Followers

Thursday, June 27, 2013

Review Hotel DeÁrt Shah Alam

Sebenarnya kebetulan je nak menggatal booking hotel kunun-kunun pre-babymoon with Incik Husband tercinta sebab ada event di lokasi berdekatan. Nak manja-manjakan diri. Tapi sebabkan nak jaga bajet di poket maka marilah memilih Hotel Bajet.
Kebetulan memang dah lama aim nak merasa stay kat Hotel DeArt ni sejak terbaca artikel pasal hotel ni di akhbar. Dekorasi hotel ni memang best. 
Ada macam-macam pilihan bilik yang disediakan dengan tema yang berlainan

Lokasi hotel ni di Seksyen 7 atas Hailam Kopitiam/Jendela Bali restaurant, berhampiran dengan Restoran Hakim Lama & i-City Shah Alam. 
GPS koordinat 
Latitude: 3.075948538431517
Longitude: 101.48934960365295

Lobi hotel ni kecil je tapi dekorasi cantik & kerusi ni memang empukkkk

Bilik kami -103, aku pun tak sure ni tema apa. Majestik kot. Kami pilih yang ada tingkap.
 Dalam bilik ni tiada almari. Tapi ada penyangkut baju, Ok la boleh sangkut-sangkut
 
Sejadah pun ada disediakan. Dorang letak dalam laci. Nak tahu arah kiblat boleh dongak & lihat di siling. =)
 Work desk or dressing table pun ada together with cermin. Tas meja ni ada disediakn heater, tissue, 2 mug & 2 paket nescafe. Water cooler/heater ada disediakan diluar bilik berhampiran lif. Dan aku baru tahu kalau di bajet hotel, iron & iron board disediakan diluar di bahagian koridor. Aku ingatkan ada servis hantar ke bilik. hehehe..
 LCD tv with ASTRO
wifi pun ada
 Dan ini dekorasi bilik air yang merah menyala. Toilet bersih walaupun kecil. Sabun & syampu disediakan dalam dispenser.

Untuk tempahan yang dibuat dalam masa 7 hari sebelum check-in boleh dapat diskaun =)
So, total RM yang keluar dari poket ialah RM138
Harga ni sekali dengan compliment welcome drinks from Jendela Bali Retaurant, Voucher makan di Hailam Kopitiam & set breakfast di Hailam Kopitiam. Hailam Koiptiam & Jendela Bali ni terletak di bahagian bawah hotel. 
Overall kami satisfied dengan servis hotel ni =)
Nak cuci mata dengan pilihan-pilihan bilik yang ada & booking boleh la ke official website hotel ni




Sunday, June 23, 2013

Kickin'@ 22 weeks

Alhamdullilah dah masuk 2nd trimester 22 weeks @ 5 months+ pregnant.
My tummy dah nampak obvious. Sekarang ramai yang dah perasan dan tanya.. 
"Eh..apasal badan ko lain macam je skrg?"
"Eh.. ko pregnant ke?!"
"Eh..dah ada?"
amboii.. macam-macam eh yang ditanya. 
Ramai juga yang cakap perut aku nampak kecil comel.. Maklumla anak pertama.. tu sebab kecil kot, rahim baru start nak mengembang.  My body language pun masih macam biasa. Terkocoh-kocoh sana sini, naik turun tangga. Alhamdullilah. Setakat ini aku tiada alahan dan diberi nikmat kesihatan yang baik oleh-Nya. Rasa seronok mengandung kalau macam ni. Serius! Ini nikmat Allah =)
Harap-harap dipermudahkan juga my little precious keluar dari rahim ini dengan sempurna dan bila tiba masanya. Aminnn


Masa mengandung ni kalau tetiba rasa tak sedap badan (jarang2) seboleh-bolehnya aku elakkan makan ubat . I will try natural remedies first & doa. InsyaAllah & Alhamdullilah berkesan!
Kalau rasa ada hint nak demam, cepat-cepat minum air barli. Bila tekak rasa perit aku minum hooney lemon. 
Nyummmsss nyumsss

Sekarang my little precious dah mula pandai menendang. It is a miracle feeling! Masa mula2 rasa macam pergerakan-pergerakan halus yang buat aku tertanya-tanya pergerakan my little precious or angin2 dalam perut. Tapi bila ternampak perut bergerak dengan pelik tetiba, YESS!! its my little precious baby.. 
comel & aktif anak Ibu & Ayah. Membesar la dengan sihat ye sayang. Semoga jadi anak yang beriman & berjaya dunia & akhirat. 
Aminn