tq soo much sis. Memang senang nak ambil baju kalau lipat macam ni. Aku asing & labelkan untuk pakain lengan panjang dan lengan pendek supaya mudah nak ambil.. so sesiapa yang berkenaan tolong jangan sepah-sepahkan ye. heheh

Out of topic, ni antara pemakanan yang aku amalkan semasa mengandungkan Rania. Alhamdullilah, mudah lahirkan Rania, rambut Ranua lebat & kepala Rania tiada daki. 



Wednesday, November 6, 2013

Everyday is a new day

Orang cakap muka bayi berubah-ubah. Memang betul pun! Aku rasa muka Rania berubah. Kalau dibandingkan muka sekarang hari ke-11 dengan hari pertama lahir memang ada beza
Paling berbeza bahagian rambut, sebab ayahnya dah botakkan..heheeh

Genap hari ke-7 Rania lahir, tali pusat pun gugur. Opahnya la yang paling happy sebab dah tak payah takut2 nak mandikan pakai bju Rania etc. Kalau ada tali pusat memang kena over berhati-hati. 
Esoknya hari Jumaat kami laki bini sepakat nak cukur & tahnik kan Rania. Sebenarnya aku macam kesian nak tengok rambut lebat Rania dibotakkan. 
Tapi Incik Suami ni memang pandai memujuk. Katanya ini sunnah & tak elok dibiarkan rambut yang dibawa dari perut tu. Tapi bila pagi tu dia pon macam tak sampai hati cuma orang lelaki ni hati cekal. So, memang kena cukur la my lovely little girl Nik Rania Zafirah. 

Sebelum bercukur, aku susukan Rania, Lena je Rania tidur.Alhamdullilah senang Incik Suami cukurkan kepala Rania sambil aku pangkukan Rania. Sekali sekala Incik Suami pangku Rania atas riba sambil cukurkan kepala Rania. Lenguh... Alhamdullilah tiada satu pon torehan luka di kepala Rania walaupun 4 bilah pisau cukur digunakan. Kulit kepala Rania pun bersih tanpa daki. Mungkin ini disebabkan amalam aku minum virgin coconut oil (VCO) masa mengandungkan Rania. 

Next, belah mulut atau bertahnik. Aku memang tak tahu pasal belah mulut ni. Nasib baik la Incik Suami ni arif sikit pasal adat2 ni. Kami sediakan air zam-zam, kurma, kismis, garam, gula & cincin emas. Incik Suami cicahkan benda-benda ni di jari nya kemudian di suakan di mulut Rania ambil berselawat & doa. Masa ni Rania dah macam lapar. Laju je Rania hisap. 

Semoga Rania membesar sebagai anak yang solehah, baik & manis kata.. Aminnnn

Notes: No filter pictures as below because i got problem to transfer edited instagram pict from my smartphone or intagram web... pity me (T_T)


 Rania #2nd day & 1st day

Father & daughter bonding session #3rd days

Rania #3rd days

Rania suka buat mulut begini.. wuuu uuu #4th days

She sleep like a boss #4th days

Rania candid smile masa tidur #7th days

Bye-bye rambut Rania #8th days

Rania tidur lena sampai ternganga-nganga... zzZzz #8th days

Yess.. we know u love us #9th days










Saturday, November 2, 2013

We welcoming our baby 39 weeks & 4th days pregnancy - 24 October 2013

Alhamdullilah
#throwback 24 October 2013, cahayamata kami yang pertama selamat dilahirkan
Syukur Ya Rabb atas anugerah dan peluang yang diberikan
InsyaAllah kami akan menjaga anugerah ini sebaiknya

Assalamualaikum Nik Rania Zafirah
Ketahuilah Nik itu adalah nama yang kamu warisi dari ayahmu
Rania (menyenangkan) nama yang sekian lama ayahmu ilhamkan. Seawal kamu berusia 6 bulan didalam kandungan ibu. Malah sebelum kami tahu jantinamu. Ketika kamu berada dalam perut, nama ini yang ayah dan ibu gelarkan mu. 
Zafirah (kejayaan/kemenangan). Nama ke-tiga ini adalah nama terakhir yang kami ilhamkan. Puas mencari nama yang sesuai sehingga kamu lahir pun nama ke-tiga ini belum kami pilih. Pelbagai nama lagi yang berlegar ie. Izzara, Sofea, Aisya tapi tak serasi di telinga ayah mahupun ibu. Cerewetttkan kami. .
Akhirnya, sehari sebelum pendaftaran nama, ketika kamu berusia 4hari ibu ilhamkan nama Zafirah dan dipersetujui ayah.

Semoga Nik Rania Zafirah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.


Ini adalah gambar-gambar terawal (no filter)  yang ayah capture di dalam bilik bedah selepas kamu di iqamatkan oleh ayahmu dan setelah beberapa minit ibu melahirkanmu.

Comelnya kamu di mata kami.

Alhamdullilah

Alhamdullilah

Alhamdullilah