Followers

Showing posts with label Hotel / Resort / Homestay Review. Show all posts
Showing posts with label Hotel / Resort / Homestay Review. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Review Hotel DeÁrt Shah Alam

Sebenarnya kebetulan je nak menggatal booking hotel kunun-kunun pre-babymoon with Incik Husband tercinta sebab ada event di lokasi berdekatan. Nak manja-manjakan diri. Tapi sebabkan nak jaga bajet di poket maka marilah memilih Hotel Bajet.
Kebetulan memang dah lama aim nak merasa stay kat Hotel DeArt ni sejak terbaca artikel pasal hotel ni di akhbar. Dekorasi hotel ni memang best. 
Ada macam-macam pilihan bilik yang disediakan dengan tema yang berlainan

Lokasi hotel ni di Seksyen 7 atas Hailam Kopitiam/Jendela Bali restaurant, berhampiran dengan Restoran Hakim Lama & i-City Shah Alam. 
GPS koordinat 
Latitude: 3.075948538431517
Longitude: 101.48934960365295

Lobi hotel ni kecil je tapi dekorasi cantik & kerusi ni memang empukkkk

Bilik kami -103, aku pun tak sure ni tema apa. Majestik kot. Kami pilih yang ada tingkap.
 Dalam bilik ni tiada almari. Tapi ada penyangkut baju, Ok la boleh sangkut-sangkut
 
Sejadah pun ada disediakan. Dorang letak dalam laci. Nak tahu arah kiblat boleh dongak & lihat di siling. =)
 Work desk or dressing table pun ada together with cermin. Tas meja ni ada disediakn heater, tissue, 2 mug & 2 paket nescafe. Water cooler/heater ada disediakan diluar bilik berhampiran lif. Dan aku baru tahu kalau di bajet hotel, iron & iron board disediakan diluar di bahagian koridor. Aku ingatkan ada servis hantar ke bilik. hehehe..
 LCD tv with ASTRO
wifi pun ada
 Dan ini dekorasi bilik air yang merah menyala. Toilet bersih walaupun kecil. Sabun & syampu disediakan dalam dispenser.

Untuk tempahan yang dibuat dalam masa 7 hari sebelum check-in boleh dapat diskaun =)
So, total RM yang keluar dari poket ialah RM138
Harga ni sekali dengan compliment welcome drinks from Jendela Bali Retaurant, Voucher makan di Hailam Kopitiam & set breakfast di Hailam Kopitiam. Hailam Koiptiam & Jendela Bali ni terletak di bahagian bawah hotel. 
Overall kami satisfied dengan servis hotel ni =)
Nak cuci mata dengan pilihan-pilihan bilik yang ada & booking boleh la ke official website hotel ni




Sunday, March 3, 2013

Review Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Seminggu selepas bercuti di Gold Coast Morib, kami bercuti-cuti Malaysia di Terengganu pula. Walaupun Incik Husband orang Terengganu tapi nak kena membebel dulu baru la dia keluar idea nak bawa Puan Wife ke mana. Tapi memang bersemangat Incik Husband berceloteh masa bawa aku pusing-pusing Terengganu. Dah macam tour guide pun ada.

So, here my first review. Pasti lah tentang hotel penginapan kami semasa di Kuala Terengganu. Mood honeymoon activated =)
Memang sukar untuk membuat pilihan hotel sebab banyak sangat hotel-hotel yang ada di Terengganu. Tidak mahu peristiwa di Morib berulang, kami nak cari hotel yang ada seaview juga!

Akhirnya, kami memilih Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Kalau tak silap, semua bilik-bilik dalam hotel ni memang mengadap pantai. yeayy


Ini adalah kadar bayaran untuk tahun 2013 *tertakluk kepada perubahan pihak pengurusan hotel* Kami ambil pakej studio premium RM284.20(Nett) tapi kerana kami gunakan corporate rate maka harga yang kami bayar sangat2 berbaloi. Diskaun sehingga harganya lebih kurang harga bilik twin deluxe RM232+. Alhamdullilah, 
 Inilah bilik kami. Spacious! sampai ada 2 katil ie. 1 single and 1 more is King size. Memang boleh maen lompat2.. heheh 

Bathrobe, iron, iron board & hair dryer turut disediakan

Bilik air quite sempit tapi bersih. Ada bath tub ( i like!!) & telephone. Dekat dalam bilik air ni penuh dengan papan tanda which buat aku respect dengan pengurusan hotel ni. Mungkin tak semua orang tahu macam mana nak guna pili air untuk air panas atau sejuk. Jangan risau di bilik air Hotel Continental ni memang ada pelekat tulis macam mana nak gunakan air panas & sejuk, macam mana nak mengoptimumkan penggunaan air tanpa pembaziran, cara guna cawan semasa memberus gigi, cara nk letak tuala sekiranya mahu tuala di tukar! Such a good effort!

Mini fridge & coffee set pun ada. A pack of keropok turut disediakan as compliment. Yang ini memang aku suka sebab aku ni memang pantang jumpa keropok. kompom habis! memang patut la aku kahwin dengan orang Terengganu. Kat area ni memang ada nota terang benderang harga barang-barang dalam fridge tu berapa. So, no hidden cost la kalau korang terambil sebab nota tu memang diletakkan secara terang-terangan tanpa sembunyi-sembunyi.. =)

Hotel ini turut menyediakan sejadah & kain pelekat. . Setakat ni dua hotel je yang aku pergi & jumpa sejadah. 1 lagi di De Palma Shah Alam, ada sejadah & al Quran lagi tu. Sejukk hati aku. Tapi... boleh pula aku tertinggal kaen telekung. Maka kain pelekat hotel tu aku transform jadi kaen telekung ala ninja! 

Breakfast kat sini biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab masa kami menginap bukan di masa peak period. Jadi pihan makanan tidak lah semeriah mana. 
 Aku sekarang dah macam addicted dengan telur separuh masak di hotel-hotel sebab mereka masak just nice!

dari bilik kami boleh nampak swimming pool hotel

View di balkoni

Overall kami rate 4/5 untuk hotel ini


xoxo



Tuesday, February 12, 2013

Review Gold Coast Morib

Hi, masa untuk review percutian bulan lepas ke Gold Coast Morib sempena birthday aku. I know dah terperap sebulan baru terhegeh-hegeh nak review. But, its better late than never
Voucher ni Incik Husband belikan from Groupon. Incik Husband ambil pakej birthday celebration. 
Pakej ini ialah pakej 2 hari 1 malam + sarapan pagi + makan malam + tiket taman tema + kek hari jadi + sijil penghargaan dari pihak hotel (one of the planned activities for Malaysia Book of Records)
Harga pakej ni ialah RM756 (katanya) tapi untuk groupon voucher harganya RM268 sahaja. Jadi kami jimat RM488
Sebelum jejak kat sini aku ada juga tengok review dari blogger-blogger lain. Ada yang tulis bad review dan ada yang review gitu2 je. So hati kami agak risau kalau2 it's a worst vacation. 
So, let me share our experience. 
Hari jadi aku 26 Januari tapi kami buat keputusan untuk pergi 27 Januari. Voucher untuk pakej hari jadi ni cuma valid untuk check-in sebelum, semasa & selepas hari jadi. Tak sangka pula date ni clash dengan kenduri kahwin adik aku.  Terkejut juga la dengar berita bila mak beritahu tarikh kenduri kawin si adik. Sempoi je dorang plan kahwin last minit. Kami plan vacation lagi awal dari dorang..gelojoh..heheheh..
Agak tergesa-gesa bila terpaksa pergi selepas selesai majlis kenduri. Dalam pukul 5 petang kami bertolak ke Gold Coast Morib. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Port Klang. Sebabkan kami bertolak lambat, Incik Husband menghubungi pihak resort terlebih dahulu yang kami akan check in lewat.
 Layanan di kaunter receptionist ok & mesra. Kebanyakkan bilik-bilik di resort ini fully occupied (weekend + cuti Thaipusam) jadi memang tiada chance nak tukar-tukar bilik. Receptionist tu kata bilik kami ni seaview. Tapi keluar-keluar kat beranda bilik, inilah 'seaview' nya! 
Hangin je kami sampai tergelak-gelak menyindir "ni bukan seaview tapi ini 'See-site' "
*This is the best part bila dapat husband yg taraf-taraf boleh masuk raja lawak. He always be at your side to calm you*
Ada construction site kat sebelah resort apartment ni. Nasib baik tiada bunyi bising. Kalau tak memang annoying!!

Kena toleh ke kanan sikit baru la nampak seaview. Tu pun sipi-sipi nun kat hujunnggg tu je
Ni tiket untuk ke entrance theme park. Receptionist tu cakap entrance valid sepanjang penginapan kami. Tapi tiket ni dah pakai tak boleh buka-buka. Kalau tak dah tak valid.. Aku siap bagi contoh,
"so kalau kami masuk theme park hari ni, then esok pagi nak masuk lagi tak boleh buka la?"
Si receptionist beri jawapan angguk-angguk kepala tanpa penyesalan

Memang rushing menuju ke sini. Nak salin baju kenduri pon tak sempat. Maka bercamwhoring la dulu dengan baju kurung & baju Melayu
 Katil memang selesa. Tapi tiada additional bantal disediakan. Telefon pun tiada. Pelik-pelik. Masa masuk bilik, cuma ada 3 helai tuala shaja ie. 2 towel badan, 1 towel kecil yang aku buat kain lap kaki. Ish.. aku macam pelik selalu kalau hotel harga mahal (walaupon aku bayar murah sebab harga voucher) mesti ada banyak tuala. Jadi maghrib tu, tercari-cari la juga kami kain nk dijadikan sejadah. Selepas makan malam baru nampak tiba-tiba ada 2 helai tuala muncul atas almari. Mesti budak-budak housekeeping baru hantar.
 
 Toilet kat sini memang besar & selesa. Nak main kejar-kejar pon boleh. Ada jendela pula tu. So, siapa yang bawa family boleh la pantau anak-anak main jakuzi dari katil je.  Sebenarnya yang aku excited nak datang sini adalah part berendam dalam jakuzi seenak-enaknya. Incik Husband dah posing baik punya tepi jakuzi. Sekali test jakuzi, alahaiiii air tak bertakung pula. Rupa-rupanya tiada stopper. 3 kali juga la call front office minta stopper. Lepas kali ke 3 call baru la datang staff maintenance bagi stopper. Nasib baik staff maintenance tu berbudi bahasa minta maaaf. Siap bagi tahu yang report sampai lambat kat bahagian dia. Test2 lagi.. alamak.. air tak panas pula. Something wrong with the heater. Setakat suam suam gitu-gitu je. Redha je laaa. Nak tukar bilik pon tak boleh sebab bilik lain fully occupied.
 

Complimentary toiletries. Sikat, shower cap, toothbrush, sewing kit, razor, 2 bottles of body foam and 2 bottles of conditioner. Hurmm, tiada inroom selipar disediakan, Kaki aku yang sensitif agak sejuk pijak lantai bilik.Ngengadaaa betul.
 Shower room
Dalam bilik ni ada mini freezer dan coffee/tea set as usual

 TV LCD dengan gambar yang cantik & siaran ASTRO. Sambil berjakuzi boleh nonton TV juga
 Incik Husband menikmati "see-site" view dengan redha
 Malam kami dinner di dewan makan sebelah dengan taman tema. Memang ramaaiii orang. Tapi takde la sampai berebut meja. Pilihan & rasa makanan biasa-biasa sahaja. Most of the people makan dengan berselera. Mungkin mereka penat main air siang tadi kot.
 Malam tu aku redeem kek hari jadi, certificate & birthday toy
 

Pagi selepas breakfat jalan-jalan ambil angin di pantai. Nak main kejar-kejar maluuu.. Lagipun badan masing-masing dah berat. Air pantai kat sini tak sesuai untuk mandi.

Ada court bola tampar,  sesuai untuk aktiviti team building atau family day.
 Ada juga perkhidmatan ATV untuk disewa

 Perasan tak? Inilah pondok dalam cerita Hingga Hujung Nyawa. Scene El & Zain pergi honeymoon =)


 Theme park? Sorry. Tak adil untuk aku review sebab kami memang tak turun pergi theme park. Setakat usha dari celah-celah bangunan je. Masa kami pergi peak period. Bagi chance la dekat budak-budak main air. Biarlah kami berdua berjakuzi di dalam bilik sahaja.
Check Out at 12pm

On the way balik banyak lalu dekat area Banting kawasan perusahaan kerepek. So, sapa yang plan nak datang boleh la sediakn duit beli kerepek sekali k.

Overall aku bagi 2.5/5
Yang aku perasan voucher Gold Coast Morib ni selalu ada di Groupon, Living Social & Streat Deal.
So kalau korang berhajat nak datang boleh la beli dari situ je. 

Sekian
Xoxo



Thursday, January 3, 2013

Review Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur

Kebetulan agak bertuah dapat peluang menginap di 5 star hotel Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur
Ayien my BFF offer temankan dia kat hotel. Untung betul company Ayien offer bilik hotel sorang satu sebab malam tu dia ade dinner. Di sebabkan Ayien takot nk dok sorang & x havoc la weh nak dok sorang2 haruslah jemput kitorang yang havoc ni aku & Awied =)
  
Hotel ni terletak bersebelahan dengan Hilton Hotel & KL Sentral
So easssyyyyy nak pergi sini

Dari KL sentral dah boleh jumpa signboard ke Le Meridien. Just ikut tangga  yang menuju ke KFC

Here we are! Bangga ada signboard surau

Dah sampai sana kena la tunggu Ayien sampai with her key. So classy lobby dia. Yang aku ni datang macam  mak cik2. Penat weh baru balik dari office
Reception area are so0o blue

Nice view

Our bed.. oohhh so comfort! Kongsi  3 orang satu katil Nasib baik gak Ain cancel nak join.. kalau tak harus ada yang tido atas sofa


Inside the wardrobe as usual ada iron board & iron. The unusual thing yang i spotted here is torchlight!  This is the first hotel yang aku jumpa torchlight. Teruja walaupon aku tak guna benda ni

Another unusual thing are umbrella, brushes and recycle bag.. whoaa.. so complete
As usual, kalau masuk hotel mahal2 ni harusla ade in-room slippers. 

Toilet yang bersih & wangii... ada bathtub.. yeay...Sangat segar dapat berendam dalam warm water 

Auto ceramic toilet. Tapi yang tak best sebab tak ada paip/ water host
Haa.. kalau agak2 ada emergency or semasa membuang teringin nak apa2 boleh la call room service. Telephone ada  kat sebelah mangkuk jamban nuuunn


Bahagian dalam toilet. Susun letak & desing memang kemas. Banyak juga complimentary mineral water yang hotel ni bagi. Dalam toilet ada 4 botol. Kat luar ada lagi 2 botol

BFF ever
Dah lama tak tangkap gambar dalam toilet. tetiba terasa muda remaja =P

Haaa.. ambek ko.. ada 4 jenis gelas; cawan kat sini
Air sejuk, air panas, wine (haram)
Inside the fridge. Jangan gatak2 ambil. Gile mahal  harganya 

Hotel menu kalau agak-agak poket tebal & bontot berat nak jalan pergi cari makanan kat KL sentral tu boleh la order dari atas katil
Semuanya boleh dibuat dari atas katil. All the button is here. Takkan la nak angkat jari & tekat button pun malas. Dah kronik tu

Kalau nak cari kiblat cuba la buka laci-laci. Arah kiblat ada dalam laci. Juga bersebelahan dengan katil

Sebelum datang semangat masing-asing berkobar-kobar nak bincang pasal bisnes. Bila dah bersama nan ado. Baiklah rehatkan otak & minda dari berserabut dulu. Aktiviti yang berjalan dengan lancar is mask time. Thank you ayien sebab sponsor mask. Ayien baru balik dari Korea. So, Ayien belikan kitorang mask & shawl
 Okies. till here
overall aku rate 4.5/5 sebab aku kan kedekut markah,..hahah