Followers

Saturday, November 23, 2013

29th days of confinement

Hari ke 29 berpantang dah teruja nak mencuba pakai balik baju-baju lama
Dan yuhoooo.. baju nikah dah muat kembali
Perut pon kembali ke asal (sebab masa ni baru lepas menyahtinja..heheh)
Alhamdullilah
Excited!! Excited!! Excited!!

Tengah excited depan cermin posing posing, mak mencelah "Macam mana nak susukan Rania kalau pakai dress ni" (Baju nikah aku ni inner ala-ala long dress - rujuk SINI)
*krikk* *krikk* *krikk*



Terus naik atas penimbang. 58kg.. Hurmm, ok it just a numbers yg penting body shape..lalala.. (Padahal kalau boleh nak berat sama macam zaman2 universiti)
Masa 1 bulan mengandung berat aku 62kg
Di akhir kehamilan Minggu ke 39 berat melonjaklonjak naik sehingga 71kg.. whoaa

Terima kasih kepada confinement period a.k.a sesi berpantang 44hari sebab tak boleh makan itu ini (sampaikan kadang-kadang kena sembelit), kena berbengkung  (selalu juga skip atas alasan susah nak g toilet & tak selesa), bertunku (kadang2 skip juga sampai mak pon bising.. I'm sorry..heheh), mandi air daun & akar kayu (terima kasih Mak sebab susah payah buatkan semua) & minum air akar kayu (seriussss rasa macam kayu)..

Tapi senarai makanan yang nak makan lepas habis berpantang pun panjang juga. Tinggal beberapa minggu je..Can't waittttt! Errr.. boleh ke maintain body ni? *krikk* *krikk*

Tapi yang pasti aku rasa masa berpantang lagi seksa dari mengandung & beranak.  Adeehhh
I miss my pregnancy moment & moment2 masa beranak! Such a beautiful experience 
Apa-apa pun Alhamdullilah atas nikmat kesihatan yang diberikan-Nya
Berpantang ni pun untuk kebaikan masa depan
Bak kata semua orang-orang yang banyaakkkkkk bagi advice kat aku
"Badan ni nak pakai lama"






No comments: