Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 mari lah kita berjalan-jalan ke Terengganu.
Tapi aku rasa aku belum tour habis Terengganu ni. Aku ni memang fail bab-bab melancong. No ideas!
Encik Husband pon sama. Jadi marilah kita mengikut langkah masing2.
Celup tepung memang popular kat Terengganu.. sotong, udang, bebola, semua kene celup tepung la. Ini kami singgah di Pantai Teluk Ketapang. Memang havoc petang-petang kat situ. Tengok ombak. Main layang-layang. Tenang je rasa. Lepastu makan celup2 tepung ni, ratah begitu sahaja. Tapi bila terlebih makan rasa memual pon ade. Banyak minyak!
Di Pasar Batu 6, seronok tengok kuih muih kat sini. Macammmm-macam jenis ada. So colourful! Aku suka cara orang sini display kuih-muih yang dijual. Mostly letak di dalam plastik, Nampak bersih je. Terfikir juga, habis ke dorang jual banyak-banyak ni?
Kepelbagaian keropok goreng & lekor yang dijual di Pasar Batu 6. Tapi orang cakap keropok kat Kemaman yang sedap. Memang sedap! nyumsss nyummss
Pekena rojak ayam juga di Pasar Batu 6
Tempat harus lawat. Here I am Taman Tamadun Islam Terengganu. Kat sini banyak replika masjid-masjid yang popular di dunia.
Masjid Kristal, Terengganu
Satay Lanang Jabi. Must try! Kat Jabi ni memang banyak gerai satay. Tapi satay lanang ni la yang sedap. Lebih sedap dari sate kajang. Rasa satenye juicy!
Before flight balik, kami singgah di Pantai Rhus Sepuloh. Indahnya pantai. Rasa tenang je. Masa ni ombak besar sebab tengah musim monsun. Kapal-kapal nelayan pon banyak yang berlabuh. Dan aku kembali seorang, merindu Incik Husband di Terengganu
PJJ husband & wife rutin.. haihh
No comments:
Post a Comment