Followers

Wednesday, April 17, 2013

My first pregnancy check up at KKIA

Alhamdullilah hari ini my first pregnancy check up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak Seri Pahang, Bangsar. setelah tak berjaya nak buat minggu lepas. Minggu lepas aku ke KK Taman Botanik tapi aku disuruh buat check up di Klinik Desa Kg Pendamar berdasarkan alamat rumah. Bila dah pergi ke Klinik Desa Kg Pendamar, aku dinasihatkan ke KKIA yg berdekatan tempat bermastautin semasa weekdays. Adeehhh..

First time check up sorang-sorang sebab Incik Suami yang nun jauh mencari rezeki.  sedih & debar. Masa nak pergi tak tahu nak drive or jalan kaki je. Walaupun walking distance tapi aku macam nak drive sebab risau pening-pening lalat lepas ambil darah. Aku ada pengalaman hampir pitam lepas ambil darah. Tapi lepas tengok-tengok parking kat sana macam FULL terus relakan kaki melangkah. 

Alhamdullilah nasib baik layanan staff kat sana bagus. Pemeriksaan memang lengkap top to toe compare dengan private hospital yang aku pergi sebelum ni, Explanation yang jururawat bagi pun aku berpuas hati sebab dorang boleh jawab balik soalan-soalan aku. 


and this is my bed time story book. Memang best buku ni =)


1 comment:

Riana said...

Tahniah xlama lagi jadi ibu =)