Followers

Monday, December 31, 2012

Stew Ayam Paprik

Salam..
whoopss.. setelah bertahun tak muncul dengan entri resepi tetiba terasa nak menaip resepi stew ayam ala-ala paprik

Nyummsss... kebelakangan ni mood rajin masak datang tanpa diundang. Kalau dapur dalam keadaan kemas & dok sorang-sorang memang la mood masak2 ni muncul. Selalunya sebelum mak keluar mak akan bagi hint suruh masak nasi. Kalau dah bagi hint tu, memang kena masak la. Kalau tak, sila tadahkan telinga dengar ceramah percuma! Tapi kadang-kadang sebelum mak masuk kereta aku bagi hint balik, "Mak jangan lupa beli lauk ye!"..hahahah..  =)

Tapi tadi bila buka peti sejuk & selongkar dapur, alahaiiii barang mentah tak banyak la pula. Yang ada daun limau purut, carrot baki masak tom yam minggu lepas, ayam & bahan2 asas yang laen. Plan nak masak ayam masak merah, tomato puri tiada. Nak masak sambal tumis ayam ~boringgg... So, mainlah aku dengan resepi campak2 dan tetiba jadi macam stew ayam berperisa ala-ala parik..yeeayy menjadi!

Bahan-bahan:
Ayam dipotong-potong kecil
Serbuk lada hitam cap aji nomoto
Sos tiram
Cili Api
Bawang putih & bawang besar
Halia 1inch
tepung jagung
daun limau purut
garam & gula secukup rasa
Kicap
Lobak merah

Cara-cara:
1. Perap ayam lebih kurang 25minit dengan sos tiram, garam, serbuk lada hitam. Letak jiga beberapa titis kicap sebagai pewarna
2. Sebelum digoreng lumur ayam dengan sedikit tepung jagung
3. Goreng jangan sampai terlalu garing

Penyediaan sos/kuah:
1.Tumis bawang putih, bawang merah, halia & cilipadi yang dihiris/dimayang sehingga harum
2. Masukkan daun limau purut
3. Masukkan air, sos tiram, garam, gula, serbuka lada hitam & kacau
4. Masukkan sedikit tepung jagung & kacau
6. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat &juga lobak merah
7. Masukkan ayam yang telah digoreng & kacau hingga sebati

Siap! ceewwaahh.. tapi aku tak letak sukatan sebab sukatan memang sesedap rasa aku je nak mencampak bahan-bahan.. nyumss nyumsss





Thursday, December 27, 2012

Cara Mudah Bayar Zakat

Assalamualaikum readers

Tergerak hati nak buat entry tentang cara bayar zakat setelah terlihat blink-blink iklan nuffnang pasal Zakat. 
Berapa ramai yang bekerja tapi tak bayar zakat?
Kadang-kadang akibat kesibukan kerja mungkin kita terabaikan perkara ini
Kadang-kadang mungkin kita bersedekah tapi bukan ke tempat yang sewajarnya
Wallahualam
Aku lebih selesa dengan potongan zakat melalui skim potongan gaji
Mudah.. sebelum duit gaji tu sampai ke tangan aku, awal2 lagi dah dipotong untuk pembayaran Zakat

"Berzakat menyucikan harta & jiwa"
InsyaAllah

Untuk keterangan lanjut wajarlah ke website Pusat Pengutan Zakat

Maklumat dihujung jari






Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday

Alahai abah yang semakin sempoi sejak ade menantu..

xoxo





Tuesday, December 25, 2012

Tiring Week

Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan towards year end closing.. Year end closing pon penat. new year pon penat.. mid year pon penat.. haih.. every time busy dizzy review itu ini, plan itu ini, conference itu ini.. project itu ini..
and there are one day aku stay alone kat office sampai pukul 1pg. tak tahu la mana datang keberanian tu tp yang aku taw, aku nk kena siapkan kerja tu malam tu juga. That was the only time yang tenang. Kerja aku bukan sekadar dealing with numbers & paper but i also need to dealing with people from other departments. Haih.. fenin2... Luckly aku tak perlu deal with customers...

dan Sabtu lepas sekali lagi perlu ke office
After solat subuh rushing ambil Incik Husband kat hentian Putra then breakfast di McDonalds Bangsar

Then, Incik Husband kena temankan wife dia ni datang office. Pity my husband dah la jumpa Puan Wife sekali sekala pastu kena temankan dtg office pula, sampai terlena kat sofa office. 

My beloved husband, thank you for your understanding, patience & care. I am so0o lucky having you as my imam. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup ini dan urusan kami dunia & akhirat..

This, long distance marriage is torturing my soul.. rindu amattt..

Monday, December 24, 2012

Review: Spa

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kalau ikut perancangan asal, pagi after memanjakan diri di Emperor Spa, terus pergi join blogger photoshoot. Tiba2 dari hari Isnin lepas mata aku dijangkiti ketumbit (maybe). Ade lebam benjol2 yang sakit sekitar alis mata aku. So terpaksalah cancelkan ding dong ding dong email dengan Cik Nadia si organiser. Rasa serba salah dan ralit pun ada juga. Sebab pada awalnya dh beria nak joint tapi terpaksa cancel last minit. Tapi perancangan Allah itu maha hebat.. hikmahnya sesi spa yang dijadual dari pukul 10pg sampai pukul 12pm habis pukul 1 lebih. then pergi lunch di Papa Rich.. chit chat chit chat sampai pukul 3ptg lebih. hurmm..kalau mata tak sakit & aku agree pergi ke photoshoot tu mesti sangat2 rushing.
My quick breakfast before berspa'. Kalau masuk 7e mesti nak beli magnum..


Okay..back to the review
Ini kali pertama pergi memanjakan diri selepas berkahwin. Sengaja menggedik nak manjakan diri disebabkan offer kat groupon 80%. yuuhuu.. Full Body Pamper Package  RM520 dibeli dengan harga RM86.  Dalam pakej ni ada Full Body Massage, Fruit Mask & Scrub, Facial, Sauna/Jakuzi. 
Refresh session kali ini aku pergi dengan cR & Puan Rina.

We are the first customers yang datang. Maklum la orang spa ni dah cakap tak boleh lambat. Kalau lambat 2 minit nnt appointment cancel. Kedai spa ni macam rumah lot. Bahagian spa di tingkat atas. As usual kalau ko beli sesuatu yang promo mestilah kena dengar salesgirl tu bla bla bla pasal produk diorang dulu.  Dan aku terpengaruh nak guna minyak aromatheraphy additional RM25 kena tambah. But at the end rasa menyesal pula guna minyak aromatheraphy lavender ni sbb bau yang tak strong. Aku pon pelik, kata pati aromatheraphy tapi tak best & calm pon.
Jalan Masuk


First session is sauna aku & Rina masuk kat bilik atas. Kitorang salin baju dalam bilik yang sama dengan tempat body scrub tu. Alahai.. aku ingatkan ada bilik persalinan. nan ado.  Separa nakaed ok. eh bukan separa, may i say suku?? ngee.. but dorang ada sediakan bathrob, tuala & disposable underwear. so, silakan pakai semuanya. yang selain dari itu kena tanggalkan. Actually kitorang kena pilih sauna or jakuzi. And i choose sauna because i thought guna bilik sauna, sekali kena duduk dalam kotak sauna.

2nd session fruit scrub. Scrub ni dorang tenyeh ala kadar je and tak boleh nak segan-segan sbb mmg dorang sapu habis kat badan korang. Then kami ditinggalkan dalam bilik yang malap dengan slow muzik. Sampai bdengkur-dengkur Rina tertido. huhuhu

3rd session body massage. Ni paling best dalam semua session. Tapi yang tak berape bestnya tukang urut tu berbau. Bila dia duduk kat bahangian kepala aku, tetiba aku terbau hamis hanyir. Adehhh.. sekali aku baru perasan tukang urut tu dlm posisi bkangkang.. adoyaii.. tapi dorang ni mmg over friendly. Aku rasa memang dorang tak tengok jam la mengurut kitorang. Kalau layankan celoteh dorang mmg lama la korang dapat rasa massage ala-ala balinese. Actually tukang urut ni pekerja sambilan je. Dorang dipanggil bila perlukan service dorang. Dan yang aku perasan staf2 kat sini tak ada uniform sendiri. Alahai...

4th session face treatment. As usual dorang buang bintik2 hitam & buat face massage sekali. Tapi aku rase service ni ala kadar je sbb aku dah pernah experience normal face massage kt Cendana Spa yang jauh lagiii best!

Overall aku bagi 2/5 je.

Pssttt.. sorry tak banyak gambar yg berkaitan sangat sebab aku awal2 dah simpan telephone dalam locker.=P

 Setelah selesai memanjakan dirimarilah kita memanjakan perut pula..huhu..
cis... tak ada disiplin langsung.. ngee
Menu PapaRich memang menyelerakan, So nyummy






ok la.. till here.. Anyway aku dah kemaruk dengan air honey lemon tea tu.. nyum2





Sunday, December 9, 2012

Pre Wedding Back To School

Sorry, review spa terpaksa ditangguhkan sebab i only got +-48hours left to settle bulky of my office work before balik ke Terengganu 12122012. Nice date huh? Yups, my brother in law solemnization. 

So, just a short entry for a super gorgeous pictures from Colours Pictures. Suddenly bump into their FB page and bila tengok one of the album - 3rd Anniversary Amie & Yatie.
Aku pon tak sure ni pre wedding or anniversary kahwin. Story line album ni sangat-sangat perfect!
Memang semuanya menggambarkan situasi nakal2 alam sekolah dulu, malu-malu dating, ajak kawan ikot dating, dating tepi sekolah, kena rotan ngan cikgu disiplin, mengintai.. such a perfect photo album

okies.. jom terjah.. Klik link di bawah


P/s sorry tak sempat nak download all the pictures. kene minta restu owner dulu..ngeee





Monday, November 26, 2012

Friday, November 23, 2012

Review: Handbouquet



Sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Puan Laila.
Laila kawan aku masa MRSM Jasin dulu. Ntah macam mana tertahu yang Laila berbakat gubah2 bunga tangan. Terus laju-laju aku contact and book servis dari Laila. Lagi senang berurusan dengan rakan sendiri. 
Memang sedari awal lagi aku dah plan nak guna real flower as my handbouquet (hb). 
Untuk bunga tangan semasa nikah aku serahkan pada Laila untuk design & pemilihan warna. 
Manakala untuk hb yang  digunakan semasa bersanding memang aku dah bayangkan handbouquet aku haruslah sama warna dengan kasut. Kesian Laila keluar masuk kedai cari warna bunga yang aku nak.
Roses memang dah tiada stok untuk warna yang aku nak. Jadi sebagai alternatif Laila belikan bunga jenis *aku lupa jenis ape* Dahlia maybe?

Anyway, thank you very much Laila for being part of my memorable day



Picture Credit to Mr Zameer


Picture Credit to Mr Zameer

P/S: This is schedule entry






Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday


Nampak tak apa yang Incik Husband sedang lakukan?


Incik Husband buat sign THUMB UP!
ibarat sukses menakluk cinta si puteri..cheeewaahh aku yang tambah lebih2..ngeee 
~LOVE~


P/S: This is schedule entry



Tuesday, November 20, 2012

Review: Make Up Sanding

Aku sangat berpuas hati dengan servis andaman dari Kak Sue ni. 
Aku panggil Kak Sue cantik..hehehe
Muka kak su ni georgeous dan yang best Kak Sue ni sangat-sangat teliti, caring & happening orangnya. Kak Sue bukan sekadar make up kan sahaja tetapi dia berikan yang terbaik supaya pengantin yang di andam nampak cantik berseri.. cewaah.. puji lebih-lebih pulak aku. Anyway, this is not paid advertisement. Review adalah berdasarkan apa yang hati aku rasa,. So, hati aku cakap PUAS HATI. Tangan pun laju la nak menaip. 
Kak Sue memang very transparent, kalau dia rasa tak cantik dia akan cakap tak cantik. Contoh veil yang vendor berikan pada aku agak tak sesuai di padan dengan baju aku dan corak kat veil yang tak center. Terus terang Kak Sue tu membebel walaupun vendor tu pon kawan dia. Nasib baiklah Kak Sue bawa spare veil yang memang match bagai pinang dibelah dua dengan baju aku.. Oooh i am so glad! Kalau ikut kan perangai redah aku, memang aku tak kisah pakai veil yang mula-mula aku dapat tu.. almaklum la dah last minit.
Aksesori yang Kak Sue bawa pon cun especially Crown. Sangat-sangat suka dengan design crown ni. terletak kemas & sweet! Oo.. tapi ada 1 lagi aku berhutang dengan Kak Sue ni, Keris!! Ntah macam mana boleh pula tertinggal keris masa nak pulangkan barang-barang Kak Sue. Asyik  tertangguh-tangguh je nak jumpa Kak Sue. Ya Ampuuunnnn...
Really hope to meet her again ~~
Untuk bride to be area Port Klang or Klang you may contact and hire her as your MUA.
 Highly recommended 





Thank you very much sis!
Sue MUA 012 9103744

xoxo

P/S : This is schedule entry



Monday, November 19, 2012

Sakit mata

hari ini saya sakit mata. Tapi saya tak dapat  5 days MC! Uhm hurm uhmm #sarcasm

Adohaii.bile la ketumbit ni nak reda...sakittttt


Sunday, November 18, 2012

Review: Istanbul Aku Datang

Selepas 6 bulan berkahwin, ini kali pertama kali dating tengok wayang dan kali ke 2 aku tengok wayang bersama Incik Husband sepanjang berkenalan. ahax.. Yup, Incik Husband bukannya kaki wayang seumur hidup dia cuma masuk panggung wayang dengan aku sahaja. Ini bukan tipu! Ini kenyataan. Sebab aku pasti kalau suruh dia masuk cari seat & dewan tayangan confirm dia tak jumpa. Tapi kalau bab games & sport! Aku jauh ketinggalan. Almost every games & sport dia dah try. Walaupun kali pertama main memang confirm dia yang score and aku yang COROT!
He's my MAN 

Masa aku pilih nak tengok cerita Istanbul Aku Datang. perghhh beriya Incik Suami tak setuju. Mungkin sebab tengok poster yang cute2 gurlie2.
Tapi sebab Puan Wife nak tengok juga haruslah merelakan ok!
Not bad filem arahan Bernard Chauli ini. Memang boleh gelak. Soo komedi romantik yang comel. 

Picture credit to google

Filem Istanbul Aku Datang menceritakan tentang seorang blogger yang bernama Maria Dian (lakonan Lisa Surihani) yang ke Istanbul kunun-kunun untuk buat short course tapi mission utama adalah supaya cinta hatinya Azad (lakonan Tomok) melamarnya. Dian dah tak sanggup untuk tunggu Azad habiskan kursus medic. Lagipon mereka dah couple about 6 yearss.. Hellooo.. takkan nak tunggu lagi..Pergh..lama kan 6 years almost macam aku & Incik Husband. Memang serius tak sanggup nak tunggu kalau nak break up pulak memang tak berbaloi-baloi.
But unfortunately rupa-rupanya si Azad ada pasang laen kat Istanbul. Patutla Azad beriya tak bagi Dian tumpang rumah dia.  Dalam masa yang sama Dian kena tipu. Super nice house yang disewa rupa-rupanya dihuni seorang lelaki Haris (lakonan Beto). Akhirnya... hurmmm u should nonton ini cerita by yourself. Tak best la kalau reveal kat sini kan.
Gelagat Lisa dalam cerita ni memang sangat comel & kelakar. Bagi aku lakonan Lisa & Beto memang menjadi. But Tomok.. erk.. agak kayu & macam tak sesuai digandingkan dengan Lisa. Dah macam adik & kakak je.
  
Dress up Lisa dalam cerita ni memang fresh. macam ala-ala korean ladies pon ada. I like!


Picture credit to google

Sudahnya, keluar je panggung Incik Husband mengájuk dialog2 dalam cerita ni. hahahha
Ok.. kali ni nak end entry macam Dian boleh?

xoxo

-m-

Publish

Thursday, November 15, 2012

Saya Penat

Sejak akhir-akhir ni aku selalu rasa letih. dan ramai juga officemate yang menyapa 
'Kenapa nampak letih je? macam dah ada 'ísi' je.."
I do not know how to answer as the pregnancy test show negative result and my period constantly came on time. BUT my weight scale always show positive result ke kanan.. ke kanan okiessss, actually negative. =(
Mungkin aku makin berat tu yang makin lesu

Lepas kahwin ni macam-macam perubahan hormon yang aku lalui. Luckly i got a secret  place with unknown friend (which became close friends) to share & get the information. Ok dah tak secret bila aku taip macam ini.. Ya amppppuunnn admin secret place =P
Aku tak pasti sama ada orang lelaki pon melalui pengalaman perubahan hormon yang sama seperti kaum perempuan lalui. Cuma yang aku pasti perubahan hormon Incik Husband yang sama macam aku pada berat badan. Jarum penimbang masing-masing berlumba-lumba ke kanannnnnn.. 

Antara perubahan yang dilalui (some is base on my experience & some from my friends) : 

Ada rakan aku yang menghidap Urinari Track Infection (UTI) di awal perkahwinan. Antara simptom-simptomnya air kencing berbau hanyir, warna kuning dan kencing tak lawas. Selalunya doctor akan nasihatkan untuk minum banyak air dan as usual bagi ubat. Kawan aku dapat ubat yang perlu dimasukkan ke tempat sulit... ohhhmmyy .. kesian dia. Masa aku bau ubat pottasium alkaline yang doctor bagi tu pun aku dah macam eeuuuwww...aku la yang jadi tukang hulur air masak sebelum dia semburkan ubat air yang doctor bagi..perghhh.. Petua orang tua-tua, banyakkan minum air bali. 

Size payudara/ breast yang bertambah. Ini yang aku menyampah & buat poket makin kering nak beli bra baru. Tak selesa ok asik nak kena betulkan baju kecik tu. Ohh tapi ini mungkin berita gembira buat sesetengah wifey sebab antara tanda-tanda kehamilan, ialah perubahan pada size payudara.

Jarum penimbang keep on ke kanan ..kanan dan kanan.. kadang2 aku konfius macam mana boleh jadi macam ni. kadang-kadang aku rasa kuantiti makanan yang aku ambil sebelum berkahwin lagi dasyaat yang amat.. but berat still maintain. Jadi aku buat andaian sendiri mungkin kadar metabolisma aku semakin berkurangan. =(
Dan kebetulan aku terjumpa post kat blog susu sejat mengenai "Makanan yang melembikkan anda di Malaysia".  Artikel yang bagus, selama ni aku ingat kalau nak diet kena avoid nasi boleh makan roti canai bebanyak - NO!! Selama ni aku ingat kalau ngantuk harusssslah minum kopi bergelas-gelasss - NO!!

Hurmm.. program diet harus diteruskan walaupun dah naik pelamin. 
Berdasarkan pembacaan dan andaian yang diri sendiri buat InsyaAllah aku akan menikmati Oat+Susu Anlene sebagai sarapan.. Nyummyy *sambil sengih kurang ikhlas*, lunch setengah pinggan nasi. kalau nak tipu kene pilih pinggan yang bersize besar. *shining eyes* Fruits as my snack *part ni aku malas betul la nak kupas buang kulit bagai. kalau keropok perisa buah ok x? =P * and  a glass of air lemon or limau nipis tanpa gula *kunun-kunun bertindak sebagai asid untuk cairkan lemak*
AWAS sila jangan ikut program diet diatas sebab saya tiada tauliah sebagai dietition waima doktor. 

Bersukan?? teeeetttt... tiada kelapangan masa untuk aktiviti ini. cukuplah senaman harian aku berjalan kaki ke LRT dan dari LRT Masjid Jamek ke Menara Maybank dan juga mendaki cerun ke office every weekdays. 

Chaiyok2 Maria 
I need energy! 

kelesuan & keserabutan yang terserlah 
*muka kosong*




Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday - My BFF dah bertunang

This is schedule entry

Tahniah Cik Jaja. Akhirnya dah bertunang dengan pilihan hati di tarikh yang cantik Sabtu lepas 10.11.12 ( 10 November 2012). Semoga kau gembira selalu & harap si dia mampu menjaga hati kau setulusnya.
Cik Jaja ni is one of my back bone a.k.a orang penting terutama menjelang hari bahagia aku. 
iLoveU dear
Do we look like sibling? 





Saturday, November 10, 2012

Review: Ixora Hotel

This is schedule entry

Early October yang lepas aku, Incik husband and my BFF ke Penang untuk meraikan majlis resepsi roomate aku Cik Rina Ballerina. Haaa.. ni la nama dia kat facebook. Lama-lama lekat Rina Ballerina kat mulut aku ni. Nasib ko la ye. Dah lama tak pergi Utara. Last visit masa konvokesyen di Universiti Utara Malaysia.
Banyak kenangan manis pahit kelat masam kat sana. We enjoyed our life as a uni student yet we still success in our academic. Alhamdullilah.

Majlis kahwin di Butterworth tapi kami terlebih makan langsat a.k.a sesat sampai naik atas jambatan Pulau Pinang. But on the way balik rasa dah pandai redah Penang. Itu pun selepas dapat guidance dari Pn Eimy @ Honey Sakura. Betul la macam orang cakap "pi mai pi mai tang tu jugak".

Selepas menghadiri majlis Pn Rina Ballerina, aku ke Bukit Mertajam untuk hantar Cik Linda ke abang sepupu dia dan mencari hotel. Cik Linda nak balik hari yang sama juga walaupun dah puas aku pujuk ajak dia bermalam sekali tapi bilik asing-asing.. haih, mana boleh kacau orang dah kahwin berduaan. heheh.. sebenarnya aku tak sampai hati nak biarkan Incik Husband tidur sorang2. Rasa kejam pula kalau aku buat macam tu pada Incik Husband yang jarang2 jumpa.

Cari punya cari, akhirnya aku stay kat Ixora Hotel. Hotel ni  bersebelahan dengan Pacific Mall, Prai.
Sebabkan check in pun dah pukul 5 lebih dan hujung minggu dannn main redah datang Penang tanpa booking mana-mana hotel maka bilik yang available cuma deluxe room sahaja dengan harga RM215+ untuk corporate rate.. cewaaahh sekarang dah pandai nak utilise corporate rate bila nak check in hotel. Kalau anda berkerja dengan GLC company, jangan lupa bertanya tentang corporate rate sebelum check in. Most of the hotel will give corporate rate.
Sangat-sangat selesa condition & service hotel ni. Roomate aku cakap ni hotel baru,, patuuuut laaa..

So.. here the pictures. Weeeee....


King size bed

Sofa, coffee table & LCD tv

Office table kalau nak buat kerja office.. NOOOo tak nak buat =P !!

 Complimentary items in fridge


Toiletries.. memang lengkap.. sikat. pengasah kuku, shaver cream etc..

 Alat penimbang harusss ada.. =)

 Hair dryer

Bed room slippers
Aku, dia & ixora hotel =)

P/s tiada dalam gambar: Complimentary coffee set, iron set & safety box

Breakfast buffet- part yang aku suka bila stay kat hotel.. nyummeh


 Incik Husband serving me "Tea or coffee darling?"



So, kalau mai Penang jom check in Ixora Hotel