Followers

Tuesday, February 12, 2013

Review Gold Coast Morib

Hi, masa untuk review percutian bulan lepas ke Gold Coast Morib sempena birthday aku. I know dah terperap sebulan baru terhegeh-hegeh nak review. But, its better late than never
Voucher ni Incik Husband belikan from Groupon. Incik Husband ambil pakej birthday celebration. 
Pakej ini ialah pakej 2 hari 1 malam + sarapan pagi + makan malam + tiket taman tema + kek hari jadi + sijil penghargaan dari pihak hotel (one of the planned activities for Malaysia Book of Records)
Harga pakej ni ialah RM756 (katanya) tapi untuk groupon voucher harganya RM268 sahaja. Jadi kami jimat RM488
Sebelum jejak kat sini aku ada juga tengok review dari blogger-blogger lain. Ada yang tulis bad review dan ada yang review gitu2 je. So hati kami agak risau kalau2 it's a worst vacation. 
So, let me share our experience. 
Hari jadi aku 26 Januari tapi kami buat keputusan untuk pergi 27 Januari. Voucher untuk pakej hari jadi ni cuma valid untuk check-in sebelum, semasa & selepas hari jadi. Tak sangka pula date ni clash dengan kenduri kahwin adik aku.  Terkejut juga la dengar berita bila mak beritahu tarikh kenduri kawin si adik. Sempoi je dorang plan kahwin last minit. Kami plan vacation lagi awal dari dorang..gelojoh..heheheh..
Agak tergesa-gesa bila terpaksa pergi selepas selesai majlis kenduri. Dalam pukul 5 petang kami bertolak ke Gold Coast Morib. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Port Klang. Sebabkan kami bertolak lambat, Incik Husband menghubungi pihak resort terlebih dahulu yang kami akan check in lewat.
 Layanan di kaunter receptionist ok & mesra. Kebanyakkan bilik-bilik di resort ini fully occupied (weekend + cuti Thaipusam) jadi memang tiada chance nak tukar-tukar bilik. Receptionist tu kata bilik kami ni seaview. Tapi keluar-keluar kat beranda bilik, inilah 'seaview' nya! 
Hangin je kami sampai tergelak-gelak menyindir "ni bukan seaview tapi ini 'See-site' "
*This is the best part bila dapat husband yg taraf-taraf boleh masuk raja lawak. He always be at your side to calm you*
Ada construction site kat sebelah resort apartment ni. Nasib baik tiada bunyi bising. Kalau tak memang annoying!!

Kena toleh ke kanan sikit baru la nampak seaview. Tu pun sipi-sipi nun kat hujunnggg tu je
Ni tiket untuk ke entrance theme park. Receptionist tu cakap entrance valid sepanjang penginapan kami. Tapi tiket ni dah pakai tak boleh buka-buka. Kalau tak dah tak valid.. Aku siap bagi contoh,
"so kalau kami masuk theme park hari ni, then esok pagi nak masuk lagi tak boleh buka la?"
Si receptionist beri jawapan angguk-angguk kepala tanpa penyesalan

Memang rushing menuju ke sini. Nak salin baju kenduri pon tak sempat. Maka bercamwhoring la dulu dengan baju kurung & baju Melayu
 Katil memang selesa. Tapi tiada additional bantal disediakan. Telefon pun tiada. Pelik-pelik. Masa masuk bilik, cuma ada 3 helai tuala shaja ie. 2 towel badan, 1 towel kecil yang aku buat kain lap kaki. Ish.. aku macam pelik selalu kalau hotel harga mahal (walaupon aku bayar murah sebab harga voucher) mesti ada banyak tuala. Jadi maghrib tu, tercari-cari la juga kami kain nk dijadikan sejadah. Selepas makan malam baru nampak tiba-tiba ada 2 helai tuala muncul atas almari. Mesti budak-budak housekeeping baru hantar.
 
 Toilet kat sini memang besar & selesa. Nak main kejar-kejar pon boleh. Ada jendela pula tu. So, siapa yang bawa family boleh la pantau anak-anak main jakuzi dari katil je.  Sebenarnya yang aku excited nak datang sini adalah part berendam dalam jakuzi seenak-enaknya. Incik Husband dah posing baik punya tepi jakuzi. Sekali test jakuzi, alahaiiii air tak bertakung pula. Rupa-rupanya tiada stopper. 3 kali juga la call front office minta stopper. Lepas kali ke 3 call baru la datang staff maintenance bagi stopper. Nasib baik staff maintenance tu berbudi bahasa minta maaaf. Siap bagi tahu yang report sampai lambat kat bahagian dia. Test2 lagi.. alamak.. air tak panas pula. Something wrong with the heater. Setakat suam suam gitu-gitu je. Redha je laaa. Nak tukar bilik pon tak boleh sebab bilik lain fully occupied.
 

Complimentary toiletries. Sikat, shower cap, toothbrush, sewing kit, razor, 2 bottles of body foam and 2 bottles of conditioner. Hurmm, tiada inroom selipar disediakan, Kaki aku yang sensitif agak sejuk pijak lantai bilik.Ngengadaaa betul.
 Shower room
Dalam bilik ni ada mini freezer dan coffee/tea set as usual

 TV LCD dengan gambar yang cantik & siaran ASTRO. Sambil berjakuzi boleh nonton TV juga
 Incik Husband menikmati "see-site" view dengan redha
 Malam kami dinner di dewan makan sebelah dengan taman tema. Memang ramaaiii orang. Tapi takde la sampai berebut meja. Pilihan & rasa makanan biasa-biasa sahaja. Most of the people makan dengan berselera. Mungkin mereka penat main air siang tadi kot.
 Malam tu aku redeem kek hari jadi, certificate & birthday toy
 

Pagi selepas breakfat jalan-jalan ambil angin di pantai. Nak main kejar-kejar maluuu.. Lagipun badan masing-masing dah berat. Air pantai kat sini tak sesuai untuk mandi.

Ada court bola tampar,  sesuai untuk aktiviti team building atau family day.
 Ada juga perkhidmatan ATV untuk disewa

 Perasan tak? Inilah pondok dalam cerita Hingga Hujung Nyawa. Scene El & Zain pergi honeymoon =)


 Theme park? Sorry. Tak adil untuk aku review sebab kami memang tak turun pergi theme park. Setakat usha dari celah-celah bangunan je. Masa kami pergi peak period. Bagi chance la dekat budak-budak main air. Biarlah kami berdua berjakuzi di dalam bilik sahaja.
Check Out at 12pm

On the way balik banyak lalu dekat area Banting kawasan perusahaan kerepek. So, sapa yang plan nak datang boleh la sediakn duit beli kerepek sekali k.

Overall aku bagi 2.5/5
Yang aku perasan voucher Gold Coast Morib ni selalu ada di Groupon, Living Social & Streat Deal.
So kalau korang berhajat nak datang boleh la beli dari situ je. 

Sekian
Xoxo



2 comments:

Orked said...

best nye..!!dari aritu lagi ad rs nk grab voucher ni tp sbb xdecide time nk g, last nye postpone jek. hopefuLLy ad rezki La g sane 1 day. huhu

BTW, Sya br foLLow sini. Free,visit/foLLow Sya jugak ek~
sya-orked.blogspot.com

*salam knal*

shazlea shayla @ maria said...

Salam kenal Orked =)