Followers

Wednesday, November 6, 2013

Everyday is a new day

Orang cakap muka bayi berubah-ubah. Memang betul pun! Aku rasa muka Rania berubah. Kalau dibandingkan muka sekarang hari ke-11 dengan hari pertama lahir memang ada beza
Paling berbeza bahagian rambut, sebab ayahnya dah botakkan..heheeh

Genap hari ke-7 Rania lahir, tali pusat pun gugur. Opahnya la yang paling happy sebab dah tak payah takut2 nak mandikan pakai bju Rania etc. Kalau ada tali pusat memang kena over berhati-hati. 
Esoknya hari Jumaat kami laki bini sepakat nak cukur & tahnik kan Rania. Sebenarnya aku macam kesian nak tengok rambut lebat Rania dibotakkan. 
Tapi Incik Suami ni memang pandai memujuk. Katanya ini sunnah & tak elok dibiarkan rambut yang dibawa dari perut tu. Tapi bila pagi tu dia pon macam tak sampai hati cuma orang lelaki ni hati cekal. So, memang kena cukur la my lovely little girl Nik Rania Zafirah. 

Sebelum bercukur, aku susukan Rania, Lena je Rania tidur.Alhamdullilah senang Incik Suami cukurkan kepala Rania sambil aku pangkukan Rania. Sekali sekala Incik Suami pangku Rania atas riba sambil cukurkan kepala Rania. Lenguh... Alhamdullilah tiada satu pon torehan luka di kepala Rania walaupun 4 bilah pisau cukur digunakan. Kulit kepala Rania pun bersih tanpa daki. Mungkin ini disebabkan amalam aku minum virgin coconut oil (VCO) masa mengandungkan Rania. 

Next, belah mulut atau bertahnik. Aku memang tak tahu pasal belah mulut ni. Nasib baik la Incik Suami ni arif sikit pasal adat2 ni. Kami sediakan air zam-zam, kurma, kismis, garam, gula & cincin emas. Incik Suami cicahkan benda-benda ni di jari nya kemudian di suakan di mulut Rania ambil berselawat & doa. Masa ni Rania dah macam lapar. Laju je Rania hisap. 

Semoga Rania membesar sebagai anak yang solehah, baik & manis kata.. Aminnnn

Notes: No filter pictures as below because i got problem to transfer edited instagram pict from my smartphone or intagram web... pity me (T_T)


 Rania #2nd day & 1st day

Father & daughter bonding session #3rd days

Rania #3rd days

Rania suka buat mulut begini.. wuuu uuu #4th days

She sleep like a boss #4th days

Rania candid smile masa tidur #7th days

Bye-bye rambut Rania #8th days

Rania tidur lena sampai ternganga-nganga... zzZzz #8th days

Yess.. we know u love us #9th days










No comments: