After 10 months of our wedding
Setelah asyik digasak persoalan dari wartawan tak bertauliah yang tak berputus asa bertanya
" ëh, dah ade isi ke?"
"Plan ke?"
"Bila nak ada?"
"Äku dah nak masuk dua, ko bila lagi?"
Setelah asik disindir
Setelah penat untuk menjawab dari mereka yang tidak tahu sensitiviti naluri seorang insan.
My cousin & friends pernah menulis dalam status facebook mereka yang mewakili rasa aku sewaktu ketika dahulu. Cuma aku tak kuat untuk lantang seperti mereka.
Status mereka lebih kurang begini
" Kadang-kala persoalan yang asik digasak mendatangkan tekanan. Walaupun mulut masih boleh bergurau menjawab tapi jauh disudut hati rasa terhiris itu ada. Ingatlan tiada pasangan yang sudah berkahwin tidak mahukan zuriat"
" Yes, I know I am fat but I am not pregnant yet. Pls stop that annoying question"
Aku kagum kelantangan mereka.
Namun begitu ada juga yang masih berlapik & beradap
"Sabarlah, InsyaAllah rezeki ko ada"
"Tak pe, enjoy dulu hidup berdua k"
"Kami doakan rezeki korang akan tiba juga k!"
Yes, TTCians need support not stress
Akhirnya, alhamdullilah. Rahmat ujian & perancangan Allah itu amat besar & cantik. Sekurang-kurangnya aku tahu rasa mereka yang bukan bunting pelamin. Ini menjadikan aku lebih berhati-hati bila berkata.
Rahsia Allah "kun fa ya kun" maka jadilah.
Alhamdullilah rezeki itu tiba juga. Syukur, syukur Ya Allah
23 Februari 2013
A very faint line pada UPT. Masa ni my period belum delay lagi. Tapi hati melonjak-lonjak ajak buat UPT
26 February 2013
After a day delay period. Alhamdullilah. Syukur sangat-sangat dan amat berharap bahawa naluri ini benar.
Jelas double line pada UPT
Positif ada hormon HCG dalam diri ini. Hormon yang wujud apabila plasenta mula terbentuk.
Terus inform Incik Husband. Kami amat teruja tapi kami masih beringat. Selagi belum berjumpa doktor untuk pengesahan selagi itu belum sahih.
Kami terus berdoa moga ini benar rezeki untuk kami. Ya Allah, peliharalah kandungan ini.
Apa pun aku belum bersedia berkongsi berita gembira ini dengan rakan-rakan di facebook sebab aku tahu sensitiviti mereka yang masih menanti. Aku faham rasa itu. Dan gentar jika rezeki ini ditarik kembali. Ingatlah, janganlah sesekali merasa takbur & riak.
Syukur Ya Allah
Buat rakan-rakan TTCians yang laen, aku mendoakan kalian juga akan dikurniakan rezeki ini. aminnn