Whoa..hari Jumaat yang tidak tahu malang atau tidak. Inilah padahnya apabila bercerita pada orang pasal gifted yang ada. Ishhhkk..tu la semalam aku cerita pada bos aku yang aku nih jarang ambil medical leave. Tup tup ari nih lepas turun je dari train komuter aku dah rasa seram sejuk. Tapi aku yakin tiada warganegara asing yang kena kan aku dengan ubat guna-guna sebab sepanjang perjalanan aku ke menara au pastikan jarak diorang satu meter dari aku. Satu meter ok!Dah la aku dah plan ngan adik aku nak pergi mid valley after habis kerja. Tapi yang pasti kalau aku cerita plan aku pada Oyien. Mesti plan tu tak jadi. So, Oyien lepas nih aku tak nak atau tidak mahu bercerita pada kamu. ngee..Dah la aku ni jarang jumpa doktor. Aku bukan takut ok. Tapi aku ada satu sindrom. Sebaik sahaja kaki aku menjejak klinik atau sementara menunggu nama ku dipanggil oleh cik nurse, mesti tiba-tiba aku rasa seperti sihat walafiat. So, aku tak nak la doktor kata aku nih penipu kan..Kesimpulannya, duduk diam-diam makan ubat farmasi. (",)v
No comments:
Post a Comment