Followers

Monday, October 19, 2009

-office-thingy..

hari ini ada pot luck di ofis. sedap2 semua. semua mengaku buat sendiri walaupun sudah terang dan nyata si bini yang bangun awal pagi nak memasak. owh mmg itu fitrah dunia lelaki. klo yang baek itu semua die yang punya.huhu..aku, bawa laksa utara. menu campak2 mudah resipi ibunda.

hari ini juga aku berpeluang berbual panjang dengan Big Bos no 2.Rase lega bile dah berterus terang dengan mereka yang i'm not sure how long i'll working with them since i'm a scholar of dot dot dot.. terbocor rahsia dgn rela since aku apply half day untuk pergi saringan interview last week. terharu la pulak bile dgr motivation dari die. Eventhought die nampak garang
agresif lagi tegas tapi aku sangat appreciate bile die boleh motivate n put herself in my shoes. Bukan semua majikan boleh bagi pekerja die kebebasan n discuss pasal ko punye kerjaya mase depan beb. She share her stories & share the idea, try to brighten up my path. i like it! tibe2 semangat nak continue study berkobar-kobar. tapi xtahu la berapa lame api semangat tuh..~haih.. Frankly i do think she was a tip-t0p woman..

~kalau lah dalam setiap wajah ada senyuman pasti ada nyaman yang terasa ~
.
.
.
mungkinkah ini fitrah lelaki & wanita??
catatan dr seorang teman

Rumitnye seorang perempuan, simplenye seorang lelaki.
Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku syurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.. ...

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.. ...




BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini Manchester United kalah. DAmmmmnnn!!!


nota kaki aku :: walaupun ko simple, ko kene la jugak cerita itu ini kepada si rumit!

Friday, October 9, 2009

.. homestay changlun ..

entry kali ini adalah sebagai penghargaan kepada penginapan kami yang bukan ditaja tapi dibayar dengan separuh sepenuh hati
diharapkan entri ini dengan kerjasama si kacak Mr Google membantu pencarian adik-adik junior (terutamanya semasa musim konvokesyen di UUM) atau sesiape sahaja yang memerlukan penginapan ketika berada nun di utara.


terima kasih kepada tuan punya rumah Encik Mat Noor di atas layanan & perkhidmatan yang baek

so, sekiranya hotel , motel , homestay di changloon @ changlun @ sintok sudah penuh, anda masih mempunyai pilihan

Sayang Homestay Changlun (15 minit ke UUM, 30 minit ke kuala Perlis)
3 bilik (dilengkapi penghawa dingin) , 3 katil queen, 1 katil bujang, 2 tandas
peti sejuk turut d sediakan
RM180 per nite mmg berbaloi








info tambahan untuk bakal2 graduan

hmmm..fenat juga bila dihujani pertanyaan kasut terbuka kt depan nih boleh pakai ke tak time amek scroll..
jawapannye BOLEH
kalo tak boleh pakai mesti kedai tak jual..hahaha

cuba bace berkali-kali peraturan pemakaian semasa konvo..dinyatakan bahawa tidak dibenarkan memakai sandal, selipar, capal & seangkatan dengan nye.. n memandangkan kasut d atas bukan seangkatan dengannya maka bagi aku kasut berkenaan adalah d benarkan & telah dipakai dgn jayanya.. kasut yang dibenarkan utk dipakai adalah kasut formal.. tapi sesiapa yang kurang arif menilik samaada kasut itu nampak formal atau tidak, boleh la mengambil jalan selamat untuk membeli kasut bertutup warna hitam..jgn ko beli kasut kanvas bertutup warne itam sudah r..tuh namenye back to school





Saturday, October 3, 2009

..cin-tok..

cintok bukan cinta
apatah lagi mata air
sok aku akan pergi ke cintok Sintok
.
.
.
ayuhhhhh bergraduat!

nota kaki::congratz to all graduates Universiti Utara Malaysia



Thursday, October 1, 2009

..lega..


semalam si dia datang rumah..hilang sedikit sedih semalam..kita kena lepaskan orang yang sudah tiada & doakan kesejahteraan di alam sana..~ameen