Followers

Monday, November 26, 2012

Friday, November 23, 2012

Review: Handbouquet



Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Puan Laila.
Laila kawan aku masa MRSM Jasin dulu. Ntah macam mana tertahu yang Laila berbakat gubah2 bunga tangan. Terus laju-laju aku contact and book servis dari Laila. Lagi senang berurusan dengan rakan sendiri. 
Memang sedari awal lagi aku dah plan nak guna real flower as my handbouquet (hb). 
Untuk bunga tangan semasa nikah aku serahkan pada Laila untuk design & pemilihan warna. 
Manakala untuk hb yang  digunakan semasa bersanding memang aku dah bayangkan handbouquet aku haruslah sama warna dengan kasut. Kesian Laila keluar masuk kedai cari warna bunga yang aku nak.
Roses memang dah tiada stok untuk warna yang aku nak. Jadi sebagai alternatif Laila belikan bunga jenis *aku lupa jenis ape* Dahlia maybe?

Anyway, thank you very much Laila for being part of my memorable day



Picture Credit to Mr Zameer


Picture Credit to Mr Zameer

P/S: This is schedule entry






Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday


Nampak tak apa yang Incik Husband sedang lakukan?


Incik Husband buat sign THUMB UP!
ibarat sukses menakluk cinta si puteri..cheeewaahh aku yang tambah lebih2..ngeee 
~LOVE~


P/S: This is schedule entry



Tuesday, November 20, 2012

Review: Make Up Sanding

Aku sangat berpuas hati dengan servis andaman dari Kak Sue ni. 
Aku panggil Kak Sue cantik..hehehe
Muka kak su ni georgeous dan yang best Kak Sue ni sangat-sangat teliti, caring & happening orangnya. Kak Sue bukan sekadar make up kan sahaja tetapi dia berikan yang terbaik supaya pengantin yang di andam nampak cantik berseri.. cewaah.. puji lebih-lebih pulak aku. Anyway, this is not paid advertisement. Review adalah berdasarkan apa yang hati aku rasa,. So, hati aku cakap PUAS HATI. Tangan pun laju la nak menaip. 
Kak Sue memang very transparent, kalau dia rasa tak cantik dia akan cakap tak cantik. Contoh veil yang vendor berikan pada aku agak tak sesuai di padan dengan baju aku dan corak kat veil yang tak center. Terus terang Kak Sue tu membebel walaupun vendor tu pon kawan dia. Nasib baiklah Kak Sue bawa spare veil yang memang match bagai pinang dibelah dua dengan baju aku.. Oooh i am so glad! Kalau ikut kan perangai redah aku, memang aku tak kisah pakai veil yang mula-mula aku dapat tu.. almaklum la dah last minit.
Aksesori yang Kak Sue bawa pon cun especially Crown. Sangat-sangat suka dengan design crown ni. terletak kemas & sweet! Oo.. tapi ada 1 lagi aku berhutang dengan Kak Sue ni, Keris!! Ntah macam mana boleh pula tertinggal keris masa nak pulangkan barang-barang Kak Sue. Asyik  tertangguh-tangguh je nak jumpa Kak Sue. Ya Ampuuunnnn...
Really hope to meet her again ~~
Untuk bride to be area Port Klang or Klang you may contact and hire her as your MUA.
 Highly recommended 





Thank you very much sis!
Sue MUA 012 9103744

xoxo

P/S : This is schedule entry



Monday, November 19, 2012

Sakit mata

hari ini saya sakit mata. Tapi saya tak dapat  5 days MC! Uhm hurm uhmm #sarcasm

Adohaii.bile la ketumbit ni nak reda...sakittttt


Sunday, November 18, 2012

Review: Istanbul Aku Datang

Selepas 6 bulan berkahwin, ini kali pertama kali dating tengok wayang dan kali ke 2 aku tengok wayang bersama Incik Husband sepanjang berkenalan. ahax.. Yup, Incik Husband bukannya kaki wayang seumur hidup dia cuma masuk panggung wayang dengan aku sahaja. Ini bukan tipu! Ini kenyataan. Sebab aku pasti kalau suruh dia masuk cari seat & dewan tayangan confirm dia tak jumpa. Tapi kalau bab games & sport! Aku jauh ketinggalan. Almost every games & sport dia dah try. Walaupun kali pertama main memang confirm dia yang score and aku yang COROT!
He's my MAN 

Masa aku pilih nak tengok cerita Istanbul Aku Datang. perghhh beriya Incik Suami tak setuju. Mungkin sebab tengok poster yang cute2 gurlie2.
Tapi sebab Puan Wife nak tengok juga haruslah merelakan ok!
Not bad filem arahan Bernard Chauli ini. Memang boleh gelak. Soo komedi romantik yang comel. 

Picture credit to google

Filem Istanbul Aku Datang menceritakan tentang seorang blogger yang bernama Maria Dian (lakonan Lisa Surihani) yang ke Istanbul kunun-kunun untuk buat short course tapi mission utama adalah supaya cinta hatinya Azad (lakonan Tomok) melamarnya. Dian dah tak sanggup untuk tunggu Azad habiskan kursus medic. Lagipon mereka dah couple about 6 yearss.. Hellooo.. takkan nak tunggu lagi..Pergh..lama kan 6 years almost macam aku & Incik Husband. Memang serius tak sanggup nak tunggu kalau nak break up pulak memang tak berbaloi-baloi.
But unfortunately rupa-rupanya si Azad ada pasang laen kat Istanbul. Patutla Azad beriya tak bagi Dian tumpang rumah dia.  Dalam masa yang sama Dian kena tipu. Super nice house yang disewa rupa-rupanya dihuni seorang lelaki Haris (lakonan Beto). Akhirnya... hurmmm u should nonton ini cerita by yourself. Tak best la kalau reveal kat sini kan.
Gelagat Lisa dalam cerita ni memang sangat comel & kelakar. Bagi aku lakonan Lisa & Beto memang menjadi. But Tomok.. erk.. agak kayu & macam tak sesuai digandingkan dengan Lisa. Dah macam adik & kakak je.
  
Dress up Lisa dalam cerita ni memang fresh. macam ala-ala korean ladies pon ada. I like!


Picture credit to google

Sudahnya, keluar je panggung Incik Husband mengájuk dialog2 dalam cerita ni. hahahha
Ok.. kali ni nak end entry macam Dian boleh?

xoxo

-m-

Publish

Thursday, November 15, 2012

Saya Penat

Sejak akhir-akhir ni aku selalu rasa letih. dan ramai juga officemate yang menyapa 
'Kenapa nampak letih je? macam dah ada 'ísi' je.."
I do not know how to answer as the pregnancy test show negative result and my period constantly came on time. BUT my weight scale always show positive result ke kanan.. ke kanan okiessss, actually negative. =(
Mungkin aku makin berat tu yang makin lesu

Lepas kahwin ni macam-macam perubahan hormon yang aku lalui. Luckly i got a secret  place with unknown friend (which became close friends) to share & get the information. Ok dah tak secret bila aku taip macam ini.. Ya amppppuunnn admin secret place =P
Aku tak pasti sama ada orang lelaki pon melalui pengalaman perubahan hormon yang sama seperti kaum perempuan lalui. Cuma yang aku pasti perubahan hormon Incik Husband yang sama macam aku pada berat badan. Jarum penimbang masing-masing berlumba-lumba ke kanannnnnn.. 

Antara perubahan yang dilalui (some is base on my experience & some from my friends) : 

Ada rakan aku yang menghidap Urinari Track Infection (UTI) di awal perkahwinan. Antara simptom-simptomnya air kencing berbau hanyir, warna kuning dan kencing tak lawas. Selalunya doctor akan nasihatkan untuk minum banyak air dan as usual bagi ubat. Kawan aku dapat ubat yang perlu dimasukkan ke tempat sulit... ohhhmmyy .. kesian dia. Masa aku bau ubat pottasium alkaline yang doctor bagi tu pun aku dah macam eeuuuwww...aku la yang jadi tukang hulur air masak sebelum dia semburkan ubat air yang doctor bagi..perghhh.. Petua orang tua-tua, banyakkan minum air bali. 

Size payudara/ breast yang bertambah. Ini yang aku menyampah & buat poket makin kering nak beli bra baru. Tak selesa ok asik nak kena betulkan baju kecik tu. Ohh tapi ini mungkin berita gembira buat sesetengah wifey sebab antara tanda-tanda kehamilan, ialah perubahan pada size payudara.

Jarum penimbang keep on ke kanan ..kanan dan kanan.. kadang2 aku konfius macam mana boleh jadi macam ni. kadang-kadang aku rasa kuantiti makanan yang aku ambil sebelum berkahwin lagi dasyaat yang amat.. but berat still maintain. Jadi aku buat andaian sendiri mungkin kadar metabolisma aku semakin berkurangan. =(
Dan kebetulan aku terjumpa post kat blog susu sejat mengenai "Makanan yang melembikkan anda di Malaysia".  Artikel yang bagus, selama ni aku ingat kalau nak diet kena avoid nasi boleh makan roti canai bebanyak - NO!! Selama ni aku ingat kalau ngantuk harusssslah minum kopi bergelas-gelasss - NO!!

Hurmm.. program diet harus diteruskan walaupun dah naik pelamin. 
Berdasarkan pembacaan dan andaian yang diri sendiri buat InsyaAllah aku akan menikmati Oat+Susu Anlene sebagai sarapan.. Nyummyy *sambil sengih kurang ikhlas*, lunch setengah pinggan nasi. kalau nak tipu kene pilih pinggan yang bersize besar. *shining eyes* Fruits as my snack *part ni aku malas betul la nak kupas buang kulit bagai. kalau keropok perisa buah ok x? =P * and  a glass of air lemon or limau nipis tanpa gula *kunun-kunun bertindak sebagai asid untuk cairkan lemak*
AWAS sila jangan ikut program diet diatas sebab saya tiada tauliah sebagai dietition waima doktor. 

Bersukan?? teeeetttt... tiada kelapangan masa untuk aktiviti ini. cukuplah senaman harian aku berjalan kaki ke LRT dan dari LRT Masjid Jamek ke Menara Maybank dan juga mendaki cerun ke office every weekdays. 

Chaiyok2 Maria 
I need energy! 

kelesuan & keserabutan yang terserlah 
*muka kosong*




Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday - My BFF dah bertunang

This is schedule entry

Tahniah Cik Jaja. Akhirnya dah bertunang dengan pilihan hati di tarikh yang cantik Sabtu lepas 10.11.12 ( 10 November 2012). Semoga kau gembira selalu & harap si dia mampu menjaga hati kau setulusnya.
Cik Jaja ni is one of my back bone a.k.a orang penting terutama menjelang hari bahagia aku. 
iLoveU dear
Do we look like sibling? 





Saturday, November 10, 2012

Review: Ixora Hotel

This is schedule entry

Early October yang lepas aku, Incik husband and my BFF ke Penang untuk meraikan majlis resepsi roomate aku Cik Rina Ballerina. Haaa.. ni la nama dia kat facebook. Lama-lama lekat Rina Ballerina kat mulut aku ni. Nasib ko la ye. Dah lama tak pergi Utara. Last visit masa konvokesyen di Universiti Utara Malaysia.
Banyak kenangan manis pahit kelat masam kat sana. We enjoyed our life as a uni student yet we still success in our academic. Alhamdullilah.

Majlis kahwin di Butterworth tapi kami terlebih makan langsat a.k.a sesat sampai naik atas jambatan Pulau Pinang. But on the way balik rasa dah pandai redah Penang. Itu pun selepas dapat guidance dari Pn Eimy @ Honey Sakura. Betul la macam orang cakap "pi mai pi mai tang tu jugak".

Selepas menghadiri majlis Pn Rina Ballerina, aku ke Bukit Mertajam untuk hantar Cik Linda ke abang sepupu dia dan mencari hotel. Cik Linda nak balik hari yang sama juga walaupun dah puas aku pujuk ajak dia bermalam sekali tapi bilik asing-asing.. haih, mana boleh kacau orang dah kahwin berduaan. heheh.. sebenarnya aku tak sampai hati nak biarkan Incik Husband tidur sorang2. Rasa kejam pula kalau aku buat macam tu pada Incik Husband yang jarang2 jumpa.

Cari punya cari, akhirnya aku stay kat Ixora Hotel. Hotel ni  bersebelahan dengan Pacific Mall, Prai.
Sebabkan check in pun dah pukul 5 lebih dan hujung minggu dannn main redah datang Penang tanpa booking mana-mana hotel maka bilik yang available cuma deluxe room sahaja dengan harga RM215+ untuk corporate rate.. cewaaahh sekarang dah pandai nak utilise corporate rate bila nak check in hotel. Kalau anda berkerja dengan GLC company, jangan lupa bertanya tentang corporate rate sebelum check in. Most of the hotel will give corporate rate.
Sangat-sangat selesa condition & service hotel ni. Roomate aku cakap ni hotel baru,, patuuuut laaa..

So.. here the pictures. Weeeee....


King size bed

Sofa, coffee table & LCD tv

Office table kalau nak buat kerja office.. NOOOo tak nak buat =P !!

 Complimentary items in fridge


Toiletries.. memang lengkap.. sikat. pengasah kuku, shaver cream etc..

 Alat penimbang harusss ada.. =)

 Hair dryer

Bed room slippers
Aku, dia & ixora hotel =)

P/s tiada dalam gambar: Complimentary coffee set, iron set & safety box

Breakfast buffet- part yang aku suka bila stay kat hotel.. nyummeh


 Incik Husband serving me "Tea or coffee darling?"



So, kalau mai Penang jom check in Ixora Hotel






Wednesday, November 7, 2012

Wordless Wednesday



I fall in love with him again & again



All Pictures credit to Zameer Zomography



Sunday, November 4, 2012

Review: My Official Photographer

Antara perkara yang paling penting dalam majlis perkahwinan ialah photographer. Aku agak kepeningan dan rambang mata untuk memilih official photography untuk majlis kami. 
I really fall in love bila usha-usha blog2 dan website2 photographer2. Suka tengok gambar yang cantik dan romantis bertempat =) 
i like i like & i want i want
dan sekali lagi orang penting aka BFF aku Pn Norita merupakan perancang utama dan pendorong utuk aku booking service dari Shaznij Photography (Bro Shazni) with collaboration Zomography (Bro Zameer)
Alhamdullilah Zomography ie. Zameer merupakan rakan sekolah aku
it will be easier when u know your Photographer
and the price they quote was very2 reasonable
alhamdullilah rezeki kahwin

Aku pernah review pasal service dorang kat SINI
=) Masa sedang asyik dilamun chinta bersama si dia


Aku sangat suka gambar-gambar yang mereka capture sebab cuma memerlukan minimal editing or tidak perlu langsung! Means kalau bagi yang raw pun memang dah cantik & tak perlu crop2 photosop2.
Dan bertambah seronok sebab personality mereka. Shazni & Zameer tak kedekut nak tunjukkan gambar-gambar yang dah di capture dalam camera dorang. Aku pernah jumpa, fotographer yang langsung tak nak tunjuk gambar2 yang dah dicapture. Cisss... Actually bila korang dapat tengok gambar yang dah dicapture tu, korang lebih tahu pose bagaimana yang sesuai and bertambah excited nak bagi pose2 seterusnya. Haruuussssllaahh enjoyy posing sampai OP penaaatttt k. Tapi selalunya pengantin yang penat dulu sampai OP kene pujuk. But NOT me.. heheheh  

Some tips to bride to be untuk mencari fotographer untuk prewedding, majlis pertunangan & perkahwinan:
1. Survey dan request quotation dari beberapa vendor pilihan dan tentukan budget anda. 

2. Jangan lupa bertanya berapa orang photographer yang disediakan. Untuk majlis perkahwinan aku prefer minimal 2 orang OP. 

3. Review daripada ex customer or ex bride to be is quite important untuk mengelakkan tertipu. Ada kes, OP menipu dan tidak muncul di majlis sedangkan pembayaran telah dilakukan. 

4. Remind OP tentang majlis anda beberapa hari sebelum majlis. 

5. Pastikan photographer dan anda serasi. PENTING!! Bride tend to be bridezilla masa majlis kahwin. Almaklum la kaum hawa ni banyak berfikir and kalau boleh nak everything going perfect not only to her self but also to the guest. So, photographer dan rakan2 bridesmaid memainkan peranan yang penting supaya pengantin CERIA! And luckly i got this package tooo.. alhamdullilah
Pre wedding is one of the way to build keserasian between client & photographer

6. Do not forget to share with your OP style2 yang anda sukakan. Photographer & pengantin pun manusia yang mungkin mempunyai minat atau pandangan yang berbeza. Kang tak pasal2 gambar kawen korang jadi ala2 gothic kalau photographer to suka suki try2 new theme.A short conversation will do.

7. Jangan segan atau malu untuk memberikan pose terbaik anda. Remember korang dah labur lebur duit untuk hire OP pilihan anda. Mereka bukan setakat ambil gambar lauk pauk, doorgift & tetamu. Fokus utama adalah ANDA = PENGANTIN.

8. Ambil tahu bila OP akan bagi gambar2 yang di capture but do not stress OP sampai hari-hari nak call and follow up. 

9. Paling penting...jangan lupa langsaikan BAYARAN anda =)

Here some of the photos with credit to the OP =)

Unedited photos - Capture by Zameer 

 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Zameer
 Unedited photos - Capture by Shazni
 Unedited photos - Capture by Shazni
Unedited photos - Capture by Shazni

Click here
to view more photos of our wedding =)
and also here
Moreeeee here compilation of all photos. Alhamdullilah


 Want to contact them? Here =)
1. Mr Zameer from Zomography (012-256 6018)
2. Mr Shazni from ShazniJ Photography (012-347 1719)

Sesiapa yang tengah cari OP tu sila2 la contact both of them laju-laju k