Followers

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Kembali ke Rahmatullah

Innalillah..agak terkejut bila dapat tahu Achik Spin meninggal..
Aku dapat tahu pon dari facebook.
Walaupon dalam facebook tuh tiada ruangan berita, tapi kawan2 aku memang pakar penyampai berita.. tapi bile nak tahu kesahihannya, kenalah cari Mr Google..

Berikut ialah petikan dari Kosmo online

Achik Spin maut kemalangan ngeri

17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Al-Fatihah