Followers

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri

Auto publish entry:

Salam Aidilfitri kepada rakan2 & readers yang sudi singgah or TERsinggah sini.
Maaf jika ada salah & silap saya

Ni banner raya rembat dari group secret WM2B Group
secret la sangat kaaaaannnn..heheh

anyway, thanks to http://cheritera3march.blogspot.com a.k.a eimy for her effort untuk banner ni.. thank you yunk!




Wednesday, August 15, 2012

Wordless wednesday

This week everyday berbuka dengan menu starbucks sebab stay back kt officr.. Semalam sedapp ozy sausage ari ni chicken stack ala2 lasagna..haihhhhhh sy nk berbuka di rumah!


Saturday, August 11, 2012

Pakej Berbuka Puasa 2013

Tinggal lagi seminggu lebih je untuk menikmati Ramadhan. Masih tercari-cari pakej berbuka puasa yang ekonomi, mahal, buffet style atau ala kadar sekadar gathering bersama rakan2 lama?

Ini antara Ramadhan Pakej yang ditawarkan pada tahun ini. Pada pendapat aku agak pricey berbanding tahun2 lepas. Inflasi semakin naek. kadang-kadang terlintas juga berbaloi ke berbelanja besar untuk berbuka. Bila bandingkan nasib mereka yang serba kekurangan terasa insaf. 
Tapi ada yang berpendapat tiada salahnya untuk berbelanja besar sekali sekala atau sekadar tanda penghargaan kepada diri sendiri dan keluarga setelah bekerja keras. 


Pakej Ramadhan di Shah Alam Convention Center ( SACC )
dengan tema rasa nusantara
Tahun lepas berpeluang pergi dengan BFFs terchenta
memang sedap & pelbagai pilihan
tapi kambing panggang & sate memang selling fast la
asik habis je
tahun ni tak tahu la rasa macam mana 
tapi harga makin naik berbanding tahun lepas

Felda d'saji pon ada offer pakej ramadhan di 3 lokasi berbeza dengan pilihan harga berbeza
bertempat di Dewan Perdana Felda
Dewamn Merak Kayangan 
dan Restoran Felda Villa 
dengan offer pilihan 88 jenis juadah


Tahun ni aku tak berkesempatan nak berbuka dengan beloved BFFs geng matrix & geng U & geng sekolah menengah. Al maklum la dah bertitle Puan. Status PJJ pulak tu.. so bila weekend dating ngan Incik Husband je laa..
Cuma sekali je berkesempatan berbuka dengan youngster department aku kat Chilli's restaurant, KLCC. Only 3 of us Muslim tapi yang beriya ajak buka puasa is our non muslim friends. 1 Malaysia, we unite.  =) Yang bestnye dah ala2 youngster reunion sebab gather sekali dengan rakan2 yang dah resign plus sesi berkenalan antara officemate yang baru joint with yang dah resign. Ooh i miss them soo much.. bila refleks balik, hurrmmm ramai juga officemate aku yang dah resign, Competition, beban kerja, better offer etc.. macam2 reason.. 

My turn?

hurmmmm....







Friday, August 10, 2012

Review Pelamin Bersanding

Wah wah wah.. dah 3 bulan kahwin baru terhegeh-hegeh nak review =p
Actually ini rentetan kisah marah2 & tak puas hati aku di sini
Antara sebab2 degree lemarahan naek mencanak2 walaupon esok bakal naik pelamin ialah:

Rekabentuk pelamin tidak seperti yang dijanjikan
Bunga request colour purple. Tapi yang dihantar penuh colour putih with sedikit2 tompok2 purple
Kain tirai request warna purple with corak royal (seperti contoh gambar di butik) tapi yang dihantar warna pink fusion kosong
Candle sepatutnya ada tiga tapi yang dihantar cuma satu
Pelamin yang request full warna purple tapi yang dihantar full or white

Hooiiii!!

Serius sadis sampai nangis2. Mak pon siap marah kat vendor tu. Awal pagi dah call balik. 
Dah la hantar adik dia suruh pasang segala
Bila sound adik dia yang pasang tu, si adik suh call si kakak.. then si kakak promise nak tukar bunga tu malam with *kalau boleh*
sudahnya samapi ke subuh tak de cerita..
Gerammm ok!

Baju kahwin pon aku amek kt vendor yang sama. Baju warna putih tu sebab aku nak kontra with kaler pelamin. 

Masa mula2 deal ngan this vendor, memang dah pasang niat nak promote her service etc.. Sekali dah macam ni punya kerja, jangan harap la aku nk bagi chance ko kecewakan bakal pengantin laen. Dah la tu, nak dismantel pelamin pon lambat. Berkampung la barang2 die kat garaj aku. 
Bab nak bagi duit pon lembabess.. boleh pula pakai akaun bank yang tak popular.. menyusahkan betul. nak bagi cash pon bila call tak berangkat.
Kalo la aku chow je baru taw.. nasib baek la aku ni sedar haram halal walaupon tak tahu la macam mana keikhlasan vendor ni bekerja. 
For me its not a big deal if dari awal2 dorang keep us inform awal2 yang dorang tak boleh provide as requested. Aku masih boleh bertolak ansur. Mungkin aku akan tukar dari 3 panel to 1 panel.  Ni bila yang sampai bukan seperti yang direquest mana la tak hangin.. Sabar je la...

Not too bad. But still not as expected. 







Adik ipar

Pssstttt...actually aku dah dapat adik ipar baru... Rasa macam kelakar je bila adik beradik incik husband dah cukup 7 lelaki dan seorang perempuan. Dah boleh buat pasukan bola sepak 7 sebelah katanya..

Actually ini anak sulong mak tiri incik husband. Dorang baru kahwin akhir tahun lepas, a few months after aku bertunang. Umur mak tiri incik husband a.k.a mak mentua aku baru 37tahun. Hmmm harap2 selepas ini rezeki kami pula.. InsyaAllah...


Wednesday, August 8, 2012

Dugaan Pulang

Minggu lepas 3 Ogos 2012 buat pertama kalinya (selepas berkahwin) aku balik ke Terengganu rumah parents in-law (PIL).. Ini juga pertama kali aku naek bas ke Pantai Timur from Shah Alam to Setiu.
Memang dugaan keluar rumah pukul 8.45pg.. Bas gerak pukul 9pg. Sampai sana ngam2 je pukul 9pg. berderau darah bile tak nampak bayang bas.. pergi kat kaunter, abang kaunter dengan tenang nye cakap & suruh aku bersabar sebabbbbbbbbbb BAS ROSAK nak kena tunggu pomen dari KL datang baiki..
syukur tp panasss juga la hati ni sebab kene tunggu almost 2 hours. 
Sampai rumah PIL ngan2 je adik ipar & biras tengah siapkan hidangan berbuka.. 

5 Ogos 2012 dari Setiu aku naek bas pukul 8.15mlm. Ni pon rushing juga, tak sempat nak manja2 dengan incik husband kami dah pecut g station bas Bandar Permaisuri Setiu. Makanan berbuka tadi pon x sempat nak hadam. Dah naek bas, setengah jam perjalanan tetiba bas berhenti kat tepi jalan area Chalok.. OMG.. bas rosak lagi.. FRUST! dugaan betul balik Terengganu ni. Bagi tahu Incik Husband & Incik Husband dengan rajin & romantiknya datang temankan sementara tunggu bas siap baiki.. 4 jam OK! Burn masa betul.. last2 kena naek bus tambahan..

and for the firsstttt time 2day kat rumah PIL , FIL request masak ayam masak kicap la pula.. Masa tu aku dalam bilik tengah rehat2 sementara tunggu berbuka, 1 jenis lauk aku dah siapkan iaitu sayur pucuk masak lemak. Ni pon first time aku buat. tp senang.. so tak heran sebab technically memang aku tau bahan2 nye.. tang masak kicap ni aku memang ALAMAK!!! tapi fikirkan semalam biras masak lagi cincai.. So aku lebih konfiden aku masak lagi sedap.. muahahhahah
Yang incik husband muka macam dah panik2 masa masuk bilik suh aku masak ayam masak kicap

''ÿang.. yang, ayah suh masak kicap"

"abang taw tak masak kicap macam mana?" 

"Ntah" *sambil garu kepala yang tak gatal & muka panik*

adoyaaiiii ... laki aku ni.. nasib baek la die memang cekap sediakan bahan kat dapur. Siang ikan, potong ayam & bawang ala2 style chef.. perghhh.. eleh, setakat gaya je la

Hasilnya.. taraaaaa... seperti gambar di bawah. Redho je la cm ne rsenya ye. Tapi aku rasa sedap! hip2..
yang penting ade rasa.. Mula2 nak buat kering macam mak selalu buat tapi incik husband request yg ade kuah la pulak.




3 days spending time with him was amazing. Rasa macam baru bercinta. Aku rindu dia. Rindu nak masak2 & gurau senda di dapur. Rindu dengan sabar dia melayan karenah aku.
I miss him so much!
Dia imam ku.