Followers

Tuesday, October 30, 2012

lot of story  to review and share. but i'm stuck. Not in d mood.. dlm hati gundah gulana..
sorry..need to pulse for a while =(



Wednesday, October 17, 2012

Wordless wednesday

Alhamdullilah everything went well on ain zarhaina & Fazli wedding..
3 down 2 left




http://shazleashayla.blogspot.com/2012/10/wedding-review-my-outfit.html

Saturday, October 13, 2012

Peplum bridesmaid

Peplum bridesmaid dress inspirasi dari baju raya scha al yahya...hehe


Wednesday, October 10, 2012

Pick Pocket

Readers.. hati2 dengan pencopet . Tadi on the way balik dari office tak pasal2 aku jadi saksi kejadian. Syukur alhamdullilah i am not the victim. And alhamdullilah hasrat pencopet tu terbantut sebab masih ada manusia-manusia yang prihatin.

Kejadian di LRT Masjid Jamek. Pencopet ni 2 orang. Modus operandi mereka, seorang akan menghimpit atau buat2 terlanggar mangsa masa kat escalator. Then yang seorang lagi akan seluk & tarik the wallet. Ye la, kalau ikot logik mana la terasa kalau kita dalam 2 situasi berkenaan serentak. Harus lah kite lagi terperasan bab terlanggar daripada bab diseluk. Nasib baek la tadi ada sorang pemuda yang perasan dan sergah pencopet tu. Terbantut terus hasrat diorang. Pucat lesi ok muka pencopet tu lepas kena sound dengan brother tu. 

so, everyone please be extra carefull. 
Oh ye, aku ada 1 tabiat kalau aku rasa terancam or rasa ada tak kena aku akan genggam kunci aku (seperti gambar). Actually aku baca taktik ni dari rencana mana ntah. So, bila kita genggam kunci dengan gaya macam tu, kita dalam keadaan bersedia untuk memberi kuasa TUMBUKAN BUKU LIMA KUNCI kepada situasi yang tidak di ingini. Target sasaran biji mata or tempat sensitif lelaki *teeetttt*
Anyway, aku harap aku tak berada dalam situasi yang memerlukan aku bertindak sedemikian.
Ya Allah pelihara lah hamba mu ini dari situasi-situasi yang tidak diigini. Amiin Ya Rabb





Tuesday, October 9, 2012

Wedding Review - My Outfit

Back to wedding review.. *drum rolllll*

Baju nikah aku tempah di Cik Ani, Kampung Raja Uda Port Klang
Actually aku tahu pasal Cik Ani ni daripada BFF aku Pn Norita & setelah baca wedding review dari bride to be popular yang kini dah jadi Puan Nora ( http://norapurplebridez.blogspot.com/)
Bila Puan Norita pun beriya nak tempah baju kat sini lagi berkobar-kobar la aku nak hantar kat tempat yang sama. Buat eksperimen harus lah bersama-sama, at least ada kawan nak melalak bila baju sama-sama tak jadi..hahhaha
But, alhamdullilah. Baju menjadi!!! yeehhaaa
Untuk nikah aku tak buat baju yang tight2.. gile ape kalau buat baju kebaya ketat2 untuk nikah. Elok2 je duduk nanti prak pruk prak bunyi benang tetas.. TIDAKKKK!!!

So, my design simple je. Aku buat kebaya longgar moden. Dalam buat dress panjang. Selesa & nice. I like it! Nak cari rumah Cik Ani ni senang je, kalau korang daripada arah KL dan ikut Federal Highway, korang follow je signboard ke Port Klang. Then, Kg Raja Uda is at your left side (kt traffic light simpang 4, no worries, ade signboard tulis Kg Raja Uda). Bila dah masuk simpang terus sampai lalu pintu gerbang. Selepas pintu gerbang turn left. Korang akan lalu kat belakang masjid. Rumah Cik Ani ni lepas masjid at your right side. Rumah nombor 68. Gate warna merah (kalau Cik Ani tak tukar cat lagi masa korang datang)


Harga tempahan kat Cik Ani ni very reasonable baju perempuan + lelaki dalam RM200++ . Tapi aku tempah baju perempuan je sebab Incik Husband dah beli yang ready made. Sempooii kan? =)
But seperti kebanyakan tailor, korang kena kerap remind kat Cik Ani untuk siapkan baju korang.
Follow up - follow up & follow up!

Dan sebabkan harga yang reasonable, dah segerombolan kawan-kawan aku, aku bawa pergi hantar baju kat Cik Ani ni. Kitorang tempah baju pengapit / dayang-dayang / bridesmaid untuk wedding my BFF Ain Zarhaina.. yeaayyy..
Beli kaen segulung dan buat together2 kat Cik Ani. 
Agaknya mesti Cik Ani pening tengok kekecohan kitorang hari tu

Haaa... ni la design baju2 kami. Syina is so0o pro in drafting the design. You are very talented dear



.
Dan hasilnyaaaaa
klon baju raya peplum scha al-yahya untuk kami gayakan ketika majlis resepsi Ain
Ni baju Awied, colour block Purple+yellow & peter pan neck
Masa aku tunjuk gambar ni kat adik aku, boleh pula adik aku tanya "Nak pergi menari kat mana?"
Mesti Awied rasa nak lempang kalau dengar adik aku cakap macam tu..heheh

this is mine. Purple+ 'songket' aku tak cukup berani nak buat colour block. Nanti 15 tahun lagi jenuh nak jawab soalan2 anak "kenapa mak pakai baju lain, kain lain? Mak tak cukup kain ke?"  haaaaa

Baju hijau kuning ni untuk majlis nikah Ain. Ain akan pakai baju putih with manik hijau dan kami akan bergaya dengan warna hijau+kuning. Memang masing2 tak nak kalah. Tapi masing-masing dengan design masing2.
Sebabkan teruja dengan hasilnya, semalam lagi aku dah sarung baju ni pergi kenduri kawan aku kat Shah Alam. Design kaftan with u shape at the edge of the kaftan & moderate patching di bahagian V neck.
Tudung aku beli online dari Qoma Boutique
 Psstt.. i think i should buy big ring to match with this kaftan macam Kak Mah Bik Mama. 






Monday, October 8, 2012

Happy Anniversary

 Alhamdullilah..7 October 2012 dah 7 tahum aku mengenali imam aku
Dia bukan seperti yang aku kenali dulu
dan aku bukan seperti yang dia kenali dulu
Kami masing-masing berubah seiring dengan peredaran masa
Aku tidak menyesal menganali dia yang lain dan berbeda dibandingkan dengan hari pertama berkenalan
Dia semakin matang dan aku semakin gedik manja.. *part aku = TIPU*
yup dengan siapa lagi aku nak bermanja dan berkasih melainkan dengan kekasih halal aku sendiri
Senantiasa aku doakan agar hubungan ini berkekalan, didekatkan & diserikan dengan pengikat kasih
Aku cinta dia
Dan romantisnya buat aku tersenyum selalu

i <3 p="p" suami="suami" u="u">




Wednesday, October 3, 2012

Wordless wednesday

Makan boleh meyebakan anda tidur lenaa