Followers

Saturday, August 20, 2011

Break Fast @ Belanga, The Gardens

Hari ni berbuka dengan BFF since matrix dulu, tiada dalam senarai kehadiran hari ini ialah ain sebab ain outstation..ain, i miss u laling!
Lokasi Belanga, The Gardens Bangsar.. nak pergi sini korang masuk je through Mid Valley.. reataurant nih terletak between The Gardens & Mid Valley..
Punye payah nak cari lokasi makan yang berpatutan.. maklumla bile dah kluar dengan auditor, bankers & management exec plan mestilah nak yang strategik untuk poket sebab masing2 dah nak kahwin.. *tetibe*

Tapi makanan kat sini memang sedap.. menu semuanya menu tradisional.. aku & syina order nasi dagang & roti jala, awied order nasi kerabu & ayien order LAKSA LEMAK PEDAS!!
Mula2 makan nasi dagang tuh memang terase kesedapannya, tapi lepas rase LAKSA LEMAK PEDAS ayien, terus aku berpaling tadah..
Seriussss sedap.. bersudu-sudu aku cilok..slurrrrrppp
Roti Jala rase ala kadar, harga RM5.90 untuk 4 keping Roti Jala.. Tsk!!! Rasa roti jala adalah rasa standard tanpa elemen luar biasa.. eh lupa, elemen luar biasa ada iaitu luar biasa pada harga..pergghhh

Harga makanan yang laen adalah standard, not more than RM20..
strategik tak untuk poket??
My Nasi Dagang
Nasi Kerabu Awied
Laksa Lemak Pedas! Gambar tak georgeous tapi rasa dia memang georgeous bangat!!! Sampaikan everytime ayien datang Belanga dia akan order benda yang sama.. perghhh...
Roti Jala yang cenonet.. celah gigi je!

Selepas berbuka kami usha STAGE make up store.. ada promosi & diskaun!! Murah!!! semurah ko boleh dapat 2 barang dengan harga RM20.. berbaloi-baloi kan..kawan-kawan aku nih memang excited + obses kalo jumpa barang make-up



1 comment:

Sharinginfoz said...

sedapnya nasib baik pagi lagi