Followers

Friday, March 13, 2015

Rajin

#Throwback - Nik Rania Zafirah 1year old FY2014

Bila si anak sudah rajin mengemas. Leka sampai terjuih juih mulut.
No worriesss i'm not mad at her.
Kan ini salah satu proses pembelajaran si ana. Sifat ingin tahu.
Cuma si ibu yang kena lebih belajar S-A-B-A-R
Biarkan sampai cik Rania kita habis mengemasss
Lepas tu baru ibu kemas balik.. tapi awas kalau ibu dah kemas, awak nk kemas lagi sekali..heheh






Monday, February 23, 2015

Orang Baru

Sesuatu yang tak terduga terjadi di usia Rania 8 bulan. I am preggy againnnn!!! Oh my... hebat sungguh perancangan Allah. Betapa kami menunggu sehingga 9 bulan untuk mendapatkan zuriat yang pertama dan secepat 8 bulan Allah kurniakan zuriat kedua. Alhamdullilah.

Dan instict seorang ibu itu tepat lagi jitu. Apa tidaknya, aku tak payah nak buka bicara mak dah tegur "kamu pregnant ye?".. sengih je la aku.. At that moment kami baru je beberapa hari jumpa doktor untuk pengesahan. and as expected nurse di KK membebel bila jarak kehamilan aku yang tak berapa nak jarak ni.. Allahuakbar.. Siapalah kita untuk menafikan nikmat yang Allah kurniakan

Hari ini aku dah 8 months pregnant.. Time flies soo fast.. Sampai aku pon tak sedar dah kena bersedia buat persiapan sambut orang baru. I am sooo sorry baby..Next week dah kena start kemas-kemas beg, basuh baju2 baby & beli sehelai dua yang baru untuk orang baru..

Kehamilan kedua dengan yang pertama memang agak berbeza.. Kali ni rasa agak letih... mungkin sebab kena ulang alik dari Port Klang to KL (1 jam lebih) compare to before aku cuma ulang alik dari Bangsar - Jln Tun Perak,KL (15minit).. and yes I am still driving, Hurm.. anyway, I need to be strong! InsyaAllah.!!! doakan kami =)







Sunday, February 15, 2015

All about Rania

Dah lama tak update. Dulu sebelum Rania lahir berkobar-kobar semangat kunun nak update each of her progress.. Adess... menjadi seorang ibu bekerjaya memang melelahkan. Mulakan hari di awal pagi - memandu ke tempat kerja lebih sejam - samapai kat office rindu kat anak ... waaahh.. *nanges*

Hari ini Nik Rania Zafirah dah setahun 4 bulan. She grow up so fast! yup.. so fast sebab dah chubby..heheheh.. hidden meaning - ibu & ayah dah makin tua. Pada usia 10 bulan Rania dah mula bertatih.. 11 bulan dah laju berjalan.. dan pada umur setahun ibu dan opah dah makin rajin bersenam nak kejar cik Rania kita ni..

Alhamdullilah.. setakat hari ini Rania tak banyak kerenah.. tak meragam,senang di bawa berjalan, tak menangis tak tentu pasal. Kalau menangis pun senang nak pujuk. Walaupun adakalanya kami hilang sabar, almaklumlah badan penat bagai,.. tapi when I take a second-- breath in & breath out.. Astagfirullah.. nikmat apa lagi yang harus aku dustakan. Semuanya cukup sempurna. Syukur alhamdullilah atas kurniaan permata hati ini. Yes, she is sooo sweet, Dari segi kesihatan, she is well healthy, cuma sekali sekala selsema (which is amat jarang),. Dan setakat hari ini belum pernah kami beri antibiotik to her. I will try natural remedy first.. Pengalaman sendiri, pernah Rania kena selsema teruk, makan ubat a few days pun tak berapa nak ok, Dan akhirnya aku ikhtiar guna stokin bawang outih & kunyit hidup. Alhamdullilah,.. Allah beri keizinan untuk sembuh.

Rania is not a picky eater. Alhamdullilah mudah di uruskan.. Tapi aku memang pantang kalau ada tangan-tangan yang hulur fast food to her. I will sound directly. Yes I am. Tapi kadang-kadang selera makan Rania make us scary.. ye la.. nnt makin tembam dipam pam, kesian pula kat dia.. But although she is chubby she is soo active.. Alhamdullilah

Oh ya.. minggu ni Rania dah pandai pegang pensil & pen, Cara yang betul untuk memegang alat tulis. She is a realll observer. Now ibu dah kena start belajar macam mana nk homeschool cik Rania ni,, Otak si anak sedang berkembang macam span. so now kena hati-hati untuk setiap tingkah laku, jangan nak memandai-mandai buat yang bukan-bukan depan dia.

We love u my dear