Followers

Thursday, January 5, 2012

Geli Geletek Si Dia

Rutin aku minggu ni adalah membebel dengan Incik Tunang untuk remindkan Incik Tunang pergi kursus kahwin dengan sepantas kilat.. pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu. pergh.. makin kencang dup dap dup dap bila tengok countdown sebelah kanan dan bawah blog ni.

*Perbualan telefon dengan Incik Tunang siang tadi*

Incik Tunang: Sayang minggu depan tak de la kursus kahwin kat sini.

Cik Tunang : Kenapa?

Incik Tunang: Tok Kadi kahwin lagi. So, kelas kursus kahwin minggu ni cancel.

Cik Tunang: Okkay.. Abang amik la date yang terdekat after tu. Nak cepat2 settlekan semua borang etc. *dengan redho*

Lepas letak telefon

Ohhooiiii.. bila masa pulak Tok Kadi jadi penceramah. Call balik Incik Tunang dengan perasaan untuk mencubit yang meluap-luap. Incik Tunang adalah sangat TIDAK kebal dengan cubitan.

Incik Tunang: Laaa.. yang sayang percaya kenapa? haahahhaha.

..........

Hari tu adik Incik Tunang call. Incik tunang angkat call sambil cakap dengan tergesa-gesa
"Jap2.. tengah tahyat akhir ni.."
Adik Incik Tunang membalas dengan nada serba salah
"Ok ok .. jap lagi Qima call balik"
Talian diputuskan
Selang 3 saat
"HOIIIIII!!!!"

Tsk.. mana ada orang angkat tepon semasa solat. Alasan Incik Tunang, boring dengar alasan "Jap2 dalam meeting" or "Jap2 tengah sibuk"
so better cakap
"Jap2.. call balik aku tengah solat!"

IM & IL U So0ooo Muchhh



1 comment:

Innanie | Ariffin said...

hahahah. bagus jugak tu buat cam tu. blh tgk tahap kefokusan. tapi biar kena gaya lah. kalau salah gaya, ada gak hanphone pcah skrin. ada orang baling... hehehe