Followers

Friday, March 13, 2015

Rajin

#Throwback - Nik Rania Zafirah 1year old FY2014

Bila si anak sudah rajin mengemas. Leka sampai terjuih juih mulut.
No worriesss i'm not mad at her.
Kan ini salah satu proses pembelajaran si ana. Sifat ingin tahu.
Cuma si ibu yang kena lebih belajar S-A-B-A-R
Biarkan sampai cik Rania kita habis mengemasss
Lepas tu baru ibu kemas balik.. tapi awas kalau ibu dah kemas, awak nk kemas lagi sekali..heheh






Monday, February 23, 2015

Orang Baru

Sesuatu yang tak terduga terjadi di usia Rania 8 bulan. I am preggy againnnn!!! Oh my... hebat sungguh perancangan Allah. Betapa kami menunggu sehingga 9 bulan untuk mendapatkan zuriat yang pertama dan secepat 8 bulan Allah kurniakan zuriat kedua. Alhamdullilah.

Dan instict seorang ibu itu tepat lagi jitu. Apa tidaknya, aku tak payah nak buka bicara mak dah tegur "kamu pregnant ye?".. sengih je la aku.. At that moment kami baru je beberapa hari jumpa doktor untuk pengesahan. and as expected nurse di KK membebel bila jarak kehamilan aku yang tak berapa nak jarak ni.. Allahuakbar.. Siapalah kita untuk menafikan nikmat yang Allah kurniakan

Hari ini aku dah 8 months pregnant.. Time flies soo fast.. Sampai aku pon tak sedar dah kena bersedia buat persiapan sambut orang baru. I am sooo sorry baby..Next week dah kena start kemas-kemas beg, basuh baju2 baby & beli sehelai dua yang baru untuk orang baru..

Kehamilan kedua dengan yang pertama memang agak berbeza.. Kali ni rasa agak letih... mungkin sebab kena ulang alik dari Port Klang to KL (1 jam lebih) compare to before aku cuma ulang alik dari Bangsar - Jln Tun Perak,KL (15minit).. and yes I am still driving, Hurm.. anyway, I need to be strong! InsyaAllah.!!! doakan kami =)







Sunday, February 15, 2015

All about Rania

Dah lama tak update. Dulu sebelum Rania lahir berkobar-kobar semangat kunun nak update each of her progress.. Adess... menjadi seorang ibu bekerjaya memang melelahkan. Mulakan hari di awal pagi - memandu ke tempat kerja lebih sejam - samapai kat office rindu kat anak ... waaahh.. *nanges*

Hari ini Nik Rania Zafirah dah setahun 4 bulan. She grow up so fast! yup.. so fast sebab dah chubby..heheheh.. hidden meaning - ibu & ayah dah makin tua. Pada usia 10 bulan Rania dah mula bertatih.. 11 bulan dah laju berjalan.. dan pada umur setahun ibu dan opah dah makin rajin bersenam nak kejar cik Rania kita ni..

Alhamdullilah.. setakat hari ini Rania tak banyak kerenah.. tak meragam,senang di bawa berjalan, tak menangis tak tentu pasal. Kalau menangis pun senang nak pujuk. Walaupun adakalanya kami hilang sabar, almaklumlah badan penat bagai,.. tapi when I take a second-- breath in & breath out.. Astagfirullah.. nikmat apa lagi yang harus aku dustakan. Semuanya cukup sempurna. Syukur alhamdullilah atas kurniaan permata hati ini. Yes, she is sooo sweet, Dari segi kesihatan, she is well healthy, cuma sekali sekala selsema (which is amat jarang),. Dan setakat hari ini belum pernah kami beri antibiotik to her. I will try natural remedy first.. Pengalaman sendiri, pernah Rania kena selsema teruk, makan ubat a few days pun tak berapa nak ok, Dan akhirnya aku ikhtiar guna stokin bawang outih & kunyit hidup. Alhamdullilah,.. Allah beri keizinan untuk sembuh.

Rania is not a picky eater. Alhamdullilah mudah di uruskan.. Tapi aku memang pantang kalau ada tangan-tangan yang hulur fast food to her. I will sound directly. Yes I am. Tapi kadang-kadang selera makan Rania make us scary.. ye la.. nnt makin tembam dipam pam, kesian pula kat dia.. But although she is chubby she is soo active.. Alhamdullilah

Oh ya.. minggu ni Rania dah pandai pegang pensil & pen, Cara yang betul untuk memegang alat tulis. She is a realll observer. Now ibu dah kena start belajar macam mana nk homeschool cik Rania ni,, Otak si anak sedang berkembang macam span. so now kena hati-hati untuk setiap tingkah laku, jangan nak memandai-mandai buat yang bukan-bukan depan dia.

We love u my dear









Thursday, January 16, 2014

My Little Angel


Can't stop thinking of her
Adorable Cute
I Love U
Bayi Comel






Wednesday, January 8, 2014

Senarai Semak Barang Untuk Kemasukan ke Asrama Penuh

Alhamdullilah adik bongsu aku ni berjaya dapat 5A untuk UPSR & mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh. As a reward, kena la kakak die ni menunaikan janji belanja handphone sebab handphone dia dah rosak. Padahal aku dulu masa darjah 6 handphone pun tiada.. ishh2
Aku budget RM400 je tapi budak sekarang punya taste & demand so high... samsung galaxy trend RM599
adeeehh.. tapi sebabkan kesian belikan la juga


Disebabkan terkena tempias aura semangat si adik nak masuk sekolah asrama, maka as a kakak yang pernah masuk boarding school & sementara aku masih dalam maternity leave ni kitorang dah jadi pelanggan tetap AEON Bukit Tinggi
Every week mesti ke sana

Untuk panduan adik-adik yang bakal masuk asrama penuh Sekolah Sains atau pun MRSM here are the check list yang kadang2 tiada dalam check list yang sekolah bagi tapi bagi aku harus ada. Adik aku ni pilih warna biru untuk semua barang dia. Aku yang suruh pilih 1 warna as identity.. Aku suruh pilih warna pink dia tak mahu atas alasan tak nak dipanggil 'PINKY'

SENARAI SEMAK
  • Al Quran & Surah Yassin
  • Telekung & Sejadah
  • Bantal busuk wangi - selalunya sek akan bagi 1 je bantal
  • Sarung tilam & sarung bantal (spare) - selalunya kena beli dikoperasi sekolah
  • Jam loceng - aku hampir2 lupa bab ni sebab kat rumah selalunya kita set alarm guna hp
  • Pinggan
  • Cawan
  • Termos
  • Sudu - Garpu
  • Air Kotak - untuk minum sendiri kalau tak sempat sarapan. Advisable susu kotak or milo
  • Biskut
  • Baldi
  • Gayung
  • Berus Baju
  • Sabun untuk cuci baju, pinggan & badan sendiri
  • Baju kurung & baju melayu (MUST HAVE)
  • Selipar toilet
  • Kasut/Sandal nak pergi preparation class
  • Kasut sport
  • Kain buruk
  • Surat khabar lama
  • Tisu
  • Toiletries
  • Towel
  • Hanger
  • Penyepit Baju
  • Deodorant/Perfume


tu je la antara item-item yang perlu dibawa. One more DUIT!! tapi jangan bawa banyak2 ye
Good luck & jangan ngengada nak homesick je







Tuesday, January 7, 2014

Kerja Kosong

100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi..
Yahooo.. macam banyak je kan
So, sesiapa yang berminat boleh la terjah laman web berikut untuk kekosongan jawatan di jabatan kerajaan

http://www.spa.gov.my
http://www.jobsmalaysia.gov.my
http://www.careeron9.org
http://www.jobsonline.my
http://www.jawatankosong24.com
http://kekosongankerajaan.com

Good Luck!



Sumber: Kosmo - Sabtu - 4 Januari 2014


Sunday, January 5, 2014

My Rania

5 Januari 2014 Rania Zafirah dah berumur 2 bulan setengah.
And she being soo0o cranky & active lately
Kalau dulu ibu asik tertanya-tanya bila Rania nak bangun dari lena.. asyik tidur je
Now, pertanyaan tu dah bertukar.. bila la anak ibu nak tidur ibu dah penat (tapi feel blessed & happy) nak layan Rania borak2..main2..n ragam Rania yang asyik nk berpegang untuk duduk & berdiri je..cehhh macam la awak tu dah besar sangat..hehehe.. Dah banyak hari ibu tidur pukul 3 or 4 pagi melayan keletah kamu yang buat ibu tersenyum walaupun capek. 

So, as conclusion to all parents out there (including us) appreciate every moment with your child!

Rania Zafirah - we love u sooo much!







Monday, December 30, 2013

Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part 2 of 2)

Sambungan dari entry ini - Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part 1 of 2)

Transit dari labor room ke wad. Kali ini dah tak guna wheelchair tapi guna katil sampai ke wad..wooohooo..
Mak, abah & adik bongsu aku dah menunggu di bilik. Tapi masa ni Rania masih dalam tempoh pemantauan kat nursery. Kena tunggu a few minutes & malam tu Rania tidur dengan ibu & ayah. Cuma yang breastfeed sahaja dibenarkan untuk sebilik dengan si ibu. Kalau baby yang minum formula milk akan diletakkan di nursery.

Malam pertama bersama Rania ibu & ayah memang tak tidur malam. Rania kejap2 berjaga nak menyusu. Masa ni aku tak tahu sama ada susu aku dah ada belum. Yang pasti aku nak Rania breast feed. So, aku suakan sahaja Miss B kat Rania. Lepas susukan Rania, Rania merengek. Sampai kami blur nak buat macam mana. Nasib baik wad kami dekat dengan nursery. Jadi kami ambil inisiatif jumpa nurse kat nursery & request nurse ajarkan macam mana nak sendawakan Rania. Rupa-rupanya ada angin. Lepas burp (sendawa) Rania tidur lena. Niat di hati kami pun nak tidur juga. We have to be very sloowww sbb tak nak ada bunyi yang boleh buat Rania terjaga. Tapi tetiba streeetttt. -Bunyi badan Incik Suami bergesel dengan tilam- Teruss Rania huaaaaaaa... aduhaaiiii.. malam tu kami bergilir-gilir pangku & dodoikan Rania. Ibu & ayah memang tak tidur sebab masing2 kekok & risaukan Rania. It was a looonnggggg day.

Selepas Subuh baru la Rania betul-betul lena. Aku & Incik Suami pun tertidur sekali. But aku dapat tidur sekejap je.Incik Suami dah berdengkur tak sedar.  It was the busiest morning. Ramai betul staff yang masuk bilik - caterer hantar breakfast, cleaner kutip sampah & cuci2 toilet sikit, then another cleaner masuk & offer untuk tukar cadar, nurse check tekanan darah & suhu, doctor datang check jahitan episotomi & interview tanya dah kencing blom etc etc, nurse bagi ubat, nurse datang buat hearing test untuk Rania, homecare DEMC datang interview sebab dorang akan datang buat lawatan rumah after this, staff datang hantar bill & settlekan urusan pembayaran, pakar lactacyd datang bagi penerangan pasal penyusuan susu ibu - masa ni bila aku cakap tak sure ada susu or tak, dia picit Miss B & alhamdullilah baru nampak ada cecair perang. All this while aku yang tak reti picit kot,  doctor kanak2 datang buat check up untuk Rania. Masa tengok Doctor Koshi ni check Rania, kami macam whoaaaa.. lain betul cara pegang orang yang dah biasa dengan baby dengan orang yang baru first time pegang baby. Macam dilambung-lambung & dipusing-pusing kan je si Rania. Tapi Rania steady je.. Lastly pharmacist datang terangkan pasal ubat yang dibekalkan. Rrrrrraaaammmaiiii kan.

Sebelum balik tu Mak suruh aku mandi wiladah dulu. Senang sebab kat sini ada hot shower. Bila dah pack barang tetiba rasa .. whoaa banyaknya barang kami. Nasib baik la kat sini ada disediakan concierge & valet service. Kami di escort pulang hingga ke kereta oleh tiga orang staff sorang nurse tolong tolak katil baby, sorang tolak wheelchair aku (ngengada naik wheelchair, eh tapi dorang yang offer taw) & sorang lagi tolak troli yang macam kat hotel tu..  Kami tunggu Incik Suami bawa kereta ke lobby. Kat sini ada juga jockey service untuk park kn kereta korang dan juga buggy service kalau korang park kt car park & jauh.

Overall sangat berpuas hati dengan service dari DEMC ni. Aku rate 4.5/5 star.

As summary cost kelahiran Rania di DEMC ni cuma RM2500+ alhamdullilah..

Rania first foot prints. Seronok Rania ada kenangan macam ni. Zaman aku dulu ada kenangan tali pusat je..hahaha



 Goodies bag. Sangggaattt banyak barang dalam ni. Almost semua brand lampin pakai buang ada, toiletries, heh mcm2 la..

And this is our sweetheart Rania





Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday

Our first pictures together
at kampung after marhaban, bacaan yassin & kenduri kesyukuran
Syukur Alhamdullilah





Monday, December 2, 2013

Pengalaman Melahirkan Nik Rania Zafirah (Part One of Two)

Bismillah

Alhamdullilah aku dikurniakan kemudahan sepanjang mengandung & melahirkan Nik Rania Zafirah. Harap-harap Nik ... yang seterusnya begini juga.. Amboii, yang seorang ni pun umur baru sebulan dah berharap untuk the next Nik.. huahuahua
 InsyaAllah suatu hari nanti Rania boleh baca sendiri pengalaman ibu melahirkan kamu 

Semuanya terjadi pada 24 Oktober 2013. Sebelum tu kami suami isteri memang la dah berdebar-debar & tertunggu-tunggu bila la baby nak keluar.  Aku & Incik Suami dah selalu seru & bercakap dengan perut bulat supaya Rania lahir hari Khamis malam Jumaat..whoaa.. menjadi betul!!


9.15pagi
Sedang enak baring-baring dalam bilik. Sambil berkhayal tanya bila la sakit bersalin ni nak start. It should be today! Tetiba terasa ada air hangat dari Miss V. Aku bangun laju-laju terus masuk bilik air. Memang tak boleh nak kawal. Aku pasti ini lah air ketuban tapi macam ragu-ragu pun ada. Nasib baik katil tak basah teruk sangat.
Terus panggil Incik Suami yang masih mamai-mamai.. "Abang.. air ketuban dah keluar!"
Incik Suami angkat kepala tengok aku .. tengok tilam.. then tidur...oh suamiku. Ni mesti dia ingat aku terkucil. 
Again.. "Abang!! Sayang nak beranak dah!!".. Automatik Incik Suami bangun..
Masa ni memang tak rasa sakit cuma rasa air keluar tanpa henti. Bagi tahu mak. Mak pon macam tak berapa pasti nak buat apa sebab aku langsung tak rasa sakit. Mak telefon nenek di kampung sebab nak tanya kena pergi hospital sekarang ke..
Aku terus salin pakaian.. lepas tu pergi dapur, minum milo & makan kuih karipap. Dalam hati.. "Masa pantang nanti dah tak boleh makan kuih karipap ni"

10.10pagi
Kami bergerak ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC). Aku minta Incik Suami singgah kedai beli gula-gula & request supaya dia memandu dengan slow & steady jangan tergesa-gesa. Sebenarnya aku cuak nak pergi hospital awal-awal sebab tak rasa lagi sakit contraction. 

10.30pagi
Sampai di DEMC, aku daftar di kaunter kecemasan. Kemudian staff DEMC datang bawa wheelchair dan suruh aku duduk atas tu untuk dibawa ke labour room. Dua tiga kali aku menolak pelawaan untuk menggunakan wheel chair dan tegas aku kata "Tak mengapa, saya nak berjalan". Alhamdullilah aku masih gagah untuk berjalan. Lagi pun kalau berjalan insyaAllah senang sikit laluan bawah nak buka. 
Kali pertama masuk dalam labour room aku macam konfius, ini ke labour room, macam wad je. Ada katil, beberapa peralatan, sofa single & tandas. Arah kiblat pun ada, Jauh dari imaginasi aku. Aku bayangkan labour room tu macam dalam cerita-cerita tv yang penuh dengan peralatan itu ini.
Jururawat pasangkan CTG kat perut aku.. ooo cenggini rupanya CTG. Jakun skali lagi. Kemudian part senak bila kena seluk kat Miss V. Bukaan serviks baru 2cm & aku diberikan ubat antibiotik. Masa ni macam-macam aku tanya doktor, bahaya tak kalau air ketuban dah leakage bla bla bla Aku beritahu doktor yang aku tak nak induce &kalau boleh aku nak semuanya normal - no pain killer, no epidural. Pasal episitomi dah bincang dengan Doktor earlier, tapi doktor cakap ikut keadaan sebab anak sulung takut nanti koyak lagi teruk.
Kami diberi pilihan sama ada nak tunggu di labour room or check in dalam bilik dulu. Next check up pukul 3petang. Of course, aku & Incik Suami nak dating dalam bilik dulu..hehehe.. Masa ni midwife suruh aku guna wheelchair sebab air ketuban dah leakage & dia macam risau. Tapi aku berkeras untuk berjalan juga. 

Sampai di wad. Jakun sekali lagi sebab tak pernah masuk wad..huhuhu..Alhamdullilah wad yang disediakan selesa untuk kami berdua. Ada toilet, tv, sofa panjang, bantal & selimut untuk keperluan Incik Suami yang menemani. Aku kunun-kunun nak buat squatting exercise, jalan-jalan & jauhkan diri dari katil untuk mempercepatkan bukaan. Nan adooo.. sebab aku rasa mengantuk. memang rasa nak tidur tapi macam serba salah untuk tidur.  Tapi bila Incik Suami dah yakinkan aku untuk tidur, aku pon tidurrrr.. *M2B pls dont follow this*


11.45pagi
Makanan sampai beserta pilihan menu untuk pilih apa yang nak dimakan untuk malam ni & esok. Nyummy nyummy... Selepas makan aku jalan-jalan sambil berzikir, baca surah Mariam, squatting exercise sikit & kembali tidur-tidur ayam. Ntah kenapala hari ni aku asyik rasa ngantuk je. Encik Suami pula advice suruh nonton tv supaya aku lebih relax.


2.30ptg
Nurse datang periksa tekanan darah, suhu badan & pasang mesin CTG untuk monitor heartbeat baby & contraction. Masa ni sakit contraction rasa macam sakit senggugut datang bulan, masih terkawal. 
Nilah mesin CTG. Yang sebelah kanan warna merah ialah heartbeat baby & yang sebelah kiri (warna hijau) untuk measure contraction lagi tinggi lagi sakit contractionnya. 

6.15ptg
Makanan malam sampai. Lauk ikan merah. Masa ni sakit contraction dah makin kuat. Almost every 15minute boleh rasa sakitnya. Baru nak makan 2 3 suap tiba-tiba rasa sakit again & again. Selera pun lari. Incik Suami masa ni turun bawah nak beli makan malam dia. Bila aku call beritahu sakit bla bla bla, rushing la Incik Suami datang, sampai chicken chop yang dipesan pun tak sempat nak ambil bawa naik. Bila dah tengok keadaan aku, layan sakit dengan aku jap then barulah Incik Suami turun nak ambil makanan.
Tekan  button untuk panggil nurse bagitahu dah ready nak pergi labour room. Again before pergi labour room nurse pasang mesin CTG.

7.15malam
Sebaik sahaja Incik Suami selesai solat Maghrib, nurse pun datang bawa wheelchair. Kali ni memang aku rela hati duduk atas wheelchair tu. Sampai labour room midwife datang check Miss V. Dah 6cm dilation. Mid wife suruh aku relax2 dulu. A few minutes after that, doktor check bukaan dah 8cm. Good progress & fast. Aku disuruh tukar baju & diajar  cara-cara ambil nafas & meneran (at this time aku tak ada asas & tak tahu pasal hynobirth/gentlebirth). Aku harap aku bersalin pukul 8 lebih supaya doktor & medical assistant yang lain sempat nak tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu.
Contraction makin kuat. Masa ni memang sakit yang amat kat abdomen tu. Incik Suami non stop bagi support. Midwife suruh aku sedut gas oksigen bila rasa sakit & fokus kat gas tu sebelum aku & Incik Suami dibiarkan berduaan dalam labour room. Midwife jangka yang aku akan bersalin sebelum pukul 9malam. First time sedut, tetiba aku rasa khayal..terus beritahu Incik Suami "alaaa bang, ni gas etanox yang khayal tu laaa..rasa khaaaayaaallll".. 
Tapi aku sedut gak gas tu everytime contaction datang sampai rasa nak termuntah. Then baru la midwife inform some people kalau tak serasi dengan gas tu boleh rasa nak muntah.

Pukul 8 lebih doktor datang sekali lagi tengok bukaan (tak seluk) & get ready dengan peralatan pembedahan. Incik Suami dah get ready sapu minyak angin kat kepala dia & terkumat-kamit berzikir dan doa. Dalam hati aku, jangan la suami aku pengsan..hahaha.. Setiap kali contraction datang aku akan push. Doktor, Medical Assistant & Incik Suami sangat2 supportive. Aku rasa macam masuk pertandingan sukan pulak.
"Ämbil nafas...simpan-simpan!!!...tahan-tahannnnnn!"
"Ok Ok Good verryyy goodd!""
"Sikit lagi.sikit lagii!"
"Bagus! pandai-pandai"
8.45malam -
Beberapa push & 1 push yang terakhir tu menggelongsor zasss baby keluar. Wow, nasib baik doktor sempat sambut. Dalam masa yang sama rasa hangat & lega kat Miss V. NIKMAT!! Tiba-tiba hilang semua rasa sakit.
"Alhamdullilah & Assalammualaikum" kata doktor - ucapan pertama yang baby Rania dengar
Rania diletakkan atas dada ku. skin to skin.. sambil doktor tanya aku jantina baby. Lemah je aku jawab "Girl". Masa ni dah rasa penatttt...
Suara Rania nangis memang kuat sampai aku tanya Incik Husband "Tu suara Rania ke?hahaha"
Setelah dibersihkan & dibedung, Rania diletakkan bawah cahaya lampu dalam labour room, Incik Husband sempat snap gambar-gambar Rania sebelum Rania diiqamatkan. Ada getar dalam suara Incik Husband masa iqamatkan Rania.. Terharu & bercampur baur kot perasaan Incik Suami aku ni...hehehe

Alhamdullilah








Saturday, November 23, 2013

29th days of confinement

Hari ke 29 berpantang dah teruja nak mencuba pakai balik baju-baju lama
Dan yuhoooo.. baju nikah dah muat kembali
Perut pon kembali ke asal (sebab masa ni baru lepas menyahtinja..heheh)
Alhamdullilah
Excited!! Excited!! Excited!!

Tengah excited depan cermin posing posing, mak mencelah "Macam mana nak susukan Rania kalau pakai dress ni" (Baju nikah aku ni inner ala-ala long dress - rujuk SINI)
*krikk* *krikk* *krikk*



Terus naik atas penimbang. 58kg.. Hurmm, ok it just a numbers yg penting body shape..lalala.. (Padahal kalau boleh nak berat sama macam zaman2 universiti)
Masa 1 bulan mengandung berat aku 62kg
Di akhir kehamilan Minggu ke 39 berat melonjaklonjak naik sehingga 71kg.. whoaa

Terima kasih kepada confinement period a.k.a sesi berpantang 44hari sebab tak boleh makan itu ini (sampaikan kadang-kadang kena sembelit), kena berbengkung  (selalu juga skip atas alasan susah nak g toilet & tak selesa), bertunku (kadang2 skip juga sampai mak pon bising.. I'm sorry..heheh), mandi air daun & akar kayu (terima kasih Mak sebab susah payah buatkan semua) & minum air akar kayu (seriussss rasa macam kayu)..

Tapi senarai makanan yang nak makan lepas habis berpantang pun panjang juga. Tinggal beberapa minggu je..Can't waittttt! Errr.. boleh ke maintain body ni? *krikk* *krikk*

Tapi yang pasti aku rasa masa berpantang lagi seksa dari mengandung & beranak.  Adeehhh
I miss my pregnancy moment & moment2 masa beranak! Such a beautiful experience 
Apa-apa pun Alhamdullilah atas nikmat kesihatan yang diberikan-Nya
Berpantang ni pun untuk kebaikan masa depan
Bak kata semua orang-orang yang banyaakkkkkk bagi advice kat aku
"Badan ni nak pakai lama"






Tuesday, November 19, 2013

Susun Atur Barang Baby

Actually agak lambat juga aku menyiapkan susun atur & beli barang-barang Rania. 
Setelah start cuti, one week before expected due date (edd) barulah mula bersungguh-sungguh menyiapkan barang-barang Rania. Bila dah siap mengemas, fuuhh rasa makin tak sabar nak beranak *kunun2nye*

Almost semua barang aku beli warna merah jambu a.k.a pink. Kadang-kadang aku dan Incik Suami berdebar-debar kalau-kalau jantina baby yang keluar not as expected.. Alasan beli warna pink sebab warna selamat lagi satu yang aku berkenan susah nak cari ie. purple / ungu. Selain dari dua warna ni, memang aku tak berkenan. 

Towel purple & pink yang comel

Bakul & barang2 baby semua pink termasuklah tong sampah. Oh ye, memang aim bakul simple cam gini je sebab aku tak minat bakul yang ada renda-renda. Rasa macam semak je...ngee

Susun atur pakaian bayi. Aku belajar susun style macam ni dari blog master susun atur ie. http://susunatursioca,blogspot.com  Tq soo much sis. Memang senang nak ambil baju kalau lipat macam ni. Aku asing & labelkan untuk pakain lengan panjang dan lengan pendek supaya mudah nak ambil.. so sesiapa yang berkenaan tolong jangan sepah-sepahkan ye. heheh

Out of topic, ni antara pemakanan yang aku amalkan semasa mengandungkan Rania. Alhamdullilah, mudah lahirkan Rania, rambut Ranua lebat & kepala Rania tiada daki. 



Wednesday, November 6, 2013

Everyday is a new day

Orang cakap muka bayi berubah-ubah. Memang betul pun! Aku rasa muka Rania berubah. Kalau dibandingkan muka sekarang hari ke-11 dengan hari pertama lahir memang ada beza
Paling berbeza bahagian rambut, sebab ayahnya dah botakkan..heheeh

Genap hari ke-7 Rania lahir, tali pusat pun gugur. Opahnya la yang paling happy sebab dah tak payah takut2 nak mandikan pakai bju Rania etc. Kalau ada tali pusat memang kena over berhati-hati. 
Esoknya hari Jumaat kami laki bini sepakat nak cukur & tahnik kan Rania. Sebenarnya aku macam kesian nak tengok rambut lebat Rania dibotakkan. 
Tapi Incik Suami ni memang pandai memujuk. Katanya ini sunnah & tak elok dibiarkan rambut yang dibawa dari perut tu. Tapi bila pagi tu dia pon macam tak sampai hati cuma orang lelaki ni hati cekal. So, memang kena cukur la my lovely little girl Nik Rania Zafirah. 

Sebelum bercukur, aku susukan Rania, Lena je Rania tidur.Alhamdullilah senang Incik Suami cukurkan kepala Rania sambil aku pangkukan Rania. Sekali sekala Incik Suami pangku Rania atas riba sambil cukurkan kepala Rania. Lenguh... Alhamdullilah tiada satu pon torehan luka di kepala Rania walaupun 4 bilah pisau cukur digunakan. Kulit kepala Rania pun bersih tanpa daki. Mungkin ini disebabkan amalam aku minum virgin coconut oil (VCO) masa mengandungkan Rania. 

Next, belah mulut atau bertahnik. Aku memang tak tahu pasal belah mulut ni. Nasib baik la Incik Suami ni arif sikit pasal adat2 ni. Kami sediakan air zam-zam, kurma, kismis, garam, gula & cincin emas. Incik Suami cicahkan benda-benda ni di jari nya kemudian di suakan di mulut Rania ambil berselawat & doa. Masa ni Rania dah macam lapar. Laju je Rania hisap. 

Semoga Rania membesar sebagai anak yang solehah, baik & manis kata.. Aminnnn

Notes: No filter pictures as below because i got problem to transfer edited instagram pict from my smartphone or intagram web... pity me (T_T)


 Rania #2nd day & 1st day

Father & daughter bonding session #3rd days

Rania #3rd days

Rania suka buat mulut begini.. wuuu uuu #4th days

She sleep like a boss #4th days

Rania candid smile masa tidur #7th days

Bye-bye rambut Rania #8th days

Rania tidur lena sampai ternganga-nganga... zzZzz #8th days

Yess.. we know u love us #9th days