Followers

Monday, February 27, 2012

Pameran Pengantin SACC

Sabtu - Berada di sekitar Shah Alam & cuba untuk parking di SACC - pameran pengantin Malaysia but failed!

Ahad - Yeayy dapat parking. Hasilnya 2 kali aku pergi pameran pengantin SACC anjuran Urban Vibe Event Management. Pagi aku g dengan Cik Norita, petang aku datang with my parents. Kalau Urban Vibe yang buat memang BEST compare to other event management. Tak frust la datang. Cuma frust nak cari parking je. Bravo Urban Vibe!

Tujuan: Nak buat kad kahwin =)
Ayah aku memang detail orangnya. See. Siap buat note lagi masa survey to. So, senang la buat decision. Masa datang dengan Cik Norita, aku ngan dia sama2 lenggang kangkung je datang kt booth2 tu. Then aku nak buat decision pon ragu2, siap call abah kat rumah. Abah agree. Tapi sebab rasa tak puas hati, datang sekali lagi ngn dorang. Hasilnya, mengikut bajet kad kahwen yang aku nak. Kalau aku buat decision pagi tadi memang terbabas-babas la budget kad kahwen aku. The one that we choose is so0o simple. Jadi la kan, tak de la orang menghayati kad kahwen aku sampai tersesat-sesat...*lame*..hahhaha

Adik aku lak, excited amek cup cake kat one of the catering booth. Tengah sedap2 dia nak makan, sekali.... bawah fondant yang cantik tu bukannya cake tapi dorang letak surat khabar...cessssss!

and lastttt

I'll be Cik Norita bridesmaid.. dah dapat kaen.. try match ngan kaen lace yang beli dari bandung ari tu but Cik Norita tak agree.. Sob2..she suggest to do patching.. memang cantik klo patching.. tapi aku malashhhhhh nak jahit patching..ngeeee =P Baeklah Cok Norita, nanti aku fikir ape aku nak buat ngan kaen tu..hehheh.. er. nanti I'll be bridesmaid yang masih inai dijari n sebab masa jadi bridesmaid tu aku dah selamat menikah ngan Incik tunang # bulan. ehem ehem =) InsyaAllah. Semoga aku berjaya dapat cuti. Kalau boleh nak cuti dari hari Khamis or Rabu. So, boleh tolong banyak2 orang yang banyak berjasa & bantu aku ni

without flash

with flash



Wednesday, February 22, 2012

#13 Wordless Wednesday


taddaaaaa..... ini adalah baju..... baju masa bertunang setahun yang lepas 5 Feb 2011..
Baju kahwin tak finalise lagi.. baju nikah belum hantar tailor... ammmmaaa!
Lagi 74hari.. G to the U to the L to the P .. *Panic*


Sunday, February 19, 2012

Cadar Pengantin

Kecoh2.. kecoh.. pilihan cadar pengantin.. mum sooo in love with cadar tekat negeri perak ni..aku pon suka gak.. cadar ni cadar turun temurun dari arwah mak cik aku lagi.. aku rasa dah 30 tahun lebih.. memangg cantik.. tapi yang tak bestnye, cadar baldu dah rosak2 sket.
my mum punya beriya nak guna cadar ni.. sampai dia suggest nak beli kaen baldu baru untuk cadar tu.. hurmm... sure costly.. sarung bantal still ok lagi.. jahitan tekat emas orang dulu2 sangat kemas.

yang ni kitorang try match ngan cadar pengantin satin cotton warna soft cream pulak. hurmm.. match x? klo tengok depan mata nampak cantik menyerlah + berseri.. tapi bila tengok dalam gambar nampak weird pulak. plus, my mum suruh pengantin pakai off white.. so, nnt mesti baju i tenggelam kan? ish...

fenin2...



Wednesday, February 15, 2012

#12 Wordless Wednesday

Link
Sungguh tak sopan aku buat entry membeli barang di kedai Pemborong Bunga Tiruan Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd, Balakong, Selangor sebagai Wordless Wednesday. Ngeee
Anyway to B2B , kat sini memang murrraaahh & rambang mata ok.
You may check it out kat blog Cik Zimie. She is a good writer k!

Jom terrjjaaah blog Zimie =)



Tuesday, February 7, 2012

Review: Borong Doorgift & Barang Kahwin

Kali ni memborong doorgift di tempat yang famous dengan barangan pengantin Nilai 3. Masa mula-mula nak gerak abah tanya 'nak bawa 2 kereta tak?'. Aku dengan confident cakap TAK PAYAH, future SIL cakap doorgift spice jar tu boleh muat 500 balang dalam bonet kereta Persona.
Dah sampai sana punya la rambang mata. Nak parking kereta pon dah tak tahu nak parking kat depan kedai mana.. Orang tak de la ramai sangat, maybe ramai yang balik kampung sempena cuti 4 hari berturut ni .. Nasib baek dah buat senarai barang yang harus beli bukan window shopping je. So, first pit stop - Kedai Langsir. 2 3 kedai juga la masuk.. rambang mata! Mula2 semua orang nak contribute idea amek yang mana satu.. Last2 aku juga lak yang buat decision sebab masing2 dah tak larat. Langsir untuk dapur kami tempah terus kat kedai tu. Lagsir bilik pengantin just jahit body je kat situ. Anak langsir mak cakap nak jahit sendiri. Overall aku rasa langsir kat sini mahal. Nagoya & Jakel lagi berpatutan.
Adik & Mak yang sedang rambang mata memilih

Then, next stop Kedai Pengantin VR. Setakat ni kat sini la spice jar harga paling murah boleh dapat RM0.80 per jar. Ramai b2b yang suggest tempat ni, including my future SIL. Banyak juga la item2 yang aku beli kat sini. Including bekas hantaran ( Buy one free one). So, aku beli 3 set percuma 3 set = 6 set. kenapa tak beli 7 or 9? sebab aku rasa kek or buah tak perlu pakai bekas hantaran yang sama kot. lagi pon kt rumah ada 1 set sangkar & kotak kayu yang beli masa bertunang hari tu. Harap2 bekas ni bertahan sampai adik2 aku la. tak de la rasa ralat sangat membeli. Or kalau ada sesiapa nak sewa pon boleh juga =)
Bekas hantaran yang kami request untuk dipolish semula,. Yeayy!

Bunga manggar pon beli kat sini 3 pack = RM10. 1 pack ada 20 cucuk.
Sebabkan my mum & my father nak juga goodies bag untuk letak jar atas alasan 'Nanti susah tetamu nak pegang' so, aku amek la juga goodies bag yang jarang tu 100pcs=RM29.90 tapi sebab beli banyak dapat RM25 untuk 100pcs. Tapi bila dah beli goodies bag ni masing2 sibuk fikir nak letak apa lagi dalam bag ni ye? O-M-G bertambah-tambah budget aku..
Ada sesiapa lagi tak yang sudi sponsor? ngeeee...

Seriously, aku tak pernah tengok my mum & my father se'excited' ni bila membeli barang.
My father siap suggest beli bunga rozek!
Ada dua kedai VR kat Nilai 3. Ni yang salah satunya.
bonet sudah penuuuuhhhhh

Then mencari cadar pengantin. Actually, aku tak kisah kalo tak de pon. Sebab in my mind, pakai cadar putih kosong warna cream without renda-renda pon dah ok. Aku suka hiasan yang minimalis tapi sweet di bilik pengantin. Lagi pon mak dah cop cadar terun-temurun yang nenek aku simpan kat kampung - Cadar tekatd benang emas. Orang Perak memang selalu pakai cadar ni dulu2. So, sekarang aku macam dah confius, my mum nak pakai cadar yang mana satu. Risau juga kalau bilik pengantin tu jadi so0oo0 colourful. Haihhh (-_-)"
Kitorang beli cadar kat kedai MK -- *lupa nama penuh*. kat kedai ni tak ada papan tanda promotion or etc. Tapi bila kitorang dah amek cadar pengantin tu, sales girl tu suruh amek barang2 laen sebab dapat percuma RM180 voucher. Melilau la kitorang nak amek barang laen nak cukupkan nilai voucher RM180. So, hasilnya cadar pengantin 1 set, cadar king size (with comforter 1 set), cadar king size (without comforter) 1 set, 1 bantal, 1 bolster & 1 alas kaki bentuk heart.. berbaloi2 =)

Hasilnya kami berhimpit-himpitan di dalam kereta. Memang dah tak ade ruang nak masuk lagi dah. Plan nak window shopping barang laen pon dah tak jadi sebab dah tak sabar2 nak balik rumah!

Harap2 semuanya berjalan lancar. Ameen.
Tak sabar nak settlekan semuanya. Now, rumah dah berkecah & penuh dengan barang2 kawen!



Saturday, February 4, 2012

I'm at Nilai 3 now!

Peergghhh... I bought another 500botol.. Lagi 500 balang dah di sponsor oleh future sis in law..heheee.. Alhamdullilah dik! Fyi, kalau korang bw kete persona, bonet belakang just muat untuk 500 balang je.. Dlm gambar ni baru je masukkan separuh..yg laen dlm proses untuk disumbatkan. So, mari la bhimpit2..yeayyy

Wednesday, February 1, 2012

#11 Wordless Wednesday



Review Part 2 tangguh sebab nak bagi laluan kat wordless wednesday *kunun*
Semalam berjaya pergi sauna kat sport center majikan aku!
yeeaaaayyyy
but after sauna saya telah makan 2 biji burger
boooooooo