Followers

Wednesday, August 24, 2011

Break Fast @ Nando's Peri-Peri KLCC

Food tour again & i think this is the last one for this year Iftar Ramadhan.. Kali ni berbuka puasa dengan ex-classmate time zaman alim-alim kucing dulu.. ala, zaman kalo nak cakap dengan laen jantina ko kene dalam posisi jarak 2 meter. Sekarang??? mak aih, terkurang 2 sentimeter pon ade.. ishk!

Inilah muka-muka Jasinians(ex MRSM Jasin Batch 2003) Zeti, Nor, aku yang makin chubby, Wak, Lela, Syina, Tia & Pijan, Tikah & Fasya dah balik dulu tanpa jumpa kamera. Masa belajar dulu tak nampak macam nak jadi orang. Masing-masing dengan perangai tersendiri. Now, alhamdullilah everyone have their own position.. Exec, Bankers, Auditor etc... Kitorang jarang hang out together. Jumpa pon setahun beberapa kali je kot masa buka puasa, raya & kenduri kahwin..Nando's ni tempat official buka puasa kitorang. This time, all Londoners dah balik Malaysia! but still tak cukup2 korum. Ada je yang missing..

Kalau nak berbuka di Nandos ni, korang tak boleh buat reservation suka suki je.. Kene order menu & bayar terus. Tapi jangan lupa beritahu korang nak datang makan pukul berapa..Nando's KLCC nih dah macam jadi tempat official kitorang buka puasa sebab si Tia & Kimmy nih staff Petronas.. So, luch hour dorang boleh turun order makanan berbuka.. pantasssss... Untuk senarai menu Nandos Peri-peri Restaurant, boleh la klik SINI.. Unik bangat website si Nando's ni, sampai aku pon dah tak tahu nak tekan mana satu.. ish2


Topik perbincangan kali ni "Bila nak kahwin", "Budget kahwin tak cukup", "Tempahan dewan kahwin", " Eh, apa no. pin blackberry ko?" & soalan ulang tayang tiap tahun "Ko keje mana sekarang".. Keluh kesah tiap tahun "TEnSION KERJA..!!!". oh, ada topik tambahan "Piala Pusingan".. Idea luar kotak siapa ntah..hahahha..Masa zaman belajar dulu, batch kitorang ada 18 buah kelas (16 kelas sains & 2 kelas akaun).. kitorang Kelas 17 (akaun). Dalam banyak-banyak kelas yang ada tu, up to bulan Sept'11 ni, cuma student kelas 17 je la yang belum kahwin-kahwin lagi... kelas laen semua dah beranak pinak..ish2.. So, piala pusingan tu akan diberi kepada pengantin2.. boleh cam tu?? memang idea keluar kotak.. Anyway, akhirnya ada juga pemecah rekod untuk kelas 17.. InsyaAllah 3 Sept ni, one of our classmate cik Mai akan bergelar isteri orang... yeaayyy.. Alhamdullillah & Selamat Pengantin Baru!

Korang dah kahwin belum????

p/s : i terjumpa Noniswara di surau KLCC la.. ish..music terjumpa artis ni..



2 comments:

tiefazatie said...

xjmp smix pun..huu

ARC™ said...

saya belum kahwin. Tapi nak kawin asap.