Followers

Sunday, January 29, 2012

Review: Barang perkahwinan Part 1

Sabtu - 28 January 2011
dua orang berdarah manis berjalan sampai lenguh kaki untuk preparation wedding & engagement masing2
Jalan TAR - Taman Melawati - Subang Jaya (Button my Buttons) - makan langsat a.k.a *sesat* - Shah Alam (Rien Zaid Wedding Couture)
super duper penat
Tujuan utama adalah ke SSF Masjid Jamek! tapi pasar Sabtu Jalan TAR sangat menggoda. Hasilnya aku lagi banyak beli makanan dari barang2 kahwin..ohnomnomnom..!

SSF Masjid Jamek, mata dah bersinar-sinar! Sangat suka bunga span SSF yang macam bunga original tu. the price not bad RM6.90 to RM9.90 sejambak.. adalah dalam 10 kuntum. Sedang nak memilih bunga & bercamwhoring, staff SSF tegur "kak, tak boleh tangkap gambar! tuh, CCTV atas" Ciss! berani ko panggil aku akaks.. =P
Terus letak bunga tak jadi beli. padahal, memang dah tak tahu nak beli yang mana satu!
Yesss! I should bring my bff a.k.a penggubah barang hantaran aku - CikNorita
Then, teman Cik rumet cari baju bertunang. Gulati's - Euro Moda - Maya - semua kedai la kitorang masuk. Tapi ada 1 kedai pengantin - First Impression memang murah. Padahal kaen sama je kat kedai-kedai mahal laen.
Ni masa kat cikRina (my rumet) tengah rambang mata try kaen2 kat Maya Textiles. Memang best la layanan akak kt kedai ni.!

Dan setelah sekian lama bertahun-tahun tak membeli kasut2 lambak tepi jalan akhirnya aku beli juga sebab tengok cikRina beli macam best je! and YES! setakat ni memang selesa la. Rasa macam nak menari ballet. RM20 sepasang kat Pasar Sabtu

Akibat rambang mata. Telekung aku dah terbeli 2 helai. Total RM95! Murah kan.. kat Pasar Sabtu jugaaa..

Dan ini baju untuk bertandang ke myBFF engagement Cik Awied. Tema untuk tetamu soft cream. Tapi sebab tak de cream aku rembat colour ni je..harap2 ok le

RM150 beli kat Sina Collection Jln Masjid India. Dah banyak kali juga aku beli baju2 yang ada beading kat kedai ni sebab murah! kualiti pon boleh tahan.
sangat suka baju color putih ni!


Balik rumah kejap then off to Taman Melawati - rumah kakak CikRina.
After that memecut ke Subang Jaya SS15 - Butik ButtonMyButtons . Designer butik ni Kak Shida a.k.a Master of Cutting ni memang sangat2 friendly. Design2 baju pon marvellousss. Kaen murah pon boleh nampak mahal

Kemudian kami makan langsat a.k.a sesat nak mencari Butik Rien Zaid couture. Padahal kat Seksyen 25, Shah Alam je pon.. tu la akibat tak guna kesas highway. Padahal memang senang je butiknye. Kat kawasan perumahan area Giant Kota Kemuning.

Result: Super duper extremely tired.. sampai rumah dalam pukul 11lebih.. pergghhh
Pengsan atas katil!


2 comments:

Amal Jamil said...

wow tahniah.. tak lama lagi nak tamatkan zaman bujang :D

shazlea shayla @ maria said...

Thanks Amal! Tahun ni InsyaAllah ramai ex class 17 naek pelamin =)