Followers

Monday, September 28, 2009

..catatan-duka..

:: 8 syawal @ 27 September 2009 ;;

semalam aku bergembira..perjalanan raya terjah menerjah tanpa dirancang tapi terancang..aku girang bersama mereka... rupe-rupenye hari ini berita duka bertandang..
.
.
.
sungguh aku sedih walau aku tahu yang pergi tak mungkin kembali
.
.
Ya Allah, betapa tabahnya hati seorang lelaki yang aku kasihi
Aku kaget dengan deringan di hening subuh ini

5.50pg
"Sayang tak bangun subuh lagi ke?''

''belum''

''Mak abang dah tak de''

''dah tak de?''

''Mak abang dah meninggal pagi tadi''

--aku terkedu--

''nnt abg g taw''
.
.


1.20p.m
''abg kt mane?''

''syg,abg tgh mandikan mak''


tenang tutur kata si dia mengatur ayat walau ade sayu kedengaran

Ya Allah, sungguh aku belum bersedia dengan berita ini..belum puas aku berkongsi manja..belum puas aku mengadu merengek seperti dahulu..belum puas aku berkongsi kasih...terase kehilangan..kosong..keghairahan raye & konvo perlahan-lahan berlalu pergi dari diri ini

Aku mula rindu dengan suara riang arwah setiap kali aku menelefon..bagai ade seraut senyuman mengiringi dalam setiap tuturnya. tak pernah aku terluka dengan setiap tindak & tuturnya..mengenali arwah membuatkan aku lebih menghargai si dia.


.
.
.
.
tika ini
butir mutiara mengiringi setiap catatan ini
oh tuhan...aku tidak tabah utk meneruskan tinta ini
biarlah kenangan2 itu kusimpan sendiri






-al fatihah buat arwah & bayi -



aku sayang dia



Sunday, September 27, 2009

. . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
sedang berduka
al-fatihah
noraini senik
.
.
.
.
.



Wednesday, September 23, 2009

..sh0p-er-shoes....


Damn.. so sonok bile ko pergi shopping mall dalam keadaan selekeh n d sh0p assistant still entertain ko macam kocek ko tak selekeh..i feel so GOOD!!
tapi keterujaan hanya seketika..
hot size yang kawin dengan hot design mesti habis
owh..punah sungguh harapan
kekecewaan jelas terpancar agak nye sampai shop assistant sedaya upaya mcari penyelesaian..
yeaaahhh..tak sangke boleyh booking..items will be delivered within this week..
hati ade bunge

dan
.
.
.
.
.
hobi baru mula menyinggah..aku sudah jadi stalker website & kedai kamu..bermaen dengan colours, match & design..simply delicious hati ini & simply merana kocek ini






Friday, September 18, 2009

..rambang-raye..

~SELAMAT HARI RAYE~

tik tok tik tok ... Syawal dah mule nk terjah..
Baju raye TIADA lagi...uishhh..mugkinkah tahun ini aku beraya tanpa baju raya??? o? kunun nak merasa buat persiapan last2 minit..nah ..hammbbeekk ko..Jalan TAR penuh sesak x bleh nak napas...hnsss..hnss..ulang-alik g PKNS tp still tak dpt nak masuk..semua gara2 parking FULL
bile si mami offer nak shopping kaen ari tuh, aku xmo..kunun x mo gune $ si mami..kunun nak beli yg dah ready made..skg terkebil-kebil aku tgk baju dowang dah siap chantteeekk..huuuaaa...
ade lg 48jam+ untuk misi pencarian!




Tuesday, September 8, 2009

..Pengalaman-mendewasakan-dia..

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam


Pinjam perhatian :: Korang jangan tertipu lak..Dah kompom2 la 'aku' dlm cerite d atas bukan sy cik blogger yg santun..hehehe

Nota kaki :: OMG aku masih berhutang 'waklu bulu2 kaki' dr cik Nor & pak arab fikri =P