Followers

Monday, January 7, 2013

Ribut Tropika Sonamu

4pagi 8Januari 2013
Aku tak tidur lagi. Kalau beberapa jam yang lalu penuh trending di facebook & laman sosial pasal Anugerah Juara Lagu ke 27. Pasal kemenangan lagu Yuna & versatile si Aizat. Tapi tak lama selepas itu ramai yang bertanya & upkan status pasal ribut Sonamu. 

Aku ni jenis sukar nak percaya kesahihan suatu berita kalau tak tengok sumber-sumber sahih. Sehinggalah aku terjumpa link Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengeluarkan pekeliling  ramalan dengan tajuk "Nasihat Ribut Tropika". Menurut pekeliling tersebut kesan ribut tropika Sonamu terhadap Malaysia ialah angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan jarak terdekat dengan bandar Malaysia ialah kira-kira 621 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu
sila rujuk sini JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA .

Hati ini sungguh risau dengan keadaan 2 orang ahli keluarga aku yang sedang berada di Terengganu. Adik di UMT yang memang sah-sah la sebelah pantai dan Incik Husband di Setiu. Semoga gelombang ketiga ini tidak seteruk yang dijangka. Ya Allah lindungilah kami dari bencana & kecelakaan, Tetapkanlah iman kami supaya tidak leka. Amiinn






No comments: