Selepas 6 bulan berkahwin, ini kali pertama kali dating tengok wayang dan kali ke 2 aku tengok wayang bersama Incik Husband sepanjang berkenalan. ahax.. Yup, Incik Husband bukannya kaki wayang seumur hidup dia cuma masuk panggung wayang dengan aku sahaja. Ini bukan tipu! Ini kenyataan. Sebab aku pasti kalau suruh dia masuk cari seat & dewan tayangan confirm dia tak jumpa. Tapi kalau bab games & sport! Aku jauh ketinggalan. Almost every games & sport dia dah try. Walaupun kali pertama main memang confirm dia yang score and aku yang COROT!
He's my MAN
Masa aku pilih nak tengok cerita Istanbul Aku Datang. perghhh beriya Incik Suami tak setuju. Mungkin sebab tengok poster yang cute2 gurlie2.
Tapi sebab Puan Wife nak tengok juga haruslah merelakan ok!
Not bad filem arahan Bernard Chauli ini. Memang boleh gelak. Soo komedi romantik yang comel.
Picture credit to google
Filem Istanbul Aku Datang menceritakan tentang seorang blogger yang bernama Maria Dian (lakonan Lisa Surihani) yang ke Istanbul kunun-kunun untuk buat short course tapi mission utama adalah supaya cinta hatinya Azad (lakonan Tomok) melamarnya. Dian dah tak sanggup untuk tunggu Azad habiskan kursus medic. Lagipon mereka dah couple about 6 yearss.. Hellooo.. takkan nak tunggu lagi..Pergh..lama kan 6 years almost macam aku & Incik Husband. Memang serius tak sanggup nak tunggu kalau nak break up pulak memang tak berbaloi-baloi.
But unfortunately rupa-rupanya si Azad ada pasang laen kat Istanbul. Patutla Azad beriya tak bagi Dian tumpang rumah dia. Dalam masa yang sama Dian kena tipu. Super nice house yang disewa rupa-rupanya dihuni seorang lelaki Haris (lakonan Beto). Akhirnya... hurmmm u should nonton ini cerita by yourself. Tak best la kalau reveal kat sini kan.
Gelagat Lisa dalam cerita ni memang sangat comel & kelakar. Bagi aku lakonan Lisa & Beto memang menjadi. But Tomok.. erk.. agak kayu & macam tak sesuai digandingkan dengan Lisa. Dah macam adik & kakak je.
Dress up Lisa dalam cerita ni memang fresh. macam ala-ala korean ladies pon ada. I like!
Picture credit to google
Sudahnya, keluar je panggung Incik Husband mengájuk dialog2 dalam cerita ni. hahahha
Ok.. kali ni nak end entry macam Dian boleh?
xoxo
-m-
Publish
No comments:
Post a Comment