Followers

Sunday, December 9, 2012

Pre Wedding Back To School

Sorry, review spa terpaksa ditangguhkan sebab i only got +-48hours left to settle bulky of my office work before balik ke Terengganu 12122012. Nice date huh? Yups, my brother in law solemnization. 

So, just a short entry for a super gorgeous pictures from Colours Pictures. Suddenly bump into their FB page and bila tengok one of the album - 3rd Anniversary Amie & Yatie.
Aku pon tak sure ni pre wedding or anniversary kahwin. Story line album ni sangat-sangat perfect!
Memang semuanya menggambarkan situasi nakal2 alam sekolah dulu, malu-malu dating, ajak kawan ikot dating, dating tepi sekolah, kena rotan ngan cikgu disiplin, mengintai.. such a perfect photo album

okies.. jom terjah.. Klik link di bawah


P/s sorry tak sempat nak download all the pictures. kene minta restu owner dulu..ngeee





Monday, November 26, 2012

Friday, November 23, 2012

Review: Handbouquet



Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Puan Laila.
Laila kawan aku masa MRSM Jasin dulu. Ntah macam mana tertahu yang Laila berbakat gubah2 bunga tangan. Terus laju-laju aku contact and book servis dari Laila. Lagi senang berurusan dengan rakan sendiri. 
Memang sedari awal lagi aku dah plan nak guna real flower as my handbouquet (hb). 
Untuk bunga tangan semasa nikah aku serahkan pada Laila untuk design & pemilihan warna. 
Manakala untuk hb yang  digunakan semasa bersanding memang aku dah bayangkan handbouquet aku haruslah sama warna dengan kasut. Kesian Laila keluar masuk kedai cari warna bunga yang aku nak.
Roses memang dah tiada stok untuk warna yang aku nak. Jadi sebagai alternatif Laila belikan bunga jenis *aku lupa jenis ape* Dahlia maybe?

Anyway, thank you very much Laila for being part of my memorable day



Picture Credit to Mr Zameer


Picture Credit to Mr Zameer

P/S: This is schedule entry






Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday


Nampak tak apa yang Incik Husband sedang lakukan?


Incik Husband buat sign THUMB UP!
ibarat sukses menakluk cinta si puteri..cheeewaahh aku yang tambah lebih2..ngeee 
~LOVE~


P/S: This is schedule entry



Tuesday, November 20, 2012

Review: Make Up Sanding

Aku sangat berpuas hati dengan servis andaman dari Kak Sue ni. 
Aku panggil Kak Sue cantik..hehehe
Muka kak su ni georgeous dan yang best Kak Sue ni sangat-sangat teliti, caring & happening orangnya. Kak Sue bukan sekadar make up kan sahaja tetapi dia berikan yang terbaik supaya pengantin yang di andam nampak cantik berseri.. cewaah.. puji lebih-lebih pulak aku. Anyway, this is not paid advertisement. Review adalah berdasarkan apa yang hati aku rasa,. So, hati aku cakap PUAS HATI. Tangan pun laju la nak menaip. 
Kak Sue memang very transparent, kalau dia rasa tak cantik dia akan cakap tak cantik. Contoh veil yang vendor berikan pada aku agak tak sesuai di padan dengan baju aku dan corak kat veil yang tak center. Terus terang Kak Sue tu membebel walaupun vendor tu pon kawan dia. Nasib baiklah Kak Sue bawa spare veil yang memang match bagai pinang dibelah dua dengan baju aku.. Oooh i am so glad! Kalau ikut kan perangai redah aku, memang aku tak kisah pakai veil yang mula-mula aku dapat tu.. almaklum la dah last minit.
Aksesori yang Kak Sue bawa pon cun especially Crown. Sangat-sangat suka dengan design crown ni. terletak kemas & sweet! Oo.. tapi ada 1 lagi aku berhutang dengan Kak Sue ni, Keris!! Ntah macam mana boleh pula tertinggal keris masa nak pulangkan barang-barang Kak Sue. Asyik  tertangguh-tangguh je nak jumpa Kak Sue. Ya Ampuuunnnn...
Really hope to meet her again ~~
Untuk bride to be area Port Klang or Klang you may contact and hire her as your MUA.
 Highly recommended 





Thank you very much sis!
Sue MUA 012 9103744

xoxo

P/S : This is schedule entry



Monday, November 19, 2012

Sakit mata

hari ini saya sakit mata. Tapi saya tak dapat  5 days MC! Uhm hurm uhmm #sarcasm

Adohaii.bile la ketumbit ni nak reda...sakittttt


Sunday, November 18, 2012

Review: Istanbul Aku Datang

Selepas 6 bulan berkahwin, ini kali pertama kali dating tengok wayang dan kali ke 2 aku tengok wayang bersama Incik Husband sepanjang berkenalan. ahax.. Yup, Incik Husband bukannya kaki wayang seumur hidup dia cuma masuk panggung wayang dengan aku sahaja. Ini bukan tipu! Ini kenyataan. Sebab aku pasti kalau suruh dia masuk cari seat & dewan tayangan confirm dia tak jumpa. Tapi kalau bab games & sport! Aku jauh ketinggalan. Almost every games & sport dia dah try. Walaupun kali pertama main memang confirm dia yang score and aku yang COROT!
He's my MAN 

Masa aku pilih nak tengok cerita Istanbul Aku Datang. perghhh beriya Incik Suami tak setuju. Mungkin sebab tengok poster yang cute2 gurlie2.
Tapi sebab Puan Wife nak tengok juga haruslah merelakan ok!
Not bad filem arahan Bernard Chauli ini. Memang boleh gelak. Soo komedi romantik yang comel. 

Picture credit to google

Filem Istanbul Aku Datang menceritakan tentang seorang blogger yang bernama Maria Dian (lakonan Lisa Surihani) yang ke Istanbul kunun-kunun untuk buat short course tapi mission utama adalah supaya cinta hatinya Azad (lakonan Tomok) melamarnya. Dian dah tak sanggup untuk tunggu Azad habiskan kursus medic. Lagipon mereka dah couple about 6 yearss.. Hellooo.. takkan nak tunggu lagi..Pergh..lama kan 6 years almost macam aku & Incik Husband. Memang serius tak sanggup nak tunggu kalau nak break up pulak memang tak berbaloi-baloi.
But unfortunately rupa-rupanya si Azad ada pasang laen kat Istanbul. Patutla Azad beriya tak bagi Dian tumpang rumah dia.  Dalam masa yang sama Dian kena tipu. Super nice house yang disewa rupa-rupanya dihuni seorang lelaki Haris (lakonan Beto). Akhirnya... hurmmm u should nonton ini cerita by yourself. Tak best la kalau reveal kat sini kan.
Gelagat Lisa dalam cerita ni memang sangat comel & kelakar. Bagi aku lakonan Lisa & Beto memang menjadi. But Tomok.. erk.. agak kayu & macam tak sesuai digandingkan dengan Lisa. Dah macam adik & kakak je.
  
Dress up Lisa dalam cerita ni memang fresh. macam ala-ala korean ladies pon ada. I like!


Picture credit to google

Sudahnya, keluar je panggung Incik Husband mengájuk dialog2 dalam cerita ni. hahahha
Ok.. kali ni nak end entry macam Dian boleh?

xoxo

-m-

Publish

Thursday, November 15, 2012

Saya Penat

Sejak akhir-akhir ni aku selalu rasa letih. dan ramai juga officemate yang menyapa 
'Kenapa nampak letih je? macam dah ada 'Ă­si' je.."
I do not know how to answer as the pregnancy test show negative result and my period constantly came on time. BUT my weight scale always show positive result ke kanan.. ke kanan okiessss, actually negative. =(
Mungkin aku makin berat tu yang makin lesu

Lepas kahwin ni macam-macam perubahan hormon yang aku lalui. Luckly i got a secret  place with unknown friend (which became close friends) to share & get the information. Ok dah tak secret bila aku taip macam ini.. Ya amppppuunnn admin secret place =P
Aku tak pasti sama ada orang lelaki pon melalui pengalaman perubahan hormon yang sama seperti kaum perempuan lalui. Cuma yang aku pasti perubahan hormon Incik Husband yang sama macam aku pada berat badan. Jarum penimbang masing-masing berlumba-lumba ke kanannnnnn.. 

Antara perubahan yang dilalui (some is base on my experience & some from my friends) : 

Ada rakan aku yang menghidap Urinari Track Infection (UTI) di awal perkahwinan. Antara simptom-simptomnya air kencing berbau hanyir, warna kuning dan kencing tak lawas. Selalunya doctor akan nasihatkan untuk minum banyak air dan as usual bagi ubat. Kawan aku dapat ubat yang perlu dimasukkan ke tempat sulit... ohhhmmyy .. kesian dia. Masa aku bau ubat pottasium alkaline yang doctor bagi tu pun aku dah macam eeuuuwww...aku la yang jadi tukang hulur air masak sebelum dia semburkan ubat air yang doctor bagi..perghhh.. Petua orang tua-tua, banyakkan minum air bali. 

Size payudara/ breast yang bertambah. Ini yang aku menyampah & buat poket makin kering nak beli bra baru. Tak selesa ok asik nak kena betulkan baju kecik tu. Ohh tapi ini mungkin berita gembira buat sesetengah wifey sebab antara tanda-tanda kehamilan, ialah perubahan pada size payudara.

Jarum penimbang keep on ke kanan ..kanan dan kanan.. kadang2 aku konfius macam mana boleh jadi macam ni. kadang-kadang aku rasa kuantiti makanan yang aku ambil sebelum berkahwin lagi dasyaat yang amat.. but berat still maintain. Jadi aku buat andaian sendiri mungkin kadar metabolisma aku semakin berkurangan. =(
Dan kebetulan aku terjumpa post kat blog susu sejat mengenai "Makanan yang melembikkan anda di Malaysia".  Artikel yang bagus, selama ni aku ingat kalau nak diet kena avoid nasi boleh makan roti canai bebanyak - NO!! Selama ni aku ingat kalau ngantuk harusssslah minum kopi bergelas-gelasss - NO!!

Hurmm.. program diet harus diteruskan walaupun dah naik pelamin. 
Berdasarkan pembacaan dan andaian yang diri sendiri buat InsyaAllah aku akan menikmati Oat+Susu Anlene sebagai sarapan.. Nyummyy *sambil sengih kurang ikhlas*, lunch setengah pinggan nasi. kalau nak tipu kene pilih pinggan yang bersize besar. *shining eyes* Fruits as my snack *part ni aku malas betul la nak kupas buang kulit bagai. kalau keropok perisa buah ok x? =P * and  a glass of air lemon or limau nipis tanpa gula *kunun-kunun bertindak sebagai asid untuk cairkan lemak*
AWAS sila jangan ikut program diet diatas sebab saya tiada tauliah sebagai dietition waima doktor. 

Bersukan?? teeeetttt... tiada kelapangan masa untuk aktiviti ini. cukuplah senaman harian aku berjalan kaki ke LRT dan dari LRT Masjid Jamek ke Menara Maybank dan juga mendaki cerun ke office every weekdays. 

Chaiyok2 Maria 
I need energy! 

kelesuan & keserabutan yang terserlah 
*muka kosong*