Followers

Monday, December 31, 2012

Stew Ayam Paprik

Salam..
whoopss.. setelah bertahun tak muncul dengan entri resepi tetiba terasa nak menaip resepi stew ayam ala-ala paprik

Nyummsss... kebelakangan ni mood rajin masak datang tanpa diundang. Kalau dapur dalam keadaan kemas & dok sorang-sorang memang la mood masak2 ni muncul. Selalunya sebelum mak keluar mak akan bagi hint suruh masak nasi. Kalau dah bagi hint tu, memang kena masak la. Kalau tak, sila tadahkan telinga dengar ceramah percuma! Tapi kadang-kadang sebelum mak masuk kereta aku bagi hint balik, "Mak jangan lupa beli lauk ye!"..hahahah..  =)

Tapi tadi bila buka peti sejuk & selongkar dapur, alahaiiii barang mentah tak banyak la pula. Yang ada daun limau purut, carrot baki masak tom yam minggu lepas, ayam & bahan2 asas yang laen. Plan nak masak ayam masak merah, tomato puri tiada. Nak masak sambal tumis ayam ~boringgg... So, mainlah aku dengan resepi campak2 dan tetiba jadi macam stew ayam berperisa ala-ala parik..yeeayy menjadi!

Bahan-bahan:
Ayam dipotong-potong kecil
Serbuk lada hitam cap aji nomoto
Sos tiram
Cili Api
Bawang putih & bawang besar
Halia 1inch
tepung jagung
daun limau purut
garam & gula secukup rasa
Kicap
Lobak merah

Cara-cara:
1. Perap ayam lebih kurang 25minit dengan sos tiram, garam, serbuk lada hitam. Letak jiga beberapa titis kicap sebagai pewarna
2. Sebelum digoreng lumur ayam dengan sedikit tepung jagung
3. Goreng jangan sampai terlalu garing

Penyediaan sos/kuah:
1.Tumis bawang putih, bawang merah, halia & cilipadi yang dihiris/dimayang sehingga harum
2. Masukkan daun limau purut
3. Masukkan air, sos tiram, garam, gula, serbuka lada hitam & kacau
4. Masukkan sedikit tepung jagung & kacau
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat &juga lobak merah
7. Masukkan ayam yang telah digoreng & kacau hingga sebati

Siap! ceewwaahh.. tapi aku tak letak sukatan sebab sukatan memang sesedap rasa aku je nak mencampak bahan-bahan.. nyumss nyumsss





No comments: