Seminggu selepas bercuti di Gold Coast Morib, kami bercuti-cuti Malaysia di Terengganu pula. Walaupun Incik Husband orang Terengganu tapi nak kena membebel dulu baru la dia keluar idea nak bawa Puan Wife ke mana. Tapi memang bersemangat Incik Husband berceloteh masa bawa aku pusing-pusing Terengganu. Dah macam tour guide pun ada.
So, here my first review. Pasti lah tentang hotel penginapan kami semasa di Kuala Terengganu. Mood honeymoon activated =)
Memang sukar untuk membuat pilihan hotel sebab banyak sangat hotel-hotel yang ada di Terengganu. Tidak mahu peristiwa di Morib berulang, kami nak cari hotel yang ada seaview juga!
Akhirnya, kami memilih Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Kalau tak silap, semua bilik-bilik dalam hotel ni memang mengadap pantai. yeayy
Ini adalah kadar bayaran untuk tahun 2013 *tertakluk kepada perubahan pihak pengurusan hotel* Kami ambil pakej studio premium RM284.20(Nett) tapi kerana kami gunakan corporate rate maka harga yang kami bayar sangat2 berbaloi. Diskaun sehingga harganya lebih kurang harga bilik twin deluxe RM232+. Alhamdullilah,
Inilah bilik kami. Spacious! sampai ada 2 katil ie. 1 single and 1 more is King size. Memang boleh maen lompat2.. heheh
Bathrobe, iron, iron board & hair dryer turut disediakan
Bilik air quite sempit tapi bersih. Ada bath tub ( i like!!) & telephone. Dekat dalam bilik air ni penuh dengan papan tanda which buat aku respect dengan pengurusan hotel ni. Mungkin tak semua orang tahu macam mana nak guna pili air untuk air panas atau sejuk. Jangan risau di bilik air Hotel Continental ni memang ada pelekat tulis macam mana nak gunakan air panas & sejuk, macam mana nak mengoptimumkan penggunaan air tanpa pembaziran, cara guna cawan semasa memberus gigi, cara nk letak tuala sekiranya mahu tuala di tukar! Such a good effort!
Mini fridge & coffee set pun ada. A pack of keropok turut disediakan as compliment. Yang ini memang aku suka sebab aku ni memang pantang jumpa keropok. kompom habis! memang patut la aku kahwin dengan orang Terengganu. Kat area ni memang ada nota terang benderang harga barang-barang dalam fridge tu berapa. So, no hidden cost la kalau korang terambil sebab nota tu memang diletakkan secara terang-terangan tanpa sembunyi-sembunyi.. =)
Hotel ini turut menyediakan sejadah & kain pelekat. . Setakat ni dua hotel je yang aku pergi & jumpa sejadah. 1 lagi di De Palma Shah Alam, ada sejadah & al Quran lagi tu. Sejukk hati aku. Tapi... boleh pula aku tertinggal kaen telekung. Maka kain pelekat hotel tu aku transform jadi kaen telekung ala ninja!
Breakfast kat sini biasa-biasa sahaja. Mungkin sebab masa kami menginap bukan di masa peak period. Jadi pihan makanan tidak lah semeriah mana.
Aku sekarang dah macam addicted dengan telur separuh masak di hotel-hotel sebab mereka masak just nice!
dari bilik kami boleh nampak swimming pool hotel
View di balkoni
Overall kami rate 4/5 untuk hotel ini
xoxo
No comments:
Post a Comment