Followers

Saturday, February 23, 2013

Nyummsss Portuguese Grill

Tegahari tadi jalan-jalan di Mid Valley mencari barang dapur bersama Cik Roomate saya, Cik Awied
Awied perkenalkan aku dengan Portugese Grill ni. Aku yg dari pagi tak bersemangat terus segar bila nampak makanan, sampai Awied cakap
"Ko gembira kan bila jumpa makanan"
Hahaahha.. nampak sangat aku ni pelahap
Pernah ada kejadian aku membebel-bebel kat Incik Suami dalam kereta, pastu dia singgah di gerai keropok leko, beli & hulur kat aku.. Automatik keadaan jadi sunyi sepi sampai Incik Suami tergelak! hehehe..
Untung ko dapat aku bang oiii..

Back to Nyummy2 Portugese Grill, lokasi kedai ni di Oasis Food Court. Aku lupa tingkat berapa tapi Oasis Food Court ni dekat dengan Bum Bum restaurant & setentang dengan kedai Maxis. Basically aku rasa dalam Mid Valley Food Court ini antara Food Court yang murah. 

Pilihan yang ada di Portugese Grill ni memang banyak.Tapi semua Grill. Orang yang beratur pon panjang. Tapi servis cepat & pelayan tu memang boleh ingat sape yang order sekian sekian.. so jangan harap la ko baru datang tapi nak ambil makanan orang lain yang dah siap... range harga tak sampai RM20+  untuk 1 hidangan. Total makanan aku & awied makan dalam RM23. Ok la kan..

Awied order Pari Petai

Aku.. mesti la lebih sikit. First time la katakan. Gelojoh lain macam sikit..heheheh
Pari+Lala+Udang Portuguese Grill

Kenyangss.. Alhamdullilah.
For sure aku datang lagi cari benda alah ni. Anyway, tadi dah google resepi. Nak try la.. Hopefully berjaya *semangat*




1 comment:

Cik Ezy said...

pernah mkn kat ipoh.. taon 2009 kalo xsilap.. lame dh..
haha..