Most welcome my sister in law to our family!
Tak sampai setahun, nah mak abah dapat menantu lagi. Memang tak nyempat2 adik aku ni. Tapi dia pon kerja kat laut memang haruslah tak nyempat. Bila ada kesempatan bercuti dan pulang kedarat, poket pon dah tebal, jodoh pon dah sampai. Maka berjabatlah tangan dengan Tok Kadi. Congratulation brother & sister in-law!
Atas permintaan dari pihak pengantin sendiri, just a simple ceremony untuk kedua-belah pihak. Semuanya dipermudahkan. Baru aku sedar rupa-rupanya jadi kakak pengantin lagi penat dari jadi pengantin. Masa jadi pengantin hari tu aku tak penat, cuma risau je. Memang raja seminggu la!
Muka cuak nak salam tok kadi
Si kakak yang tetiba nak melaram gaya 'Merahnya Mak Ngah!
Kami 2 keluarga
As usual, suami aku ni memang jalan pilihan untuk dijadikan pengapit bidan terjun. Ni ntah kali keberapa dia jadi pengapit. Terimaaa je la bang oii.. Sebabkan adik aku ni tinggi macam galah, terkepak-kepak la laki aku mengangkat payung ke paras yang lebih tinggi dari ketinggian diri sendiri..heheha
Ni romboongan hantar mempelai ke rumah pengantin perempuan
Ni pula kami sekeluarga yang camwhoring semasa majlis menyambut menantu
Tiada dalam gambar adik bongsu aku - Sarah. Sebab Sarah sedang sibuk mengedarkan doorgift. Bagus adik aku sorang ni.
Selepas ini, giliran budak ni pula naik pelamin. Simpanlah duit dari sekarang wahai little brother!
Pengantin cuma mahu makan beradap sahaja. Tiada pelamin yang disewa
Tapi mak aku gigih juga siapkan ala-ala pelamin dalam rumah. Simple yet nice! Terharu tengok kesungguhan mak siapkan sudut ni. Gubah-gubah bunga..jahit-jahit langsir. Seorang ibu sentiasa mahukan yang terbaek untuk anaknya
Konvoi motosikal kuasa tinggi dari kawan-kawan adik aku. Tak sempat nak snap masa tengah konvoi vroom vroom
Antara tetamu yang hadir. Kali ni kami sekeluarga cuma sewa 6 buah khemah untuk meraikan para tetamu
variety of doorgifts
ehem... yang sebelah kiri ni masih single but i do not know available or not. Try la kalau nak. Tapi yang sebelah kanan ni dah ada cop hak milik. AWAS. Jangan gatal2 nak try!!
dan ini gambar abah bersama kakaknya, Terima kasih Cik Yah sebab sudi datang dari jauh. You are such a very helpfull aunty. We really appreciate it. Tq
Sekian
No comments:
Post a Comment