Followers

Tuesday, February 7, 2012

Review: Borong Doorgift & Barang Kahwin

Kali ni memborong doorgift di tempat yang famous dengan barangan pengantin Nilai 3. Masa mula-mula nak gerak abah tanya 'nak bawa 2 kereta tak?'. Aku dengan confident cakap TAK PAYAH, future SIL cakap doorgift spice jar tu boleh muat 500 balang dalam bonet kereta Persona.
Dah sampai sana punya la rambang mata. Nak parking kereta pon dah tak tahu nak parking kat depan kedai mana.. Orang tak de la ramai sangat, maybe ramai yang balik kampung sempena cuti 4 hari berturut ni .. Nasib baek dah buat senarai barang yang harus beli bukan window shopping je. So, first pit stop - Kedai Langsir. 2 3 kedai juga la masuk.. rambang mata! Mula2 semua orang nak contribute idea amek yang mana satu.. Last2 aku juga lak yang buat decision sebab masing2 dah tak larat. Langsir untuk dapur kami tempah terus kat kedai tu. Lagsir bilik pengantin just jahit body je kat situ. Anak langsir mak cakap nak jahit sendiri. Overall aku rasa langsir kat sini mahal. Nagoya & Jakel lagi berpatutan.
Adik & Mak yang sedang rambang mata memilih

Then, next stop Kedai Pengantin VR. Setakat ni kat sini la spice jar harga paling murah boleh dapat RM0.80 per jar. Ramai b2b yang suggest tempat ni, including my future SIL. Banyak juga la item2 yang aku beli kat sini. Including bekas hantaran ( Buy one free one). So, aku beli 3 set percuma 3 set = 6 set. kenapa tak beli 7 or 9? sebab aku rasa kek or buah tak perlu pakai bekas hantaran yang sama kot. lagi pon kt rumah ada 1 set sangkar & kotak kayu yang beli masa bertunang hari tu. Harap2 bekas ni bertahan sampai adik2 aku la. tak de la rasa ralat sangat membeli. Or kalau ada sesiapa nak sewa pon boleh juga =)
Bekas hantaran yang kami request untuk dipolish semula,. Yeayy!

Bunga manggar pon beli kat sini 3 pack = RM10. 1 pack ada 20 cucuk.
Sebabkan my mum & my father nak juga goodies bag untuk letak jar atas alasan 'Nanti susah tetamu nak pegang' so, aku amek la juga goodies bag yang jarang tu 100pcs=RM29.90 tapi sebab beli banyak dapat RM25 untuk 100pcs. Tapi bila dah beli goodies bag ni masing2 sibuk fikir nak letak apa lagi dalam bag ni ye? O-M-G bertambah-tambah budget aku..
Ada sesiapa lagi tak yang sudi sponsor? ngeeee...

Seriously, aku tak pernah tengok my mum & my father se'excited' ni bila membeli barang.
My father siap suggest beli bunga rozek!
Ada dua kedai VR kat Nilai 3. Ni yang salah satunya.
bonet sudah penuuuuhhhhh

Then mencari cadar pengantin. Actually, aku tak kisah kalo tak de pon. Sebab in my mind, pakai cadar putih kosong warna cream without renda-renda pon dah ok. Aku suka hiasan yang minimalis tapi sweet di bilik pengantin. Lagi pon mak dah cop cadar terun-temurun yang nenek aku simpan kat kampung - Cadar tekatd benang emas. Orang Perak memang selalu pakai cadar ni dulu2. So, sekarang aku macam dah confius, my mum nak pakai cadar yang mana satu. Risau juga kalau bilik pengantin tu jadi so0oo0 colourful. Haihhh (-_-)"
Kitorang beli cadar kat kedai MK -- *lupa nama penuh*. kat kedai ni tak ada papan tanda promotion or etc. Tapi bila kitorang dah amek cadar pengantin tu, sales girl tu suruh amek barang2 laen sebab dapat percuma RM180 voucher. Melilau la kitorang nak amek barang laen nak cukupkan nilai voucher RM180. So, hasilnya cadar pengantin 1 set, cadar king size (with comforter 1 set), cadar king size (without comforter) 1 set, 1 bantal, 1 bolster & 1 alas kaki bentuk heart.. berbaloi2 =)

Hasilnya kami berhimpit-himpitan di dalam kereta. Memang dah tak ade ruang nak masuk lagi dah. Plan nak window shopping barang laen pon dah tak jadi sebab dah tak sabar2 nak balik rumah!

Harap2 semuanya berjalan lancar. Ameen.
Tak sabar nak settlekan semuanya. Now, rumah dah berkecah & penuh dengan barang2 kawen!



No comments: